Sunday 13 October 2013

Komplen, komplen, komplen

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Lama sungguh aku tak jenguk blog ni. Lama sungguh aku tak menaip. Tapi aku yakin tak ada sesiapa pun yang komplen bila blog ni "tak bergerak". Heheh.

Tapi aku kenal sesetengah orang yang memang kaki komplen, dan kebanyakannya adalah fanatik politik. Tak kisah lah sokong BN atau PR, most of these guys memang suka menuding jari. Jangan salah faham, aku tak sokong mana-mana. Bagi aku dua-dua side sama-sama corrupt.



So, how do you live? It's simple. BY YOUR OWN. Tak kisah la siapa pun yang memerintah, kalau kau pemalas, hidup kau tak ke mana jugak. Kerajaan hanya ada untuk memerintah, hidup kau bergantung dengan diri kau sendiri.

Ada lah seorang manusia ni, buat status kat Facebook, komplen tentang status hidupnya yang tak berubah. Bukan nak side siapa-siapa ye, tapi dia ni penyokong tegar PR. Setiap hari status Facebooknya tak pernah ada yang positif. Dia salahkan BN sebab tempat dia tak maju. Bro, tempat kau tempat pedalaman, yang banyak duduk pun orang tua-tua. Orang yang tua-tua ni mana perlukan kemajuan, bagi diorang hidup macam sekarang pun dah selesa. Instead of kau duduk kat kampung kau tak dapat apa-apa, kenapa kau tak keluar cari jalan, berusaha untuk hidup senang?

Aku bagi contoh diri aku sendiri. Aku dah duduk kat Shah Alam ni sejak tahun 2008. Sejak tahun 2008, aku cuba nak jual satu, SATU lagu. Tak dapat. Adakah aku berputus asa? Tak. Aku tahu aku takde duit, aku kerja part-time McDonald, pas tu mengajar. Dapat jugak pendapatan tetap setiap bulan. Tapi kerja mengajar tak membawa aku ke dalam industri. So aku join senior-senior aku yang dah jejak kaki dalam industri, kerja jadi crew untuk event dan sebagainya, ikut diorang masa meeting dengan client. Akhirnya aku dah kenal beberapa nama penting dalam industri. Dan Alhamdullillah, sekarang aku dah nampak jalan untuk aku jual lagu-lagu aku ke khalayak. Belum lagi, tapi Insya-Allah, akan ada.

Kau, apa kau buat? Duduk di satu satu takuk yang sama bertahun-tahun. Area KL ni lubuk rezeki untuk orang yang dalam bidang seni, still aku kena berusaha keras dan tunggu lama. Kau tak pernah nak belajar, tak pernah nak majukan diri, tak pernah cari jalan penyelesaian, tiba-tiba nak komplen banyak. Oh, senangnya kerja kau, tuding jari kat kerajaan je. Aku yakin, kalau suatu hari nanti PR perintah Malaysia, hidup kau masih sama. End up kau akan sokong BN pulak yang masa tu dah jadi pembangkang. 

Sini aku tunjukkan status kat Facebook yang aku taip sebagai reply kepada the said person:

Sangat mengecewakan bila ada saja orang yang setiap hari komplen tentang hidup, sedangkan dia sendiri tak berbuat apa-apa untuk berubah, sebaliknya hanya menyalahkan satu pihak sepanjang masa. The best thing is, when i told them this, they reply with this:

"Mal, mak bapak kau orang kaya, memanglah hidup kau senang."

Bullshit. Sekarang aku hidup makan gaji, macam kau jugak. Aku nak ponteng kerja pun kena fikir 10-20 kali, sebab risau gaji tak cukup nak menampung belanja makan, sewa rumah dan sebagainya. Do I feel bad sometimes? YES. Will I regret this? NO. 

Inilah yang orang tua-tua cakap, belajar untuk hidup. Orang tua aku paksa aku belajar hidup sendiri, sebab diorang risau nanti bila diorang dah tak ada, siapa nak suap aku makan? Aku yakin orang tua kau pun pesan benda yang sama, melainkan orang tua kau pun kaki komplen macam kau jugak.

