Monday, 6 January 2014

Video punya pasal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh



          Honestly, aku tak nampak apa yang prof ni cakap yang melayakkan beliau dicop sebagai macai UMNO-BN. Aku dengar sampai habis, tak ada pun komennya yang berbaur politik. Kenapa? Oh, sebabnya dia tak menyatakan apa yang para pro-pembangkang mahu dengar. Mereka mahu dengar prof ini cakap "Kita harus gulingkan kerajaan, turunkan Najib". Seriously, korang rasa orang yang tinggi ilmu macam dia akan cakap macam tu ke?
          Apa yang aku dapat fahami dengan membaca ruangan komen di page video ini, aku dapat faham beberapa perkara. Perkara-perkara tersebut adalah:

-Yang dok bash ucapan dia, aku tak rasa pun diorang tengok sampai habis, sebab ucapan dia yang kat penghujung video tu tak ada sapa pun yang komen. Kalau pun diorang tengok sampai habis, mereka tak akan bagi perhatian pada yang selebihnya sebab mereka hanya mencari point ini; sama ada kenyataannya adalah sesuatu yang ingin mereka dengar atau tidak. Jika tidak, mereka akan cepat-cepat pause video untuk menaip komen.

-Yang cop dia ni macai, seriously, part mana yang menunjukkan dia ni macai? Dia bagi pandangan dari sebagai seorang yang sudah berjaya. Memang dia bukan pakar ekonomi, tapi itulah yang membuatkan komen dia lebih relevan dan dekat dengan kita. Kita pun bukannya semua pakar ekonomi. Kalau seorang pakar ekonomi yang bagi ucapan, lagilah senang dia nak pusing, sebab dia ada ilmu yang cukup untuk buatkan apa yang dia cakap tu nampak betul. Betul cakap dia, yang orang yang sudah berjaya akan memandang hidup ini dari banyak segi. Korang ingat, dia lahir je kat dunia ni terus jadi kaya?

-Semua tak puas hati bila ada komen dia yang seolah-olah salahkan orang yang tak sembahyang dan orang yang merokok. Cuba fikir, korang nak ke tolong orang yang tak pernah buat baik dekat korang? Fikir balik, Tuhan nak ke tolong korang kalau korang tak ingat Dia? Memang, Tuhan maha mengasihani, belas ihsan dia tinggi. Tapi, at least berusahalah untuk dapat ihsan Dia. Lagi satu, salahkah ke Prof Muhaya cakap yang merokok tu mengurangkan duit perbelanjaan? Habis korang beli rokok dengan apa, air liur? Kalau korang tak nak berhenti merokok, boleh. Tapi jangan bash orang yang cakap benda yang betul. Macam aku, hobi aku kumpul mainan. Memang, kadang-kadang tu aku beli banyak sangat sampai duit nak makan pun tak ada. Lepas tu runsing sorang-sorang. Walaupun aku berat hati lagi nak hentikan hobi aku ni, aku tak boleh nafikan apa yang orang cakap tu betul; hobi aku buat aku tak cukup makan. Takkan aku nak sound diorang balik pulak, kan? Dah benda memang betul.

-Satu mentaliti orang Malaysia, terutamanya orang Melayu yang aku dok perhati je dari dulu; "Kalau kau orang kaya, kau tak layak nak nasihat kitorang macam mana nak jimat duit". Macam yang aku cakap kat atas, kau ingat dia ni lahir-lahir je terus jadi kaya? Yang komen-komen negatif ni semua dok pandang kehidupan dia sekarang, kenapa tak kaji perjalanan hidup dia sebelum dia jadi pakar motivasi dan pakar mata yang berjaya? Kalau betul pun dia anak orang kaya, ingat semua orang kaya ni makan duit mak bapak?

          Tang mana yang dia cakap tu tak relevan? Memang keadaan kita sekarang memang negatif, tapi kalau respon kita pun negatif, makin negatif la keadaan kita. "Kita akan dapat berfikir dengan lebih baik jika kita tenang". Mesti pernah dengar ayat ni kan? Bila kita positifkan diri, barulah minda kita akan tenang, kemudian lebih terbuka dalam mencari solusi untuk menyelesaikan masalah. Kadang-kadang solusi tu ada je depan mata, tapi kita tak nampak sebab dok sibuk cari salah orang lain. Banyak lagi inisiatif yang kita boleh buat. Kerja overtime ke. Macam aku ni kerja mengajar, mungkin aku kena tambah lagi banyak student ke. Mungkin berdemo tu inisiatif korang, aku tak tahulah. Aku tak bantah demo tu diadakan, tapi nampak ada hasil ke? Entah pak-pak menteri dengar ke tak korang melaung masa tu. Diorang pun pergi vacation kat luar negara agaknya.

          Aku nak cakap banyak pun, aku ni tak berjaya pun lagi dalam hidup. Aku pun pernah jadi orang yang negatif pasal hidup. Sudahnya aku dok merintih mengadu semua tu, tak berhasil pun. Aku jugak yang kena bergerak untuk ke depan, baru nampak perubahan. Baru aku nampak jalan. Kalau ada orang yang baca ni, jangan cop aku macai sudah. Aku taip apa yang aku rasa betul, dan aku rasa respon kita pun tak perlu sepanjang masa berbaur politik.

No comments:

Post a Comment