Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh
Tips hidup bermasyarakat #1: Sewa rumah ramai-ramai
-Selepas guna/pinjam member punya barang/tempat, sila susun/kemas semula dalam keadaan asal. Kalau tempat anda sendiri, lantaklah.
-Kalau guna barang elektrik, jangan lupa switch off. Kalau tak, jangan komplen banyak kalau bil elektrik mahal.
-Kalau tak pernah kemas rumah, cuci bilik air, sapu lantai garaj, beli tong sampah, beli sabun basuh berak, pencuci tangan, pencuci pinggan mangkuk, baldi dan mop, pencuci lantai, pencuci tandas dan sebagainya, jangan banyak komplen dan jangan cari pasal dengan member yang luangkan masa, tenaga dan duit untuk berbuat demikian.
-Berbalik kepada point di atas, ada sebabnya member beli tong sampah. Nak lebih jelas, tong sampah yang besar, bukan bakul sampah. Tong tersebut adalah untuk anda buang sampah ke dalamnya. Selepas makan, sisa-sisa makanan tersebut tempatnya adalah di dalam tong sampah tersebut. Bukannya di atas meja, di ruang tamu, di sebelah tempat tidur, atau lebih teruk lagi, di sebelah tempat tidur member. Lagi teruk? Dibiarkan lama-lama sampai busuk dan berulat. Kalau guna pinggan, macam point kat atas, kalau malas nak basuh, jangan cari pasal dengan member yang tolong basuhkan untuk anda.
-Kalau collection duit sewa ada baki RM10-RM20, dan duit tersebut digunakan untuk membayar bil-bil air, elektrik, internet, beli barang keperluan rumah dan sebagainya, jangan ikut sedap mulut cakap member yang kutip duit sewa tu makan duit haram.
-Kalau member balik lewat malam, tengok anda nyenyak tidur lepas tu tak sampai hati nak switch on lampu dan sanggup bergelap meredah jalan ke tempat tidur, tolonglah korek sedikit common sense anda, buat benda yang sama. Jangan pulak bila tengok member tengah tidur, switch on lampu, tukar baju then keluar rumah semula nak lepak, tinggalkan lampu yang masih menyala.
Tips hidup bermasyarakat #2: Jiran tetangga
-Kalau kereta anda hanya sebuah, dan masih ada ruang dalam garaj anda untuk menempatkannya, sila berbuat demikian. Tolong consider juga rumah lain yang ada banyak kereta tapi tak ada tempat nak letak kereta. Tepi jalan penuh, dekat selekoh penuh, dekat simpang penuh, dekat depan kedai runcit pun penuh. Bukannya kami ni kaya ada banyak kereta, kami ni menyewa saja. Kami semua menyewa rumah yang sama, tapi setiap seorang kerja tempat lain-lain, nak tak nak kena ada kereta sendiri.
-Kalau buat kenduri, tolonglah consider buat kat balai raya/dewan orang ramai. Senang. Tempat pun besar, tempat parking kereta pun banyak. Tak perlulah anda nak pacak khemah yang cover seluruh lorong perumahan tersebut, dan para tetamu anda pun tidaklah menerima sumpah seranah dari kami yang pagi-pagi nak pergi kerja tapi tak boleh sebab kereta kami yang parking dalam rumah/di tepi jalan kena block oleh kereta-kereta mereka tersebut.
-Kami ni semua bujang lagi, duit makan pun cukup-cukup, apatah lagi nak renovate rumah. Kalau pun kami nak renovate rumah yang kami duduk sekarang ni, tak ke nanti kena maki dengan tuan rumah? Tapi kami pelik, kenapa longgokan sampah di depan rumah kami mostly terdiri daripada sisa-sisa pembinaan? Ada dawailah, batu-batalah, beg simenlah. Lagi satu, kami ni orang bujang. Kami malas nak masak, dapur pun tak ada. Tapi kenapa banyak sampah-sampah macam sisa-sisa masakan macam perut ikan, organ ayam, sisa sayur, botol kicap, botol sos dan sebagainya? Kami pula yang terpaksa spend duit untuk beli tong sampah extra.
-Berbalik kepada point di atas, kalau dah banyak sangat duit sampai renovate rumah pun macam mega project, yang dari sebelum cuti sekolah sampailah sekolah dah buka balik pun tak siap-siap lagi, sampai kami yang cuti ni rasa tak aman nak duduk rumah, kenapa tak consider je beli rumah baru kat tempat lain? Beli rumah baru yang lagi besar dan selesa? Kalau bijak, take advantage tempat yang dekat dengan institusi pengajian macam ni, sewakan kepada student. Beli rumah baru, bayar bulan-bulan guna duit sewa yang penyewa bayar. Tak ke satu pelaburan yang bijak? Ini tak, kalau boleh, selagi ada ruang, nak tambah jugak sebesar-besar alam. Jalan yang dulu boleh muat dua kereta, sekarang satu kereta je yang boleh lalu. Itu pun kena lipat side mirror.
Sekian saja karangan kali ini. Memang, makin meningkat umur, makin banyak perkara yang bikin geram. Lagi-lagi perkara yang sepatutnya boleh dielakkan dengan common sense dan consideration. Tapi entah kenapa, dua benda ni dah makin kurang dalam diri manusia sekarang. Taip ni pun nak lepas geram je, orang yang aku tuju bukannya baca pun blog ni.
No comments:
Post a Comment