Monday, 24 December 2012

Hari Natal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh... Dan salam sejahtera.



Esok Hari Natal/Krismas. Kalau dulu, aku ada orang istimewa untuk aku wish Merry Christmas. Sekarang tak ada lagi. Hmm...




Nahh... Kawan-kawan aku ada je yang sambut Krismas. Tapi manalah sama. Itulah beza orang istimewa dengan kawan-kawan. Orang yang istimewa buat kita rasa lengkap dan bahagia, tapi dia tetap akan pergi bila-bila dia mahu. Kawan-kawan pulak, kadang-kadang buat sakit hati, rasa nak tumbuk je. Tapi sentiasa ada untuk cheer us up... Dan membahan.

Kat atas aku sediakan dua buah lagu Krismas favourite aku. Dulu masa aku jadi cashier kat Boulevard Hypermarket, kebetulan masa tu musim Krismas. Memang tiap-tiap hari layan lagu Krismas, tapi dua lagu ni je yang aku tak muak dengar.

Selamat menyambut hari Natal/Krismas untuk semua yang menyambut. Semoga korang dapat hadiah yang best dari Santa Claus.

p/s: Agak-agak salah tak kalau aku pun nak hadiah dari Santa? Heheh.

7 comments:

  1. incik pun nak sambut ye krismes. Agak-agak la, takkan nak hadiah dari santa. -_-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah... Saje je. Rasanya tak salah. Jangan la kita betul-betul anggap Santa tu ada, kiranya itu kiasan nak mintak hadiah dari orang. Kebetulan musim Krismas sekarang ni, saja guna Santa tu sebagai subjek. Macam ayat mengusik la kiranya.

      Delete
    2. ooooo, ingatkan apa tadi.

      Delete
    3. Heheh... Susah jugak. Nak buat plain sarcasm pun kena explain satu-satu.

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaha. temporary alone pn boleh. mintak2 jgn la forever. hahaha

      Delete