Sunday, 30 September 2012

Buat benda bodoh

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Nampaknya aku dah mungkir janji aku sendiri. Janji untuk membiarkan blog ini dalam keadaan hiatus buat sementara waktu. Rasanya sekarang aku menaip lebih kerap dari dulu walaupun aku sibuk dengan pengajian. Mungkin sebab aku sunyi. Menaip di blog ini mengurangkan rasa sunyi aku, dan melegakan hati aku sebab dapat meluahkan apa yang terbuku di hati. Atau hanya sebagai alasan untuk aku lepak di MacDonald's. Oh God why... Broadband kawan aku ada je kat rumah, boleh je aku pinjam masa dia kerja, tapi nak jugak pergi online kat MacDonald's. Heheheh.

I'm gaining weight, but Samurai Burger is irresistible.

Walaupun aku rasa nak menaip, aku sebenarnya tak tahu nak taip apa. So aku ceritakan sajalah peristiwa yang terjadi di sekeliling aku semenjak dua menjak nih.


Peristiwa #1:
Aku dalam bas U80, on the way balik rumah dari KL. Aku duduk di baris ketiga dari belakang. Selang sebaris depan aku ada couple. Bermanja-manja, bersandar kepala. Yang balak gesel pipi kat bahu awek. Yang awek usap-usap pipi balak. Rasa menyampah pulak. Dah la perempuan tu bertudung.

Dengan tak semena-mena, seorang brader di sebelah kiri aku dengan lantangnya menyanyikan sepenuhnya lagu Tomat (Tobat maksiat) dendangan Wali Band. Tak tahulah sengaja atau tak, tapi aku terus tergelak dan terserdak air mineral yang aku tengah minum. Aku dan brader tersebut mendapat jelingan tajam yang free dari si balak. You've earned my respect, brader. Hahahah.


Peritiwa #2:
On the way balik ke rumah dari KL jugak, tapi kali ni naik KTM. Kat depan aku ni ada sekumpulan budak perempuan. Err... Dengan seorang budak lembut. Nak cakap pondan karang kasar pulak bunyinya. Keretapi sampai. Koc tengah yang untuk perempuan tu punyalah lengang, nak jugak menyempit beramai-ramai kat koc 'regular' ni. Alasan dia? "I ni kan lelaki, nanti semua perepuan dalam koc tu jeling-jeling kat I, benci tau", ujar si lembut tadi.

Alasan sampah. Aku yakin tak ada perempuan yang kisah lelaki lembut masuk koc perempuan. Yang perempuan ramai-ramai tu pun satu hal bangang jugak, apa salahnya berpisah sekejap?? Nanti janjilah nak turun kat stesen mana. Bodoh. Lepas tu mengeluh, komplen dengan bau penumpang yang ramai kat dalam tu. Dah diri sendiri bodoh, tak payah salahkan orang lain.

Dekat sejam berhimpit, rupanya diorang pun turun kat stesen Shah Alam jugak. Masa nak keluar dari stesen tu, aku terus sambung barisan kumpulan budak perempuan dan lelaki lembut bangang tu. Yang depan aku masa tu perempuan, depan dia pun perempuan. Semua orang tahu, tiket cuma boleh ditolak masuk bila orang depan dah habis putarkan palang berpusing tu. Siapa yang selalu naik KTM/LRT/Monorel, mesti tahu apa aku cakap.

Yang bangangnya perempuan depan aku ni, kawan dia baru je masukkan tiket, belum sempat pun nak pusing palang tu. Dia dah tolak tiket tu berkali-kali sampailah tiket dia terlipat. Aku pun sound la, "Tunggulah member kat depan lepas dulu". Bukan nak cakap terima kasih, atau toleh tanda dia dengar cakap aku, dia terus blah sambil berlari-lari anak ke kawan dia.

Kemudian aku nampak yang lembut tadi cakap dengan perempuan yang aku sound tadi sambil jeling curi kat aku. Itu lagi satu benda bodoh, bukannya dia nak bisik. Dia cakap kuat-kuat sampai aku dengar, "Tadi dalam tren aku nampak dia usha geng kita". Dengan bengangnya aku reply, "Aku tegur bukan nak ngorat, aku tegur sebab dia ni bodoh, la bodoh". Lepas tu naik bas ke Seksyen 17 pun sekali dengan diorang. Sepanjang perjalanan tu aku memang rasa menyampah, ada lagi diorang buat perangai jeling aku.