Jangan harapkan satu pihak saja nak suap nasi ke mulut, nak buat hidu[ kau selesa. Yes, mereka janji manis. Yes, mereka mungkiri janji. That's life bro, hidup memang kejam. Kau kena belajar berdiri dengan kaki sendiri. Aku rasa, tak kisah la siapa pun yang memerintah, hidup kau akan tetap sama kalau kau tak ubah mentaliti.


Dah lama aku tak menaip, bila buat comeback, buat entry komplen panjang. Rasa macam ironic pulak. Hahah. Kalau ada sesiapa yang baca karangan ni, yang merupakan penyokong BN atau PR, jangan terasa ye. Aku okay dengan korang, as long korang tak macam mamat yang aku ceritakan tadi. Keep your rage to yourself. Tak puas hati jugak, tulis surat kat pak menteri. Jangan buat status negatif setiap hari yang menyemakkan wall aku.

Monday 25 March 2013

Missing

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

"My heart is like a tooth. I have a cavity, and can only be filled with children."

I miss Kuching.

I miss home

I miss my toys.

I miss loving

I miss YOU.


Okay, time for assignments.

Sunday 10 February 2013

Ideologi

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Ini adalah pemikiran stereotaip masyarakat kita.

Dekat sekolah mesti rajin belajar.
Kenapa?
Nanti jadi pandai.
Kenapa?
Nanti lulus periksa. 
Kenapa?
Nanti dapat result elok.
Kenapa?
Nanti dapat masuk universiti.
Kenapa?
Nanti senang dapat kerja.
Kenapa?
Nanti boleh bantu keluarga, dapat banyak duit, hidup senang.

Seriously, kalau anda tanya budak-budak yang masuk universiti, kenapa diorang pilih bidang-bidang sekian, kebanyakan jawapannya mesti macam ni: "Job prospect untuk bidang ni luas, nanti senang nak dapat kerja. Ada pendapatan tetap, senang nak jadi kaya". Tak pun ayat last tu boleh tukar dengan ayat ni, "Nanti boleh bantu keluarga".

Sangat kurang jawapan macam ni, "Memang minat bidang ni. Nak explore dan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang bidang ni."

Jawapan kedua tu biasanya dari penuntut kursus-kursus seni. Betul tak? Seriously aku nak tanya, korang-korang yang bagi jawapan pertama tu, tak rasa terpaksa ke bila belajar sesuatu bidang korang tak minat? Memang selalu aku dengar, minat boleh dipupuk. Tapi disebabkan belajar tanpa minat itulah, aku tengok, banyak gejala-gejala seperti tak pergi kelas, suruh kawan sain attendance, ulangkaji setakat cukup syarat, buat thesis copy dari orang lain punya, meniru dalam test, dan macam-macam lagi.

Students yang macam nilah orang kata graduan tak berkualiti. Graduan cap ayam. Lulusan universiti, tapi bila dah bekerja, kualiti kerja tak memberansangkan. Jadi la kes ampu-mengampu, sebab tahu yang diri tu tak mampu buat sesuatu kerja, tapi nak jugak naik pangkat.

Okey, aku bagi contoh. Seorang pelajar ni belajar bersungguh, buat thesis sendiri. Conduct research sendiri. Siapkan thesis bagi cantik-cantik, kulit tebal, kemas-kemas untuk tatapan examiner. Yang sorang lagi asyik berfoya, habiskan duit PTPTN untuk beli smartphone, belanja awek tengok wayang, bawak awek tidur kat hotel dan macam-macam lagilah. Bila dah dekat tarikh submit, copy and paste thesis entah siapa punya, edit ayat supaya tak nampak sangat macam plagiat, dan hantar kepada examiner.

