Thursday, 30 January 2014

Hadiah sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikumwarahmatullahwabarakaatuh

          Apa ni? Hadiah Tahun Baru Cina? Aku sambut Tahun Baru Cina ke? Haha... Kita kan sama-sama rakyat Malaysia, apa salahnya. Hadiah yang aku dapat, well, bukanlah hadiah sangat sebenarnya. Kamera digital Sony yang parent aku punya. Aku tengok macam kesunyian je duduk kat dalam rak buku bapak aku, so aku mintaklah. Bapak aku bagi je. Maklumlah, dia kan dah ada kamera DSLR sekarang. Nampak, mak bapak aku lagi up-to-date dari aku. Haha
          Mulanya aku beli bateri, boleh on. Tapi kejap je, lepas tu off balik. Yelah, letak bateri pun yang 4 bijik RM5, memang la tak power mana. Haha... Lepas tu aku beli bateri yang proper, ada masalah gak. Lepas tu aku jolok lubang reset dengan jarum, baaaruuu la okey.






Inilah dimensi kamera tersebut. Obviously, gambar ini bukanlah diambil dengan kamera tersebut, guna webcam je.
So kualiti memang tak seberapa.

          Kamera ni kamera digital Sony Cyber-shot 4.1 megapixels yang dikeluarkan pada tahun 2005, kalau tak silap. Kamera ni ada banyak mode preset. Boleh buat setting secara manual rasanya, tapi aku tak pasti. Kalau ikutkan trend sekarang, semua orang guna DSLR. Tapi aku nak kamera ni sebab aku pernah guna masa sekolah dulu. Lagi pun aku tak reti nak guna DSLR yang canggih tu. Gambar kamera ni pun okey jugak apa, high definition jugak. Aku pun bukannya nak tangkap gambar secara professional.
          Antara tujuan aku nak ada kamera ialah:


  • Kerja dalam bidang yang aku ceburi ni memerlukan aku untuk mempunyai portfolio yang kukuh. Portfolio apa yang kukuh? Tentulah beberapa keping kertas yang dituliskan karangan yang panjang lebar yang disokong beberapa keping gambar.
  • Nak buat review model yang aku kumpul selama ini dan yang akan datang. Hehe... Lagi pun blog ni asalnya aku nak buat blog review mainan, semoga dengan adanya kamera ni, bolehlah aku teruskan tujuan tu. Atau pun aku buat blog baru untuk asingkan post peribadi dengan mainan. Entahlah, tengoklah nanti.
  • Aku dah downgrade handphone, dari Sony Ericsson Cedar ke Nokia 1280. So aku dah tak boleh nak tangkap gambar langsung. Hehe


          Ini gambar-gambar yang aku ambil untuk cuba preset-preset yang ada. Gambar-gambar ini diambil dalam bilik aku yang hanya bercahayakan mentol kuning. Mode-mode yang ada aku describe macam kat dalam button bulat kat gambar kamera kat atas, yang kat tengah tu. Manual dia dah lama hilang, so aku tak tahu nama official untuk setiap mode, dan aku terlalu malas untuk google setiap satu.

Default mode; selector bentuk macam kamera, warna hijau. Ada flash.
Okey la, tapi dia tak boleh nak fokus kat Crossbone, sebab putih kot.
"P" mode. Aku tak tahu P stands for what. Ada flash. 
Macam lebih kurang je dengan default.

"M" mode. Sama jugak, aku tak tahu apa maksud M.
Takde flash dalam mode ni. Gelap. Okey...
"Bulan sabit" mode. Aku assume ini night mode.  Takde flash.
Nampaknya mode ini sensitif dengan gegaran.
                     

"Bulan sabit dan orang" mode. Err... Berdasarkan logo dia, maybe night mode with focus?
Or stabilizer? Gegaran dalam gambar ni nampak kurang sikit. Takde flash jugak.
"Lilin" mode. Mm yeahh... Aku tak tahu logo lilin tu stands for what.
Maybe dia capture cahaya macam night mode, tapi tak sensitif dengan gegaran?
Dari gambarnya, nampak macam tu. Takde flash.
                     

Tak tahu nak sebut mode ni macam mana, tapi logonya macam bukit dalam frame.
Macam sama dengan mode sebelum ni, tapi kurang cahaya sikit.
Mungkin mode ni sesuai untuk tangkap gambar kat open space atau pemandangan.
Tapi Crossbone tu nampak macam focus dia okey sikit.
Mode ni pulak logo dia macam pokok kelapa di tepi laut.
Nampak macam sama je dengan gambar sebelum ni, tapi filter dia kurang kekuningan sikit.
                     
                               
Mode ni logo dia macam sorang kat depan, sorang kat belakang.
Ini mode untuk main dengan autofocus kot. Silap la aku ambik gambar macam ni,
patutnya aku letak satu model kat depan. satu kat belakang. Hehe

          Photographer professional mesti sakit hati dengan review aku ni. Dah la tak detail, istilah tunggang langgang pulak tuh. Hehe... Alright, itu je aku nak sampaikan kali ni. In shaa Allah, bila aku rajin, aku post lagi benda ke dalam blog ni. Oh, tak lupa juga, selamat menyambut Tahun Baru Cina, have a prosperous year of the horse kepada kawan-kawan dan pembaca berbangsa Cina (kalau ada la).

2 comments:

  1. Oh, aku suka camera Sony. Logo bukit dlm frame tu mode landscape. Pokok kelapa dan pantai tu mode yg enhance warna biru laut. Bulan sabit tu night mode, kena guna tripod n set function timer camera tu utk capture picture yg focused n clear. Selamat menangkap gambar, gong xi fa cai ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... Baru tahu nama-nama mode tu. Hahaha... Aku ni noob sikit bab teknologi. In Shaa Allah, nanti ada lah tu post2 bergambar dari aku.

      Delete