Thursday 27 December 2012

Maksud sebenar

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

First, let's watch this footage:


Seperti yang kita lihat, video di atas menunjukkan bagaimana pihak "berhaluan kanan" Israel mengadakan demonstrasi bagi menindas golongan leftists. Aku tak pasti apakah yang dimaksudkan dengan leftists, tapi aku anggap leftists ialah golongan minoriti Israel yang menentang kekejaman terhdadap warga Palestin. Atau leftists itu mungkin warga Palestin itu sendiri.

Seperti yang anda boleh lihat lagi, mereka terang-terangan mengaku dan menuntut tentera Israel melakukan kekejaman di Gaza. Video ni boleh je kalau UN atau PBB(maaf, aku tak tahu sangat pasal kesatuan-kesatuan antarabangsa macam ni) jadikan bukti untuk mengenakan tuduhan ke atas Israel, tapi ada ke yang nak buat?

Kalau anda ada masa terluang, anda baca pula entry ini dan ini dari Blogserius. Artikelnya agak panjang, so spent your time to fully understand what he says, rather than baca sekali jalan dan terus mahu menghentam.

Dan sejak kebelakangan ini, quote ini yang kononnya diluahkan oleh Adolf Hitler menjadi viral:

"I kill half of the Jews, and leave half of them to let you know why I kill them."

Dan selepas itu ramailah yang menganggap Hitler sebenarnya mahu memberitahu dunia bahawa bangsa Yahudi ini jahat dan harus dibunuh. Tak kurang juga yang kata, kalau Hitler masih hidup, Yahudi akan pupus dan pasti Islam sudah menang dan tidak tertindas.

Apa yang Obefiend taip di Blogserius bukanlah sesuatu yang baru bagi aku, but I'm glad finally someone brought that up. And yes, I am totally agree with him. "Kalau Hitler masih hidup, Yahudi akan pupus dan Islam tidak akan ditindas?" BULLSHIT. Kalau anda baca kedua-dua link ke Blogserius yang disediakan, anda akan faham sepenuhnya apa yang akan ditaip selepas ini.

Dalam ranking Hitler (ya, Hitler ada buat ranking sendiri), orang Arab (yang mana majoritinya adalah Islam) adalah lebih hina dari Yahudi. Dan kalau tak silap, at the bottom of the list is Negro. Orang kulit hitam. Orang Negro pula majoriti beragama Islam dan Kristian. Dah lengkap ketiga-tiga agama Samawi di situ.

"Tapi Hitler bunuh Yahudi laknatullah, dia sebelahkan Islam!"

Pernah masuk pejabat Hitler? Pernah tengok peta perang Hitler? Ini yang ramai tak tahu. Jika Hitler berjaya menghapuskan Yahudi di Eropah, sasaran seterusnya ialah Timur Tengah. Ya, di mana kebanyakannya terdiri dari negara Arab. 

Ada yang gunakan point Hitler selalu bagi ceramah gunakan potongan ayat tertentu dari Al-Quran, dan benarkan tenteranya yang beragama Islam menunaikan solat. So what? Tentera Amerika yang beragama Islam pun masih dibenarkan bersolat. Jadi Amerika itu baik? Go and read the articles I've directed you to, Obefiend taip lagi detail.

Somehow, I still believe that Hitler's quote is true. He did say it, but do we understand the real meaning? Ini ialah terjemahan aku sendiri, anda boleh disagree if you wish to.

Hitler bunuh setengah orang Yahudi dan tinggalkan setengah lagi untuk hidup, BERSAMA DENDAM. Dendam terhadap seluruh dunia. Dendam untuk menguasai dunia dan membalas kembali apa yang dunia telah dilakukan kepada mereka, kerana semasa Holocaust berlangsung, mereka mendapat hanya sedikit simpati.

Sejarah Holocaust menjadikan dunia simpati dengan mereka, dan seakan membenarkan saja apa yang berlaku. Antara langkah mereka untuk mengukuhkan kedudukan mereka di mata dunia ialah dengan mendirikan sebuah negara untuk dijadikan tapak yang sepenuhnya Yahudi, dan Palestin menjadi mangsa.

