Gaji lambat masuk ialah perkara yang sangat aku tak suka. Kenapa? Kerana ianya akan mewujudkan time paradox yang menyusahkan, membebankan kehidupan dan juga jiwa. Macam mana?
Bulan ini... No. Dari bulan lepas lagi, jumlah kilometer yang kereta aku dah lalui sudah melebihi limit minyak hitam yang aku guna. Bukan setakat itu, alignment tayar juga sudah macam celaka. Tambah pulak ada masalah dengan ignition, spark plug kena tukar, throttle body pun nak kena servis. Kalau gaji on time, dapat gaji je aku boleh terus settlekan semua masalah-masalah ni. Kalau pun selepas tu aku tak ada duit, aku cuma perlu bingungkan pasal makan. No hal.
Tapi tidak. Gaji tak masuk on time. Gaji lambat. LAMBAT. Gaji aku memang sikit, jangan haraplah gaji bulan lepas ada baki. Sudahnya, dengan duit apa aku nak hidup? Solution orang desperate: pinjam member. Tapi, bila pinjam duit dengan member, takkan la terus nak pinjam RM200-RM300, betul tak? Dah taraf hidup member aku pun lebih kurang je dengan aku, tambah pulak mereka ada 'bini'. Paling berani aku pinjam RM50. Belanja makan sehari lebih kurang RM15, so RM50 akan habis dalam masa lebih kurang tiga hari. Kalau terdesak, aku makan sehari sekali, so boleh tahan dalam lima hari. Bukan aku je yang kena makan, kereta pun nak kena bagi makan. Dah la makanan dia kerajaan baru je naikkan harga hari tu.
There, aku dah berhutang untuk hidup. Takkan la hidup aku akan jadi lagi teruk kan? Takkan la kan? No. Lagi teruk, bila RM50 tadi dah habis sebelum aku dapat gaji. Maknanya gaji postpone lagi. Sudahnya? Aku akan pinjam lagi duit dengan member yang lain, sebab tak nak susahkan member yang tadi. So sekarang aku dah berhutang dengan banyak orang.
Akhirnya aku dapat gaji. Yeay. Adakah masalah-masalah pada kereta aku tadi dapat diselesaikan akhirnya? TIDAK. Duit gaji aku instantly habis buat bayar hutang. Kenapa aku tak guna dulu duit tu untuk hidup, bila ada duit lebih baru bayar hutang? Dah member-member aku pun hidup macam aku jugak, diorang perlukan duit jugak. Sudahnya, duit yang tinggal cukup-cukup untuk makan lagi dua-tiga hari. Sudahnya, aku terpaksa pinjam duit lagi. Sudahnya, gaji bulan depan pun untuk bayar hutang.
Tapi macam mana kalau gaji bulan depan pun LAMBAT?
Macam tulah hidup aku sekarang. Bila aku cakap, bunyi macam aku komplen dengan Tuhan pulak hidup aku macam ni. Aku tahu, kalau ada orang baca luahan aku ni, dia akan cakap, "Kalau kau rasa hidup kau susah, ada banyak lagi orang lain yang hidup dia lagi susah". You know what, aku benci ayat tu. Ayat tu tak mengandungi langsung unsur yang boleh membuatkan aku tenangkan fikiran, malah buat aku makin bengang adalah, sebab langsung tak ada benda yang dicadangkan untuk bagaimana aku boleh tambah pendapatan. So, if you don't have anything suggestive to say, don't.
Sekarang, bukan gaji aku je yang lambat. Aku sendiri pun lambat. Lambat dalam baaaaanyak benda. Lambat habiskan kerja, sudahnya aku lambat habiskan belajar. Lambat habiskan belajar, sudahnya aku lambat cari kerja tetap. Lambat cari kerja tetap, sudahnya aku lambat dapat kerja tetap. Lambat dapat kerja tetap, mak bapak aku pulak bising, bising sebab saudara-mara bising. Bising dok berbanggakan anak-anak diorang yang habis belajar on time dan dapat kerja tetap dengan kerajaan, dan tak habis-habis tanya mak bapak aku, "Kenapa anak kau LAMBAT?"Ya, aku LAMBAT. Tambah teruk lagi, masa yang CEPAT berlalu. Tapi aku tengok orang lain, mereka berjaya pun bukan sebab mereka CEPAT, tetapi sebab mereka TAK SEORANG. Mereka ADA ORANG yang akan sentiasa ada untuk tolong diorang CEPATKAN HIDUP diorang. Aku tak ada 'kabel' dalaman untuk membantu melepasi sesetengah perkara. Aku tak ada orang bijak yang boleh tolong buatkan thesis dan assignment. Dan aku tak orang yang boleh sentiasa ada kat sebelah aku untuk buatkan aku sentiasa bermotivasi meneruskan semua benda. Dulu ada, sekarang dah tak ada. Kalau tak ada orang macam tu, carilah kawan. Kawan? Heh.
Ya, aku LAMBAT. Paling aku perasan ialah, aku lambat move on. Perkara yang paling aku susah nak tanggalkan dari kepala otak aku ialah memori indah. Memori indah linknya sangat rapat dengan perasaan yang menyuburkan motivasi aku, dan juga sifat positive aku. Sekarang perasaan tu hanya tinggal impian, yang ada hanya memori. Tapi, aku tak boleh tipu, betapa kecewanya aku bila aku tahu yang memori tu hanya berharga untuk aku seorang saja. Yang lain? They've moved on. Aku sorang-sorang terkial kat sini. Pada hari yang aku harapkan istimewa untuk aku, aku harapkan keajaiban. Mungkin aku ni tak layak lagi untuk dapat keajaiban dari Tuhan. Siapalah aku untuk Tuhan pandang.
No comments:
Post a Comment