I can tell you one thing: Kedua-dua pelajar tersebut berjaya mendapat result above 3.5, walaupun setiap seorang menunjukkan effort yang berbeza. Masalahnya, examiner nampak ke effort yang pelajar tu tunjukkan? TAK. Yang dia nampak, thesis yang dihantar tadi. Kedua-dua pelajar ni berada dalam kelas pertama bila graduate.

Satu benda yang kita tak tahu, kebanyakan majikan yang nak ambil pekerja, mereka tak perhatikan result. Katakanlah pelajar A; yang tunjuk effort lebih tadi dapat 3.8, pelajar B: yang suka berfya-foya tadi dapat 3.58. Bagi majikan, kedua-duanya sama taraf sebab kedua-duanya dalam kelas pertama. Majikan mana ada tengok pointer. Macam mana kalau pelajar B tadi pandai mengampu? Sudahnya, lenyaplah peluang pelajar A yang berusaha gigih tadi.

Aku nak tanya korang, ADIL TAK? 

Malam ni aku taip benda ni sebab nak melepaskan geram sebab perkara ni berlaku kepada aku. Dalam satu subjek ni, aku tak pernah miss buat assingment sebab aku sukakan lecturernya. Dia mengajar memang relax, aku pun faham. Orangnya pun baik jugak. Jadi aku hormatkan dia, aku tak nak miss assignment dia walau pun assignment untuk kelas lain aku malas buat dan selalu tangguh. Tapi disebabkan dalam kelas aku ni seorang yang sangat pendiam, aku jadi sangat invisible di mata dia, sampaikan nama aku pun dia tak ingat.

Lagi sorang ni pulak, mulut manis. Dalam satu semester, ada la sekali dua ponteng kelas. Alasannya, dia bekerja. Okey, aku tahu dia memang banyak job sana sini, logik la jugak. Pernah beberapa kali jugak tak siap assigment, tapi biasalah, bagi alasan klise. Lupa kat rumah. Terlupa masukkan dalam beg. Tapi disebabkan dia pandai beramah mesra dengan lecturer ni, dia jadi anak emas. Bila bergurau dalam kelas pun selalu sebut nama dia. Bila jumpa kat luar siap tegur lagi. Kalau aku, tegur kat luar, tapi nak sebut nama, tak ingat.

Pernah satu hari tu, aku miss kelas dia sebab aku demam. Kebetulan pulak aku demam pada hari yang kelas dia diadakan. Aku pulak tak ada MC, sebab demam tu baik dalam masa beberapa hari saja, so aku tak pergi klinik. Bazir duit je pergi. Sejak hari tu, dia sentiasa aim aku, sebagaimana dia aim budak-budak repeaters. Sejak kejadian tu barulah dia ingat nama, tapi sebagai seorang yang bermasalah la.

Aku still tak miss buat assignment dia, dengan harapan kali ni dia nampak effort aku. Tapi satu hari tu aku tersilap print assignment, so assignment yang aku buat tu salah la. Bila dia check tu, tarikh dan soalan dalam assignment tak sama dengan orang lain punya. Dia terus marah aku walau pun aku cuba nak explain. Dia marah aku sampaikan aku tertunduk ke bawah macam budak umur tujuh tahun.

Paling aku sakit hati, sebelum kelas tu bermula, ada kawan-kawan sekelas yang tiru assignment aku, sebab diorang "tak sempat" buat malam sebelumnya. Sementara aku sedang dimarah tadi, yang tiru assigment aku yang salah tadi semuanya pergi print dan siapkan assignment yang betul tu siapkan cepat-cepat. Hasilnya? Diorang selamat, dan aku DIHALAU dari kelas.

Sakit hati sial! Dah dua semester aku belajar dalam kelas dia, tak pernah sekali pun aku miss attendace dan assignment dia. Pasal satu hari tu je, aku terus dihalau. Sebab aku sakit hati sangat, lepas kena halau tu, aku langsung tak jenguk kelas dia. Okey, salah aku sebab tak report dengan koordinator program dan tak mintak drop subjek. Tapi koordinator boleh buat apa je kalau aku report? Mesti dia brainwash aku balik, cakap ini semuanya salah aku secara tak langsung. Klise. Tapi, point dia kat sini, dia tak nampak ke effort aku? Kenapa yang pandai mengampu jugak yang selamat? Yang jujur dan buat kerja tak dipandang langsung?