Peristiwa #3:
Ada seorang perempuan kat Facebook ni dalam friends list aku, tapi bukan kawan rapat pun. Setakat kenal macam tu saja. Boyfriend dia pun aku kenal. Dulu boyfriend dia pernah paksa dia pergi jogging bersama. Tak sampai sebulan, dia dapat kurangkan hampir 3 kg. Tapi dia mengeluh sebab jogging ni penat, tapi hasil SIKIT je.

Baru tadi aku nampak dia upload gambar baru. Bukan gambar dia, tapi gambar sebuah set produk pelansingan badan. Kat bawah gambar tu ada caption, "BARU SEBULAN PAKAI DH KRG 3 KG!!!  THANK GOD U REKEMENKAN I DEAR ******, BERBALOI SPEND RM300+!!! KORG CUBALA SKALI!!!"

And I was like... WHAT THE HELL!!?

I don't mean to be sexist, but all the stupid thing happen around me dipelopori kaum perempuan. Why? Aku yakin tak semua perempuan bodoh macam tu. Explaination?

Thursday, 13 September 2012

Lagi dan lagi dan lagi...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

InsyaAllah aku cuba update sekerap mungkin.

There I go again, having hard times going online. Sebelum ni pun blog ni dah pernah "pause". Semester ni memang lain macam. Baru first week aku dah rasa tekanannya. Dah la sesetengah subject masih diajar oleh lecturer yang sama, ada yang semester lepas aku selalu ponteng kelas dia. Ngeheheh. Memang kena sindir jelah memanjang. Susah nak online sekarang ni. Kalau nak online, terpaksa pinjam broadband kawan atau pun lepak kat library or MacDonald's. I'm not really a library person, so MacDold's has always the first choice. Heheheheh.

Apa-apa pun, aku jangkakan blog ni akan "pause" lagi. Walaupun blog ni tak sampai berapa kerat je yang baca, tapi aku sentiasa rasa urge to update every single thing going on in my life. Blog ni dah macam diary aku. Nak tulis diary, aku menyampah tengok tulisan sendiri yang tak serupa tulisan manusia. Lagi pun aku ni bukannya menulis untuk dirahsiakan. Aku tak berapa gemar memendam, kecuali perkara yang terlalu aib. Aku seronok luahkan macam-macam perkara kat blog ni, lagi seronok bila ada orang baca dan faham.


Fucking annoying.
Tak sekolah ke? Ujian mengeja dapat berapa markah?

Unrelated topic, adakah anda rasa annoyed dengan sesetengah manusia dalam friends list anda yang gemar memenuhkan news feed wall anda dengan updated satusesnya setiap minit? Dulu aku ada habit, kalau friend's list lebih dari 100, aku akan delete manusia-manusia annoying tersebut. Tapi atas dasar kasihan, dan sesetengah dari mereka telah re-add, aku buang habit tu.

Aku temui jalan penyelesaiannya, iaitu menggunakan function "hide posts from this person". Posts dari orang tersebut tak akan muncul di wall kita, tanpa perlu meremovekan dia dari friends list. Tapi entah kenapa, sejak Facebook aku ditukarkan ke Timeline, aku cari-cari, function tu tak ada. Ada sesiapa boleh ajar aku mana nak cari function tu?

Kepada yang berkenaan, if you ever read this, go away and open a goddamn fucking Twitter account. Jangan sampai aku buat balik habit lama. Mutual friend tak sampai 5 orang tapi sibuk nak penuhkan wall orang.



One more thing, I fucking hate Timeline!

By the way, ni aku sertakan lagu yang jadi inspirasi untuk tajuk entry aku kali ni. Antara lagu kegemaran aku dari Andra & The Backbone. Aku ada dua album pertama, tapi sayang aku tak jumpa latest album dia kat mana-mana. I like Andra & The Backbone because... Well, Andra Junaidi is Dewa19's guitarist, and I'm a hardcore Baladewa. Walaupun aku lebih admire Ahmad Dhani, Andra & The Backbone bagi aku lebih unik. Side project Ahmad Dhani pun aku suka jugak, tapi tak banyak bezanya dengan Dewa19 sendiri, mungkin sebab lagu-lagu Dewa19 pun kebanyakan Ahmad Dhani yang tulis. Tapi Andra & The Backbone sangat lain. You can never find Dewa19's vibe in this band. Andra bawak belang hard rocknya.

