Tadi aku jalan-jalan. Jalan-jalan di bandar Kuching, untuk pertama kalinya sejak aku sampai sini seminggu lepas. Dah tinggal lagi tiga hari nak balik baru nak jalan-jalan. Huhu... Entah kenapa tiba-tiba bandaraya Kuching menjadi sebuah tempat yang asing bagi aku. Rasa macam pergi ke tempat yang baru pulak.
Anyway, masa jalan-jalan tu, aku beli sesuatu yang suppose to help me with my photography issue. Aku singgah di sebuah outlet Samsung dan beli sebuah tripod.
Inilah tripod yang aku maksudkan. Aku beli dengan harga RM29.00. Hah, RM29.00!? Relax, baca cerita aku dulu. |
Masa jalan-jalan dalam Plaza Merdeka, aku lalu dekat outlet Samsung. Aku usha la tripod yang ada. Tengok yang ni paling simple dan kecil. Tanpa berfikir panjang, aku terus beli. Kemudian aku pun blah la dengan hati yang senang. Tak jauh kat depan, aku nampak kedai Boulevard IT.
Bapak aku pun ajak masuk sebab dia nak cari barang. Tengah aku dok usha-usha barang yang ada kat situ, bapak aku yang masa tu dekat aisle sebelah lambai-lambai panggil aku, sambil tersenyum. Dalam hati aku cakap, "ni mesti ada benda yang tak best nih".
Rupa-rupanya aisle sebelah tu tempat untuk tripod kamera. Ada satu tripod tu berkali ganda lebih elok dari yang aku beli, tapi harga sama RM29.00! Aku instantly jadi tension. Yang lagi best, bapak aku tunjukkan tripod yang aku beli tadi ada jual kat situ jugak, harga RM8.00 je!! Aaaaaaarrrrgggghhhh!!!!
Takpelah, dah terbeli nak buat macam mana. In the future maybe aku akan beli tripod yang lagi elok sebab yang ni macam tak stable sangat la. Salah satu sebabnya, kaki-kaki dia tak boleh spread lagi luas dari kedudukan macam dalam gambar kat atas. Tambahan pulak, mounting hole kat bawah kamera tu bukannya kat tengah-tengah, so aku nak kena adjust betul-betul baru boleh ambik gambar. Kalau tak, tekan je butang snap, terus tumbang.
By the way, aku usha manual untuk kamera ni kat Google. Aku baca satu-persatu arahan dia, lagi-lagi part yang macam mana nak manipulate focus. Aku tak berapa faham sebenarnya. Hehe... Tapi aku cuba semua benda yang dia suruh. Gambar kat aku rasa yang paling elok antara semua yang aku ambik.
Aku tak boleh ambik gambar lagi dekat dari jarak ni, kalau tak focus dia tak boleh lock. Aku nak catch detail yang ada kat muka dia, tapi tak dapat. Tapi kira okey jugak la, siap dengan debu-debu pun masuk dalam gambar. Lagi satu, aku rasa lepas ni aku kena beli lampu yang elok jugak la. Aku memang tak nak pakai flash lagi la lepas ni. Part yang kena flash (lagi-lagi yang berwarna putih), memang tak dapat masuk focus langsung. Cuba compare part warna putih yang lain (lengan, peha) dengan part putih yang direct kena flash (muka, sayap kiri, even V-fin yang warna kuning pun). Ada cara ke nak atasi masalah tu? Ke memang tak boleh elak?
Itu saja untuk entry yang ini. Oh, peringatan. Aku sebenarnya dah siapkan beberapa entry untuk aku post lepas ni, tapi aku hold dalam draft dulu. Gambar-gambar dalam entry-entry tersebut diambil sebelum aku ada tripod dan sebelum aku bermessing around dengan kamera ni. So, jangan hairan dengan kualiti gambarnya yang tak berapa elok. Hehe... Alright. Till next post.
No comments:
Post a Comment