Aku nak sangat beli model ni, tiba-tiba minat dengan Zoids. Okay, gambar ni tak ada kaitan dengan apa yang aku nak taip. |
Nak tanya anda semua. Ya, anda-anda, dua tiga kerat mata yang sudi singgah kat blog ni. Saja nak tahu apa pandangan anda. Anda ke korang? Korang lagi mesra kot, rasanya.
Apa yang korang akan lakukan sekiranya korang terus-terusan merindui seseorang yang korang tak patut rindu? Orang tu ialah kekasih yang korang terpaksa tinggalkan kerana halangan yang tak dapat dielakkan.
Tak ada pilihan objektif. Aku nak tahu pendapat dari korang, pendapat dari orang yang matang. Aku tahu, ada antara korang yang komen kat entry-entry aku yang sebelum ni berumur lagi tua dari aku. Ya, aku akui, aku tak matang lagi, walaupun umur dah macam bapak budak. Kalau aku ni matang, aku tak akan ada masalah macam yang aku taip kat atas tu.
Jawapan aku buat masa ni? Aku terus biarkan diri aku bergelumang rasa rindu. Memang pahit, sebab penghujung rindu tu bukan seperti yang aku harap. Tapi aku sentiasa rasa ada sekelumit bahagia sepanjang masa aku merindu, walaupun tak bertentang mata. Kenangan-kenangan yang ada tu buat aku sebak, at the same time buat aku gelak kecil.
So, korang? Kalau boleh, aku nak dengar idea dari seramai yang boleh. Yang single, yang pernah bercinta dengan ramai orang, yang belum pernah bercinta langsung, yang dah kahwin, semua boleh bagi pendapat.
There I go, in my "jiwang mode" again.
p.s: Aku nak follow semua orang yang follow aku, tapi internet yang sangat lembab ni menghalang niat. Heh.
hmmm..jwpn aku simple, kalo dia dah berpunya, tak payah la rindu2 kat dia lagi, kalo dia pon blom ada, bleh try contact2 dia tanya khabar..mana tau ada jodoh lagi...jodoh tu di tangan Allah Taala, begitu juga dgn rezeki dan ajal...good luck ^^
ReplyDeleteSetakat yg aku tahu, dia single lg sekarang. Tulah, aku pn x tahu apa yg aku fikir.
ReplyDelete