As I said, I am a big fan of Dewa19, especially Ahmad Dhani's works. Tapi bagi sesiapa yang mengenali Dhani ni macam mana, keperibadiannya memang tak elok untuk dicontohi. Aku sekadar mengagumi bakat dan karyanya saja. Dewa19 is a great band, memang patut sangat dapat jolokan "Genius music of Indonesia". Its a shame that they have to end this way. Dengar cerita Dhani nak pujuk Once untuk rejoin Dewa19, just for this one final album. Entah berjaya ke tidak, aku tak dengar cerita sampai sekarang.

Cukuplah aku merapu. Aku nak blah. Sejuk pulak MacDonald's ni bila duduk lama-lama.

Saturday, 8 September 2012

Shah Alam

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Masjid yang menjadi kemegahan Shah Alam.

Here I am, in Shah Alam already. I type this entry in MacDonald's section 18. No one at home and I decided to go and have a once-in-a-year GCB. 

Lagi pun nak guna internet. Bosan, kat rumah sewa tak ada Wi-Fi. Heheh. Lepas tu plan nak beli barangan keperluan kejap.

Sampai sekarang aku masih upset. Semuanya jadi terlalu cepat. Sesuatu yang dah lama terjalin boleh lesap macam tu saja. Jadikanlah aku lebih kuat untuk terima semua ni. Be matured Mal.

Hati aku sekarang gelap bagai langit malam. Tapi aku tahu aku ada kawan-kawan untuk ceriakan aku macam pokok-pokok yang bercahaya berwarna-warni ni.

Apa-apa pun, aku tak boleh pandang ke belakang. I'm glad I've created this blog in the first place. I have a 'diary' to write things. Hence, tak ada lagi memendam rasa. Semuanya aku boleh luahkan. Life goes on, aku kena fikir masa depan aku sendiri. Rancang macam mana hidup aku berjalan. Aku hanya boleh relax di hari tua, InsyaAllah.

Yeah, be strong!

Friday, 7 September 2012

Meraban

Assalaamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Macam celaka patahnya hati         
Hanya melihat dari jauh                 
Tiada lagi yang dapat ku beri         
Hanya kenangan yang masih teguh


Terasa sangat-sangat berat hati.

Okey, dalam entry semalam aku ada tulis, "Ini entry terakhir aku sebelum berangkat ke Shah Alam esok pagi". Aku silap. Aku ingat semalam ialah hari Jumaat. Silap ingat hari. Heheheheh.

Barang tak packing lagi. Memang tu tabiat aku. Lagi dua jam nak pergi airport baru nak start packing. Aku tak kisah sangat. Kalau ada yang kurang, kat Shah Alam nanti la beli. Asalkan benda penting macam I.C, kad matrik, gitar dan laptop tak lupa sudahlah.

Sebenarnya aku rasa berat hati nak packing. Kenapa Mal? Kalau dulu kau tinggalkan orang di sini, tak hairanlah kalau kau rasa berat hati. Sedarlah Mal, kau dah lepaskan dia. Jangan dikenang lagi.

Sebenarnya aku rindu pada rasa berat hati tu. Rasa berat hati nak tinggalkan seseorang kat Kuching ni. Bila balik ke Kuching, aku rasa teruja. Ada yang menunggu aku. Dalam senarai orang yang mahu aku jumpa, dialah yang pertama. Aku rindu nak tengok senyuman tu lagi, tapi aku tahu itu mustahil kini.

Apa kena aku meraban malam-malam ni? Ni mesti kes aku terserempak dengan dia hari tu. Tuhan je yang tahu betapa aku rindukan dia, betapa aku nak sangat-sangat berdepan dengan dia, bercakap dengan dia. Tapi tak... Tak elok kalau aku jumpa dia. Nanti makin keruh keadaan yang sudah sedia berkocak. Aku cuma melihat dia dari jauh, secara sembunyi. Tak nak dia nampak aku.

Macam mamat psycho pulak aku rasa.