Macam yang aku taip kat atas tadi, examiner atau lecturer memang tak nampak effort kita. Apa yang diorang nampak hanyalah apa yang kita hantar pada diorang, dan siapa kita di dalam kelas. Baik aku tak payah belajar bersungguh-sungguh, tiru je assignment sapa-sapa. Subjek yang aku ceritakan tadi bukanlah subjek dari course muzik, tapi subjek compulsory dari kampus induk. Kalau tak lulus subjek ni, tak boleh graduate. Lagi la sakit hati bila repeat subjek yang macam ni. Lagi satu hal pulak semester depan aku nak kena jumpa dia lagi. Haishh.

Macam takde kaitan je dengan apa yang aku taip mula-mula tadi dengan cerita aku ni. Dalam melepaskan marah aku ni, dah hilang idea aku nak taip apa. Tapi itulah, perkara-perkara macam nilah yang buatkan aku putus semangat dah nak teruskan belajar. Lagi pulak, sekarang aku tengah buat praktikal sambil bekerja part time. Aku dah mula rasa kemanisan bekerja, merasa dapat payment. Jumpa orang luar yang berpengalaman, yang aku rasakan pengalaman mereka lebih berguna untuk aku pelajari dari kebanyakan benda yang lecturer cakap dalam kelas. Merasa buat job luar. Aku dah sampai tahap nak quit dah, tapi bila fikirkan parent, lupakan nafsu tu. Alang-alang habiskan degree ni. Seksa macam mana pun, teruskan jugak walau pun perlahan. Hadap jelah muka lecturers yang pandang sinis kat aku tu.

Friday 25 January 2013

Nazi tatabahasa (?)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Jika anda biasa melayari laman web jenaka seperti 9gag.com, malah mungkin dalam Facebook itu sendiri, pasti anda mengenali golongan "Grammar nazi" ini. "Grammar nazi" adalah mereka yang secara automatiknya akan memperbetulkan kesalahan grammar yang terdapat dalam post seseorang itu, sama ada berniat untuk menegur atau memalukan.

Oleh kerana bahasa Inggeris ialah bahasa pengantar seluruh dunia, maka ramai yang boleh menuturkannya, tak kurang juga dengan cara yang salah. Mungkin, kerana itulah golongan "Grammar nazi" ini merasakan mereka perlu ke depan, menunjukkan cara yang betul.

You know what, eh... Anda tahu tak, dari apa yang aku perhatikan di alam maya, bahasa kita sendiri juga SANGAT-SANGAT memerlukan "Grammar nazi" ini. Atau... Nazi tatabahasa. "Nazi" ada maksud ke dalam bahasa Melayu?

Antara yang paling kerap kita lihat ialah penggunaan "paling", "ter" dan "di". Kita teruskan dengan contoh di bawah:

Paling baik
Terbaik

Kedua-dua perkataan atau frasa tersebut membawa maksud the best dalam bahasa Inggeris. Ini satu lagi contoh:

Paling dikenali
Terkenal

Kedua-dua perkataan atau frasa tersebut membawa maksud most known/famous. Ini adalah contoh kesalahan yang selalu dilakukan:

Paling terbaik
Paling terkenal

Apa jadi bila kita campurkan sekali "paling" dan "ter"? Aku tak tahu bagaimana pemahaman korang, tapi ini apa yang cikgu aku ajar. "Paling" dan "ter" dalam satu frasa adalah redundant. Contohnya, paling terbaik akan membawa maksud the bestest dalam bahasa Inggeris. Apakah perlukah kita menambah "est" di belakang "best", sedangkan "best" itu sendiri membawa maksud yang tertinggi?