Kita menganggap Holocaust sudah berakhir apabila Hitler mati. Lihat di sekeliling anda. Lihat di Gaza. Holocaust tidak berakhir. Ianya masih berterusan. Ingat tak yang tadi sudah dijelaskan orang Islam/Arab adalah sasaran Hitler selepas Yahudi?

Lihat kembali. Sebenarnya perancangan Hitler masih berjalan, biarpun beliau sudah mati. Hitler meninggalkan setengah orang Yahudi untuk dunia melihat sifat sebenar mereka, di samping untuk MENYAMBUNG rancangannya.

Orang Yahudi di Israel membunuh dan menyeksa orang Islam di Palestin, seakan sama seperti apa yang dirancang oleh Hitler. Hitler digambarkan sebagai seorang yang bijak dan pakar merancang, and yes he is.

Jadi adakan anda masih mahu mengatakan Hitler itu baik kerana membunuh Yahudi? Terpulang kepada anda. Apa yang aku lihat dan baca, orang Yahudi dulu selalu ditindas seperti orang Negro juga. Malah, at some point aku terfikir. Kalaulah Hitler tidak memulakan Holocaust, adakah orang Yahudi akan menjadi pendendam dan sekejam sekarang? Tetapi kita tak boleh lupa juga yang Yahudi ini bangsa yang bongkak.

Monday 24 December 2012

Hari Natal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh... Dan salam sejahtera.



Esok Hari Natal/Krismas. Kalau dulu, aku ada orang istimewa untuk aku wish Merry Christmas. Sekarang tak ada lagi. Hmm...




Nahh... Kawan-kawan aku ada je yang sambut Krismas. Tapi manalah sama. Itulah beza orang istimewa dengan kawan-kawan. Orang yang istimewa buat kita rasa lengkap dan bahagia, tapi dia tetap akan pergi bila-bila dia mahu. Kawan-kawan pulak, kadang-kadang buat sakit hati, rasa nak tumbuk je. Tapi sentiasa ada untuk cheer us up... Dan membahan.

Kat atas aku sediakan dua buah lagu Krismas favourite aku. Dulu masa aku jadi cashier kat Boulevard Hypermarket, kebetulan masa tu musim Krismas. Memang tiap-tiap hari layan lagu Krismas, tapi dua lagu ni je yang aku tak muak dengar.

Selamat menyambut hari Natal/Krismas untuk semua yang menyambut. Semoga korang dapat hadiah yang best dari Santa Claus.

p/s: Agak-agak salah tak kalau aku pun nak hadiah dari Santa? Heheh.

Thursday 20 December 2012

Just... Why?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Hari aku rasa macam nak buat entry. No, bukan entry pasal hari kiamat. Entry tentang luahan perasaan. No, bukan pasal cinta jugak.

Aku ni seorang yang specific kalau mahukan sesuatu. Dan bila aku tak dapat apa yang aku nak, aku akan melenting. Kalau dipaksa buat sesuatu yang aku tak suka, pun aku melenting. Kenapa? Aku memang panas baran. Okay, aku sajikan korang dengan video ni:


Ini adalah karya Stockhausen, berjudul Kreuzspiel. Tak tahulah aku taip betul ke tak nama dan judul tu. This is an electronic piece, di awal kewujudan, what we now call, synthesizer. Inilah yang dinamakan New Music.  Mungkin yang still sounds okay, tapi banyak lagi pieces yang pelik-pelik kat luar tu. Yang, bagi aku, tak masuk akal. Terlalu abstract. Banyak lagi contoh New Music pieces, that I would say, sounds mengarut. Ada yang ketuk-ketuk botol, ketuk piano, masuk kepala dalam piano then nyanyi, gesek-gesek tali piano, tali gitar. All done for the reason of in the name of music and art. 

Satu lagi benda yang sinonim dengan New Music ialah atonality, which means the absence of key. Maknanya no major, no minor, no modes, no nothing. Contoh untuk semua yang aku cakap tadi aku tak jumpa, sebab kebanyakan karya-karya macam ni berasal dari Eropah. Susah nak cari dengan keyword terhad yang aku ada.