Tuhan je tahu betapa berat aku tahan sebak masa tu. Tak pernah lagi aku sebak kerana perempuan sebelum ni. Bukan menangis ya, sebak je. Lagi pun member kat sebelah, takkan nak keluarkan air mata jantan pulak. Jatuh la saham.

Hmm... Sepatutnya sekarang aku tinggalkan Kuching dengan senang hati. Tak ada siapa lagi yang harus aku tinggalkan. Tetapi perkara itu jugalah yang mengusik jiwa aku. Takkan ada lagi yang merindui aku. Yang memikirkan aku. Yang menunggu aku. Ya, sekarang aku tengah menahan rindu pada orang yang takkan lagi merindui aku.

If you ever read this, I'm in Shah Alam already. I really mean what I say. Even if it means nothing now. Please take a very good care of yourself, I'm sure you'll be fine without me. Jauh di sudut hati kamek, secebis hati kamek berharap yang kita akan ada jodoh gik pada masa akan datang. Mun bena-bena terjadi, kamek harap biarlah perbezaan yang memisahkan kita kinek tok dah terhapus. Biarlah berkekalan ke hujung nyawa. I do hope you feel the same. I wish you the best in your life.

Thursday, 6 September 2012

Dirgahayu Tanah Airku

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

"Agi idup Agi ngelaban"


Moto famous orang Iban, yang rata-rata orang negeri lain pun tahu. Selagi masih hidup, selagi itu berjuang. Lebih kurang macam itulah maksud dia, I'm not sure because I'm not a good Iban speaker. Ada jugak kawan-kawan aku yang tanya, "Apsal tak reti cakap Iban pulak? Tu kan bahasa Sarawak". Let me explain something. Dekat Sarawak ni ada banyak etnik, sub-etnik apatah lagi. Kita ambil contoh etnik Melayu Sarawak. Jangankan daerah, kampung yang berlainan pun slangnya sudah berbeza. Paling ketara adalah bahasa Melayu Sarawak di Kuching dan bahasa Melayu Sarawak di beberapa tempat di bahagian utara seperti Miri, Limbang dan Lawas. Memang berbeza. Ini kerana tempat-tempat tersebut bersempadan dengan Sabah dan Brunei, slang mereka dipengaruhi oleh dua tempat tersebut. Itu baru bahasa Melayu Sarawak, belum lagi bahasa yang lain seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Kedayan, Melanau dan sebagainya. Kes ini samalah macam Taiping dan Kuala Kangsar. Dua-dua dalam negeri Perak, tapi orang Taiping bertutur slang orang utagha.

Apa kes aku meraban buat entry pasal negeri sendiri ni? Saja je. Lagi pun ini malam terakhir aku kat Kuching sebelum berangkat ke Shah Alam esok pagi. Ingatkan nak hold dulu, tunggu 16 September baru post. Tapi kalau nak tunjuk rasa sayang kat Ibu Pertiwi, bila-bila masa pun boleh kan, tak perlu tunggu. Entry ini boleh juga dikatakan response kepada sebuah entry di Buasir Otak. Panas jugak topik tu. Tapi entry aku ni bukanlah nak bincang tentang sentimen ke apa, aku just nak taip info tentang negeri asal aku. Bila aku "bekerja" untuk siapkan entry ni, barulah aku sedar banyak lagi benda yang aku tak tahu tentang negeri aku rupanya. Eheh.





Inilah bendera negeri Sarawak. Yang sebenarnya. Notis untuk semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak sendiri. Design bendera yang asal mempunyai warna kuning dan merah yang serupa dengan motif Bangsa Iban, bukanlah solid yellow atau solid red. Bintang bucu sembilan juga seharusnya seperti di atas. Bucu yang bertemu hujungnya dengan sempadan warna hitam merah harus menghadap ke atas. Info ini aku dapat dari sini. Di bawah ialah contoh design bendera Sarawak yang salah.



Masa aku PKLN dulu, pernah jadi satu kes yang mana budak KL yang ditugaskan pasang bendera kena sound sebab pasang bendera terbalik. Warna merah ke atas, warna hitam ke bawah. Hahahahah

Ok, enough with the notice. Mari aku ceritakan pulak maksud-maksud yang terdapat dalam design bendera Sarawak. Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Info tambahan: Sarawak kini terbahagi kepada sebelas bahagian selepas Betong dan Mukah diumumkan menjadi bahagian pada tahun 2005. Semua info ni aku dapat dari sini.