Biggest Best Heaviest
Bigger Better Heavier
Big Good Heavy

Macam itu juga dengan bahasa Melayu. Penambahan "paling" di depan sesuatu perkataan yang menyatakan sifat menggambarkan ia adalah yang terbaik dalam kumpulannya. Dan seperti yang kita tahu, "ter" adalah pengganti untuk "paling", bukan untuk ditambah selepas "paling". Jika "paling" dan "ter" digabungkan sekali, tak ke melebih-lebih tu? Macam... Lebih sudu dari kuah. (tiba-tiba)

On a site note, "ter" juga bermaksud "tak sengaja" jika digabungkan dengan perkataan yang menggambarkan perbuatan. Contoh:


Terpukul
Tercampak
Terlihat
Terjatuh
Terpaku dan terpana (hah!?)

Next word, err... Perkataan seterusnya, "di". Ini yang paling banyak orang salah gunakan. "Di" digunakan untuk dua situasi.

Situasi pertama ialah perbuatan. "Di" yang diletakkan di depan perkataan yang menggambarkan perbuatan HARUSLAH DISAMBUNGKAN. Contoh:

Disebat
Dibasuh
Dipandu
Ditutup

Situasi kedua ialah tempat. "Di" yang diletakkan di depan arah atau tempat HARUSLAH DIJARAKKAN. Contoh:

Di sana
Di Kedah
Di sekolah
Di bawah

Kalau korang faham dengan penerangan aku, sila detect, err... Sila kesan kesalahan di bawah:

Tayar ada di jual disini.

Ayat ni memang selalu kita nampak tepi jalan, disembur dengan pewarna kat divider jalan tu.

Kenapa aku buat entry ni? Kerana aku orang Borneo, tapi dalam kalangan kawan-kawan aku, akulah yang paling mengambil berat tentang salah dan betulnya bahasa ibunda mereka ni. Aku pun pelik kenapa mereka tak endah langsung dengan bahasa sendiri.

Bukanlah aku rasa aku ni bagus sangat, sampai nak tegur orang lain dalam berbahasa. Aku sendiri pun banyak campur adukkan perkataan Melayu dan Inggeris bila bertutur dan menaip, tapi sekurang-kurangnya aku menunjukkan inisiatif dalam menggunakan bahasa yang betul. Eja pun eja penuh-penuh, tak pernah guna shortform, kalau korang perasan la. Kenapa orang Melayu seakan tak kisah merogol bahasa sendiri?

Nak kata aku tak pernah buat kesalahan tatabahasa, itu mustahil la. In fact, dalam entry ini sendiri pun ada banyak kesalahan tatabahasa, selain daripada yang diterangkan dalam tajuk. Tapi, "paling", "ter" dan "di" benda yang terSANGAT-SANGAT OBVIOUS, tapi masih jugak disalah gunakan. Pelik.

Oh, last but not least, ini entry yang aku taip dulu, juga berkaitan dengan bahasa. Sekurang-kurang aku tunjukkan sedikit keprihatinan terhadap bahasa tercinta kita ni. Well... at least,



Sunday 13 January 2013

Blues untuk aku

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Curi artwork jap.

Sehingga sekarang, aku masih dalam "blues state". Tak tahu kenapa, cinta yang kali ini amat mendalam kesannya. Tapi, rasanya aku seorang saja yang merasa macam ni, aku yakin dia dah tak fikir pasal aku dah. Good for her.

Macam aku merapik dalam entries yang sudah-sudah, nasib baiklah aku ada kawan-kawan yang sedia buat aku happy bila aku bersedih. Semalam birthday dia, aku rasa sedih sangat. Dah takde lagi dah aku nak bawak dia keluar, makan-makan, lepak-lepak kat Waterfront Kuching, tengok orang lain dating, tengok mak bapak kejar anak-anak yang lari macam lipas kudung, sembang benda merapu, macam-macam lagilah.


Rasa rindu gila nk balik Kuching, tapi aku nak lari dari perasaan sendiri.