Inilah yang kami pelajari, dalam jurusan Music Composition, di tempat aku belajar. I mean, what's the point masa audition dulu tanya "Nak pilih cabang mana, pop or serious?". Aku jawab pop. End up, orang yang terpilih semua kena belajar, sebab ini compulsory subject. Tu yang kadang-kadang aku dengki dengan Performance department. Diorang suka perform, so diorang belajar perform. And a little bit of theory. Macam kami? Dalam orchestration saja kami diwajibkan guna mode. Itu takpe lagi, at least ada tonal quality. Dalam kelas lain, kami semua disogokkan dengan ideology New Music ni. Aku tak suka, but I have to stay in the class in order to get my degree certificate at the end of the day.

Setakat ni, lagu yang aku compose kebanyakannya pop, contoh, Jazz fusion, standard Jazz, Disco, slow Ballad, Rock, dan ensemble kecil macam String quartet. Ada satu je lagu yang Classical, itu pun Tango. Bagi yang tak maklum lagi, dalam dunia Classical music, Tango, Flamenco, Romantic Era, apekeharamjadah sudah dianggap muzik yang baru. Bukan lagi Classical seperti karya-karya Bach, Mozart atau Beethoven. But, I'm fine Classical. I really do.

Dekat tempat aku belajar, dalam Composition department, terlalu sedikit lecturer yang aku boleh rujuk jika berkaitan modern music. In fact aku boleh kata, sorang jelah, iaitu lecturer principle composition aku. Itu pun dia selalu tak bagi banyak komen, sebab dia nak aku bebas buat lagu.

Dari apa yang aku nampak, aku akui, rasanya aku sorang je yang ranting about the ideology of New Music ni. Others seems to be fine. Jadi banyak juga golongan superior New Music yang wujud. Apa yang aku kurang gemar dengan diorang ni ialah, bila bersembang dengan diorang, point yang diutarakan seolah-olah New Music adalah ideology yang paling tepat, muzik lain semua salah. Dah tu, boleh pulak sound bila aku mempertikaikan relevance of the idea in some issues. Patutnya orang yang mendalami New Music nilah berfikiran paling terbuka.

Dah panjang lebar aku taip, tapi aku tak explain lagi kenapa aku sangat-sangat tak suka ideology New Music ni. Susah aku nak bagi korang faham, sebab aku sendiri pun tak faham. Dalam sebuah seminar hari tu, lecturer kami jemput seorang penceramah, atau composer. Dia sendiri akui, "This kind of idea make sense in Europe, but not here in Asia..." Aku dah mula gembira bila dia cakap macam tu, tapi lepas tu dia sambung, "Yet". Okay, kau nak sebarkan fahaman dan budaya kau, we respect it. Tapi, seperti yang aku taip kat atas, aku sangat-sangat gusar bila New Music-related subjects dijadikan compulsory subjects. Just, WHY? Tak pernah fikir ke kami yang tak berminat langsung ni?

Mungkin para lecturer nampak benda ni macam dapat sambutan. Mungkin diorang tak tahu yang students ni banyak yang beli lagu sesama sendiri. Beli dari kawan, beli dari senior, plagiat dari pieces yang rare. Instead of buat macam tu, aku try buat sendiri. Yes, resultnya terlalu simple sampaikan aku dapat komentar, "Sounds like you got very little input during the whole semester". Yang kaki pengampu dapat pujian. Ni lagi satu budaya politik yang aku tak suka. Jangan cakap aku tak cuba paksa diri sukakan ideology ni. Aku dah try, cuma memang aku sangat-sangat tak suka dan tak boleh terima. Dah aku tak boleh terima, paksa jugak. Bencilah jadinya.

In case korang masih lagi tak faham about my hatred, let me describe this:

What is the function of a car? To move, right? How do we move it? We sit on the driver's seat, start the engine, set the gear in, press the pedal, and there we have, a moving car.