Next, Sarawak anthem. I don't know why, tapi selepas aku belajar music composition, bila aku dengar balik lagu ni, arrangement dia sangat simple yet awesome. Yang versi baru tak sedap, itu pada telinga akulah. Aku terdengar ada orang cakap, dalam banyak-banyak anthem negeri, anthem negeri Sarawaklah yang paling panjang. Betul ke? Aku tak pernah dengar anthem negeri lain. Eheheheh


video


This song was composed by Late Dato' Wan Othman Bin Wan Hamid and the lyric was written by Ismail Hassan. Sarawak born Wan Othman Hamid was a well known song writer of of his era. He was conferred the state award which carries the title Dato' by His Excellency The Head Of State of Sarawak. 
Thanks to Youtube commentator arie27486 for the information.

IBU PERTIWIKU
Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawak ku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan maha esa
Kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat

Sekarang aku nak taipkan cerita-cerita sejarah Sarawak yang orang ceritakan dekat aku. Cerita ini aku dengar saja ya, bukannya aku dapat dari mana-mana buku rasmi.

First, bagaimana Sarawak mendapat nama. Semasa White Rajah hendak memerdekakan Sarawak (aku tak pasti yang mana satu atau siapa nama dia), beliau berkata kepada wakil parti-parti politik tempatan ketika itu, "Serah kepada awak". Hence, disingkatkan bunyinya jadi "Serawak". Tapi oleh kerana dalam ejaan jawi tidak ada beza antara "se" dengan "sa", ketika transisi dari tulisan jawi ke tulisan rumi, nama negeri ini dieja sebagai "Sarawak". Sebab itulah kalau didengar, majoriti rakyat menyebut "Serawak". Tetapi ejaan "Sarawak" sudah menjadi rasmi, dan aku sendiri lebih prefer "Sarawak" over "Serawak". Sounds official. Kesahihan cerita ni aku tak dapat nak pastikan. Cerita versi lain macam mana Sarawak dapat nama pun ada jugak, cuma aku dah lupa.

Second, cerita bagaimana Kuching, tempat aku tinggal sekarang mendapat nama. Cerita ini pun ada banyak versi jugak. Ada yang kata tempat ni dinamakan Kuching sebab tempat ni terdapat banyak buah mata kucing. Ada jugak yang kata tempat ni dulu banyak kucing liar, kucing hutan dan sebagainya. Tapi cerita tu masih tak kukuh sebab orang Sarawak sendiri menyebut kucing sebagai "pusak". Apsal pulak nak namakan tempat ni dengan bahasa Tanah Melayu, kalau pengaruh Tanah Melayu belum meluas lagi di Borneo ketika itu? Lagi pun, sudah ada tempat bernama Pusa di Sarawak ketika itu. 

Cerita Pusa ini pula, ketika itu White Rajah dengan sekumpulan penduduk tempatan meneroka sebuah tempat, lalu menemui sebatang sungai. White Rajah menuding jari ke arah sungai dan bertanya, "Apa itu?". Ada jugak versi yang mengatakan White Rajah bertanyakan, "Bagaimana menyebut benda itu dalam bahasa kamu?". Tak sure mana satu yang betul. Kebetulan ketika itu, seekor kucing melintas di depan mereka. Ketua penduduk tempatan tadi menyangkakan White Rajah menunjuk ke arah kucing tersebut, lalu menjawab, "Pusak, tuan". Arakian, dinamakanlah tempat tersebut sebagai Pusa. "Pusa" ialah ejaan rasmi, tempat tersebut masih lagi disebut sebagai "pusak".

Berbalik kepada cerita Kuching pulak, aku mendapat jawapannya ketika menonton sebuah rancangan sejarah di TV1. Pada zaman kegemilangan Nusantara sebagai perhentian dan stesen perdagangan yang terkenal, pelabuhan utama Brunei terletak di mana Kuching sekarang. Banyak pedagang antarabangsa yang datang berdagang di situ, paling ramai adalah dari China. Dalam bahasa Cina, pelabuhan disebut sebagai "Koh-ching" (anyone tell me if I'm wrong). Sebutan tersebut melekat di kalangan rakyat tempatan. Apabila pengaruh Tanah Melayu telah meluas di Sarawak (yang ketika itu ialah daerah-daerah jajahan Brunei), para pedagang dari Tanah Melayu menyangka tempat tersebut bernama "Kucing", dan nama itu terus melekat dan dieja sebagai "Kuching". Macam ejaan orang lama-lama dulu, letak "H" selepas "C".