Mungkin sebab sepanjang aku bercinta, dia dah aku jadikan sebahagian besar dari hidup aku. Jadi bila aku dah berseorangan sekarang, aku rasa banyak sangat perkara yang kurang. Kebetulan semalam birthday dia, jadi masa lepak dengan kawan-kawan, diorang perasan aku sayu semacam. Walaupun aku tak bagitahu diorang apa-apa, diorang tau aku tengah "blues" dan ajak aku layan C.O.D. Seronok jugak rasa hati walaupun kadang-kadang sakit hati jugak. Baru spawn 2 3 saat dah kena bunuh balik. Tau la aku ni noob main game. Heheh

Game yang sangat gian.

Tapi tulah, kawan-kawan ni bukannya sepanjang masa available untuk aku. Tu jugak antara sebab aku ada blog ni, nak taip dan luahkan benda-benda yang terbuku di hati. Siapa-siapa baca blog ni, memang banyak entry jiwang.

Tapi selain blog ni, banyak jugak cara aku nak lupakan kesedihan. Antaranya, hobi akulah. Aku baru lepas start pasang model MG Ex-S yang aku beli tahun lepas. Baru siap core fighter aku dah give-up dah. Gila banyak runner, pening kepala aku tengok. Oleh sebab sekarang hobi aku terpaksa dibekukan buat sementara waktu, aku tak ada model baru. Model HG yang harga RM47 pun aku tak mampu beli sekarang ni. Huhu

Ilustrasi Ex-S. Tengok design dia, korang boleh tahu kenapa aku malas nak pasang.

Ada lagi caranya aku nak lupakan kesedihan, dan aku yakin semua orang buat benda ni. LAYAN LAGU. Betul tak? Heheheh. Ni antara lagu-lagu yang aku layan. Supaya korang faham kenapa aku dengar lagu-lagu ni untuk layan "blues", liriknya aku bagi sekali.




   

Ahmad Band, Sudah
Dinda, semua berakhir sudah
Segala rasa yang telah tertuang
Semua jadi kenangan
Manis mungkin hanyut berdua

Di dalam kekosongan
Mata hati ini

Tak satu pun yang ku sesali
Malahan semua hiasi hidup
Mungkin setitik perih yang ada
Mendewasakan aku dan kamu

Dinda, jangan sesali ini
Kamu masih cantik seperti dulu
Saat pertama kali kita jumpa

Dinda, semua berakhir sudah
Meskinya semua terangkum dan

Tak satu pun yang ku sesali
Malahan semua warnai hidup
Mungkin duri yang pernah tertancap
Mendewasakan aku dan kamu

Agar terus dapat melawan badai
Untuk terus dapa melawan badai





George Micheal, Careless whisper
Time can never mend the careless whisper of a good friend
To the heart and mind, ignorance is kind
There's no comfort in the truth, pain is all you'll find

Should've known better

I feel so unsure as I take your hand and lead you to the dance floor
As the music dies, something in your eyes calls to mind the silver screen
And all its sad goodbyes

I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Thought it's easy to pretend
I know you're not a fool

I should have better than to cheat a friend
And waste a chance that I've been given
So I'm never gonna dance again
The way I dance with you

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe It's better this way
We'd hurt each other with the thing we wanna say

We could have been so good together
We could have lived this dance forever
But now who's gonna dance with me, please stay

Now that you've gone
Was what I did so wrong
So wrong that you had to leave me alone




Search & Awie, Nur Nilam Sari
Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
Buat ku merempuhi malam
Kabus berlalu bagaikan awan
Mengaburi penglihatan

Menyekat maksud di sempadan redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat berlindung dalam lena, pejamkan mata
Untuk ku lupakan sengsara
Berapa kerdipan melaraskan jiwa
Menyusul ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Mungkin kalau nasibku berbeza, aku tak mampu menilaikan dikau

Aku berani
Berani aku katakan dirimu itu dewi kayangan

Peperangan yang melanda diriku kini sudah berakhir
Kepahitan dulu bertukar menjadi sebuah sejarah dan kenangan manis