The ideology of New Music is very much like this:

Instead of driving the like normal people do, we can still move the car by:
Pulling it;
Pushing it;
Pushing it through the rear;
Pushing it through the side;
Pulling it by holding the bumper;
Pulling it by holding the wiper.

Something like that. Instead of playing the piano by pressing the keyboards and stepping on the sustain pedal, we: 
Scratch the strings;
Hit it with cutlery;
Stomp the cover;
Insert our head inside and sing;
Throw tennis balls on the strings;
And soooo many more.

Another way I can describe it is like putting a potato on a birthday cake. It is still eatable, but, will you eat it? Well, some people will, IN THE NAME OF ART.

I make music the way I want, how I want it. And also in a PROPER way.

Ni kalau lecturer and senior New Music superior baca entry ni, memang satu fakulti benci dengan aku. Nahh, luahan pendapat kan? Berfikiran terbuka kan?

Saturday 8 December 2012

Supposed to be

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh and peace be upon you.



I used to finish your food each time we have our meal. You're a tiny person, you don't eat much. While I'm the opposite.

I miss that moment.

We watch movie, and I can't understand a single thing about the story line. I annoyed you by asking so many questions.

I miss that moment.

I used to tell you lots of things. Things that hurt my feelings. You're such a great listener and company. You would text me everyday, telling me things. For such a long time I never felt needed by someone so much.

I miss that moment.

You used to text me, telling me you really want to see me, yet I'm so far away. Then I treat you with a surprise homecoming.

I miss that moment.

When I'm angry, you did nothing to coax me. Yet you only smile, because you know, your smile always cool me down. While I'm always panic when you're the one upset.

I miss that moment.




And here I am, still longing for everything I've decided to left behind. Yes, they're still haunting me until today. You're the best, the coolest, the most warm-hearted person I've ever have a feeling towards to. I'm still longing for the ease-at-heart feeling you've gave me.

I still miss you. I'm still longing for your accompaniment.

Deep in my heart, I do hope you would feel the same. Yes, you're not perfect, but complete me to the best form. I am longing for you.

Today is supposed to be the anniversary. Well... What can we do? I am deeply hoping for a miracle.

Have a happy life. May god bless you.

Friday 7 December 2012

Lend me your ear

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.


Aku nak sangat beli model ni, tiba-tiba minat dengan Zoids. Okay, gambar ni tak ada kaitan dengan apa yang aku nak taip.

Nak tanya anda semua. Ya, anda-anda, dua tiga kerat mata yang sudi singgah kat blog ni. Saja nak tahu apa pandangan anda. Anda ke korang? Korang lagi mesra kot, rasanya.

Apa yang korang akan lakukan sekiranya korang terus-terusan merindui seseorang yang korang tak patut rindu? Orang tu ialah kekasih yang korang terpaksa tinggalkan kerana halangan yang tak dapat dielakkan. 

Tak ada pilihan objektif. Aku nak tahu pendapat dari korang, pendapat dari orang yang matang. Aku tahu, ada antara korang yang komen kat entry-entry aku yang sebelum ni berumur lagi tua dari aku. Ya, aku akui, aku tak matang lagi, walaupun umur dah macam bapak budak. Kalau aku ni matang, aku tak akan ada masalah macam yang aku taip kat atas tu.

Jawapan aku buat masa ni? Aku terus biarkan diri aku bergelumang rasa rindu. Memang pahit, sebab penghujung rindu tu bukan seperti yang aku harap. Tapi aku sentiasa rasa ada sekelumit bahagia sepanjang masa aku merindu, walaupun tak bertentang mata. Kenangan-kenangan yang ada tu buat aku sebak, at the same time buat aku gelak kecil.

So, korang? Kalau boleh, aku nak dengar idea dari seramai yang boleh. Yang single, yang pernah bercinta dengan ramai orang, yang belum pernah bercinta langsung, yang dah kahwin, semua boleh bagi pendapat.

There I go, in my "jiwang mode" again.

p.s: Aku nak follow semua orang yang follow aku, tapi internet yang sangat lembab ni menghalang niat. Heh.