Ini sajalah yang aku boleh kongsi setakat ini. Nak kongsi banyak lagi, ceritanya tak kukuh. Lagi pun pengetahuan aku masih cetek. Harap entry ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan negeri aku di mata rakan senegara aku yang lain. Kalau kami emo dalam sesetengah isu, tak payah ambil hatilah. Orang Sarawak yang duduk kat Semenanjung kena ejek setiap hari pun cool lagi. Macam korang jugak, nenek moyang kami pun berjuang untuk kemerdekaan. Dan aku yakin, joining Persekutuan Melayu is not a mistake like some people claimed. Be matured people.

Tuesday, 4 September 2012

Politik Melayu

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Mari aku perdengarkan korang sebuah cerita.

Kisah Jebat
Jebat mengamuk. Bunuh rakyat jelata, perkosa anak dara dan dayang istana. Kenapa? Sebab marahkan Sultan yang bunuh Tuah, abangnya. Bila dapat tahu Tuah masih hidup, dan diperintahkan membunuh Jebat, Jebat tidak mengaku kalah, juga memulangkan Taming Sari. Kenapa? Sebab, sebenarnya, dia melawan perintah Sultan, bukan melawan Tuah. Dia pulangkan Taming Sari kerana itu hak Tuah, Sultan berikan keris itu kepada Tuah. Kalau mati, biarlah mati di tangan abangnya sendiri.

Kisah Tuah
Kekasih hati datang dari jauh, tapi diperdaya pembesar dan jadi dayang. Yakni, hak Sultan. Nak jumpa kekasih, kena tangkap. Dihukum bunuh. Nasib baik, Bendahara punya belas. Disoroknya Tuah di penjara. Kekasih pula balas dendam, juga dibunuh akhirnya. Bila Jebat mengamuk, dipanggil Sultan. Disuruh membunuh adiknya sendiri. Sudahlah kekasih mati, disuruh pula bunuh adik sendiri. Tapi kerana taat setia yang buta tuli, perintah Sultan dituruti. Akhirnya menyesal tak henti.

Kisah Sultan
Kekasih orang dijadikan hak sendiri. Menghukum tanpa menyiasat. Sudahlah tidak mengenang jasa Tuah yang bertindan. Bila dalam kesusahan, baru dicarinya si Tuah. Tuduh Jebat pengkhianat, tapi tak pernah sedar diri, tak pernah tanya diri, Jebat khianat kerana siapa? Sudah ambil kekasih orang, paksa bunuh adik sendiri pula.

Kisah rakyat jelata
Tuah disanjungi, Jebat dicaci, Sultan dipatuhi. Tak peduli sebab munasabah setiap yang terjadi.



Apa yang kita dapat dari cerita di atas? Rakyat jelata menyanjung Tuah kerana menyelamatkan mereka. Tidak mereka tahu pula, hati Tuah hancur bukan kepalang. Adik mati, kekasih mati, diri sendiri pernah dihukum mati, walhal setia tidak berbelah bagi. Rakyat jelata salahkan Jebat atas penderitaan. Ya, Jebat jahat kerana membunuh dan perkosa, tapi buat tak nampak pula yang Jebat jadi sebegitu kerana Sultan yang mereka sembah. Rakyat jelata sanjung Sultan kerana menghantar Tuah membunuh Jebat, tapi tutup sebelah mata pada kenyataan yang Sultanlah menghilangkan kewarasan Jebat apabila menghukum bunuh Tuah. Tuah hidup pun sebab belas Bendahara.

Ini perwatakan setiap karakter pada pandangan aku.

Jebat:
Ikatan persaudaraan dan kekeluargaan adalah yang paling besar baginya. Dia begitu menyayangi saudara-saudaranya dan mematuhi Tuah sebagai ketua. Alangkah hancurnya hati bila abang sendiri dihukum bunuh. Tidak ada sebab lain dia mahu mengamuk bagaikan hilang akal jika bukan kerana saudaranya diapa-apakan. Tapi itulah, matlamat tidak menghalalkan cara. Cara Jebat salah. Dosa tetap dosa. 