Voices of Euphonious (V.E), Detik Bersama
Indahnya detik pertama kau melukis warna mimpi hatiku
Hanya kau yang aku tunggu-tunggu
Biarkan aku bersamamu, niarkan aku terlena dalam dakapanmu
Hanya kau yang selalu aku rindu

Dalam tidurku terjaga, impikan kasihmu bersamaku
Terlena daku kembali, kau pulang padaku
Kehadiranmu 'kan membawa erti rindu

Di sini bermulanya detik bersama, kasih di antara kita berdua bermula
Segalanya akan ku semadi lagi
Di sini bermulanya detik pertama kau melafazkan rindu dan kata bahagia
Kau bawaku ke awan yang tinggi
Kau bertakhta di hati

Detik bersama

Katakan saja nalurimu, bawalah daku menemanimu, membelai jiwa manismu
Hanya kau yang selalu aku tunggu
Inginku menatap wajahmu
Takkan ku melepaskan peluang untuk bersama selamanya
Hanya kau yang selalu aku rindu

Ingin aku dibelaimu, ingin aku bersamamu
Tak ingin ku kehilangan dirimu




Banyak lagi lagu aku nak share sebenarnya, tapi takkan la nak letak semua dalam satu entry. InsyaAllah nanti aku share lagi. Mesti ada yang pelik, tajuk "blues" tapi takde lagu blues pun. Dalam entry ni, aku refer blues sebagai jiwang/sedih.

Saturday 12 January 2013

Saegil cukaeyo 23

Salam sejahtera.

In few hours from the moment I've started typing, it'll be 13th of January. Your birthday. Happy birthday to you.



This is the entry i've wrote for you last year.

You know what, I wish I can still say the same thing to you. I wish I can still call you love.

It really hurt when you still have the feelings for a person who don't love you back. Who doesn't even want to talk to you.

Happy birthday. May god bless you.

Saturday 5 January 2013

Kebodohan terang-terangan.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Entry kali ini aku nak kompilasikan orang-orang bodoh yang aku pernah jumpa.




#1 Tukang komplen bodoh:

"KFC ni penipu betul. Dalam iklan, udang dia sama besar dengan ayam, sampai penuh pinggan. Ni bila beli, kecik nak mampus."



Ni soalan aku. Pernah ke dalam seumur hidup kau, kau nampak udang yang sama besar dengan seketul ayam? Udang galah pun jadi kecik bila dah kopek kulit.


#2 Cashier bodoh:

Bawak barang ke kaunter. Bayar. Hulur tangan nak terima baki.

Tapi cashier campak duit ke atas kaunter.

cashier.jpg (413×310)


Aku dah rasa macam pengemis dah, hulur tangan orang campak duit.


#3 Pemandu bodoh:

Bila terjadi accident, "Celaka punya malaun, tak reti bawak kereta jangan drive la!! Habis jahanam kereta mahal aku!!"



Ni aku nak tanya, yang kau parking kat simpang dengan selekoh tu apahal? Yang kau nak masuk simpang sampai makan jalan lane kanan apahal? Masuk selekoh tak signal apahal?


#4 Perempuan bodoh:

"BaNyARk BetoWL LuCKy2 PervERT KomMEn Kt Piccies AQue!! MEnCi3!!!"



Gambar-gambar kat Facebook semuanya yang nampak lurah buah dada, pakai singlet tak pakai bra sampai nampak puting timbul, jelir lidah kat celah dua jari, kaki mengangkang luas terbentang. Dan paling bodoh, tak privatekan gambar.


#5 Budak-budak bodoh:



Mak bapak hantar pergi sekolah, tapi bila menaip, eja berterabur, tatabahasa apatah lagi. Contoh macam #4 perempuan bodoh tu taip la. Buat benda-benda bodoh, bergaduh pasal benda yang remeh.

Banyak lagi contoh, tapi ini je yang aku mampu ingat.