Tuah:
Paling matang dan berwibawa antara lima saudara. Telah banyak berjasa kepada Sultan. Tapi sayang, taat setianya kepada Sultan terlalu melampau dan membuta tuli.

Sultan:
Buat keputusan tak berfikir, menghukum tanpa menyiasat. Jasa orang diletakkan di belakang, bila dalam kesusahan baru mencari. Apa dia peduli, asal dia sendiri tidak disakiti.

Rakyat jelata:
Menilai hanya dari luaran. Bukannya hendak mengkaji sebab dan punca.



Tanpa kita sedari, politik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ini masih kekal dalam masyarakat Melayu kita. Betullah kata Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang di dunia". Itulah Melayu. Itulah kita. Personally, aku lebih mengagumi Jebat dari Tuah, biarpun caranya salah dan tidak matang. Siapa lagi yang harus kita utamakan selepas Tuhan, kalau bukan keluarga?

Monday, 3 September 2012

Peluang a.k.a Chance

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Dalam apa perkara sekali pun, berapa kali sudah kita diberi peluang? Contoh paling nyata, hari ini kita tinggalkan sembahyang. Esok kita masih bernyawa. Dan berapa kali juga kita sia-siakan peluang itu? Sudahnya tak sembahyang juga. Tapi aku bukan nak bercerita tentang agama. Aku belum layak lagi untuk membuka topik agama. Ilmu aku masih cetek. Aku nak cakap tentang cinta. Ya, cinta. Mal, kau memang truly mat jiwanglah.

Chance=Peluang tu, bukan Greyson Chance.

Sebagai seseorang yang hampir selesai melalui zaman remaja (taknak mengaku tua), aku dah beberapa kali bercinta. Takdelah banyak benor. Tapi sepanjang hidup aku, aku boleh kategorikan kisah cinta aku kepada 3 kategori.

Budak-budak jangan ikut!

Cinta monyet: Cinta masa zaman sekolah rendah atau menengah. Syok kat sorang awek tu, tulislah surat. Time aku sekolah dulu, takdak handphone. Kalau ada pun, tak boleh bawa. Pelajar sekolah zaman aku dulu masih ikut peraturan, tak macam sekarang. Cinta monyet... Macam mana nak explain? Aku pun tak tahu. Bercinta, saya suka awak, awak pun suka saya, senyum-senyum, malu-malu, blushing-blushing. Takdenye nak cakap tentang masa depan. Habis sekolah, atau pindah sekolah lain, habis macam tu jelah. Bila dah besar, jumpa kat mana-mana, tak ada perasaan apa-apa. Yang ada cuma rasa lawak sebab terkenang kembali masa kecil dulu, kecil-kecil dah pandai bercinta.



Cinta remaja: Cinta masa darah muda masih membuak. Malah boleh dikatakan, pada zaman sekarang, cinta berasaskan nafsu. Pada masa inilah mata jadi rambang. Mata keranjang. Oops... Mata KE ranjang. Tak cukup sorang. Nak yang itu, nak yang ini. Pada masa inilah kita melakukan paling banyak kesilapan. Maklumlah, jiwa memberontak. Semua benda nak cuba. Buat dulu, fikir kemudian. Lagi dua tiga tahun baru menyesal. Tapi tak apa, pintu taubat terbuka selagi bernyawa. Tapi mesti ikhlas bertaubat, jangan buat balik lepas tu. Bagi aku, tak banyak beza pun dengan cinta monyet. Cinta yang tak ada tujuan, tak ada matlamat. Cuma cinta remaja ni lebih banyak melibatkan maksiat dan kesilapan.



Cinta serius: Mungkin bagi sesetengah orang, inilah cinta sejati. Kenapa serius? Sebabkan perasaan yang dilibatkan adalah rasa cinta yang genuine. Bercinta bukan semata-mata bercinta, malah bersama-sama menyimpan hasrat untuk mempunyai masa depan bersama. Bina keluarga, bina hidup bersama. Ada sesetengah pasangan yang melalui zaman cinta monyet dan cinta remaja dan berjaya sehingga ke cinta serius. Baguslah untuk mereka. Agaknya ituah cinta sejati. Hanya kau di hati, demimu aku sanggup mati.



Bagi aku, gagal dalam percintaan jenis ketigalah yang paling menyakitkan hati. Setelah sekian lama mencari yang complete (not perfect, no human is perfect), akhirnya jumpa. Apa yang aku maksudkan dengan complete? Saling melengkapi. Maksudnya, aku lebih dalam perkara yang dia kurang, dia lebih dalam perkara yang aku kurang. Contoh? Aku bersifat kebudak-budakan dan suka dimanja. Dia pula berperawakan matang dan tenang dalam menghadapi isu. Bila sudah ada yang mengisi kekurangan kita, barulah diri rasa lengkap. Bila dah makin kenal sifatnya, mulalah timbul rasa sayang. Bila dah terlalu sayang, timbullah impian untuk menjadikannya teman hidup.

Tak lengkap. Mana nak cari cebisan yang hilang?

Tapi, itulah. Macam yang aku cakap tadi, lengkap, bukan sempurna. Tak ada yang sempurna. Pasti ada kekurangan, atau perbezaan. Sama ada perbezaan kecil sahaja, yang kita boleh lepas pandang untuk seumur hidup kita, atau pun perbezaan itulah yang menjadi keretakan perhubungan. Bila sudah terlalu sayang, tambahan pula sudah memasang angan-angan untuk bersama, hati hancur dan remuklah jadinya. Bacalah previous entries kalau nak ambil tahu kisah cinta picisan aku.

But we have to face it.

Bila memikirkan perkara inilah, baru aku sedar, aku sudah di alam kedewasaan. Ya, bila memikirkan sesuatu perkara, begitu banyak perkara aku kaitkan. Kesan kepada masa depan aku, kesan terhadap orang yang dimaksudkan, penerimaan ahli keluarga, kemampuan aku sendiri untuk menjadi matang. Betulkah pilihanku ini? Puas hatikah orang di sekeliling aku? Semuanya aku kena fikir jauh-jauh, tak lagi seperti dulu. Dulu aku hanya fikir, apa nak jadi, jadilah. Perkara lain aku tak peduli. Bila aku perasan cara berfikir aku dah lain, barulah aku sedar, aku sudah dewasa. Mungkin belum matang, tapi sudah dewasa. Jerawat sudah kurang tumbuh di muka, yang ada hanya parutnya. Cukur bulu di muka hampir setiap pagi. Ya, sudah dewasa. Sehingga kini aku masih belum rasa bersedia untuk jadi dewasa.

Kadang-kadang kita tak sedar peluang tu ada, dekat dengan kita.

Jadi, apa kaitan benda yang aku merepek panjang berjela ni dengan peluang? Aku dah lalui 22 tahun hidup aku. Semua peristiwa itu terjadi pasti ada sebab. Ya, semuanya sudah diaturkan. Pada umur 22 tahun, aku sudah merasa bagaimana rasanya apabila membuat pilihan salah, terlepas cakap, terlalu sayang, ditinggalkan, meninggalkan. Semuanya ada untuk aku sesalkan, banggakan dan jadikan pengajaran. InsyaAllah jika aku hidup lama lagi selepas ini, semuanya aku jadikan rujukan untuk masa hadapan. Apakah keputusan terbaik bila menghadapi kesukaran, bagaimanakah perwatakan orang yang ingin aku dampingi, bagaimana rasanya menerima kegagalan. 

Dengan rahmat DIA, kita diberi banyak peluang.

Aku telah diberikan peluang melalui semuanya. Aku diberikan peluang mengambil iktibar dan pengajaran dari semuanya. Aku diberikan peluang untuk membaiki sesetengah darinya. Aku diberikan peluang untuk membuat pilihan yang lebih baik untuk masa hadapan. Aku telah diberikan begitu banyak peluang. Ada yang aku hargai, ada yang aku sia-siakan. 

Tak siapa tahu jika kita berpeluang lagi untuk menyimpan nyawa, berjumpa lagi di masa hadapan. Hargailah semua peluang yang kita dapat sekarang ini. Tak ada siapa lagi yang cukup pemurah untuk memberikan sebegini banyak peluang, melainkan DIA.

Rasa macam hipokrit sangat, sebab bila hati terluka, baru nak teringat Tuhan.