Tuesday 4 September 2012

Politik Melayu

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Mari aku perdengarkan korang sebuah cerita.

Kisah Jebat
Jebat mengamuk. Bunuh rakyat jelata, perkosa anak dara dan dayang istana. Kenapa? Sebab marahkan Sultan yang bunuh Tuah, abangnya. Bila dapat tahu Tuah masih hidup, dan diperintahkan membunuh Jebat, Jebat tidak mengaku kalah, juga memulangkan Taming Sari. Kenapa? Sebab, sebenarnya, dia melawan perintah Sultan, bukan melawan Tuah. Dia pulangkan Taming Sari kerana itu hak Tuah, Sultan berikan keris itu kepada Tuah. Kalau mati, biarlah mati di tangan abangnya sendiri.

Kisah Tuah
Kekasih hati datang dari jauh, tapi diperdaya pembesar dan jadi dayang. Yakni, hak Sultan. Nak jumpa kekasih, kena tangkap. Dihukum bunuh. Nasib baik, Bendahara punya belas. Disoroknya Tuah di penjara. Kekasih pula balas dendam, juga dibunuh akhirnya. Bila Jebat mengamuk, dipanggil Sultan. Disuruh membunuh adiknya sendiri. Sudahlah kekasih mati, disuruh pula bunuh adik sendiri. Tapi kerana taat setia yang buta tuli, perintah Sultan dituruti. Akhirnya menyesal tak henti.

Kisah Sultan
Kekasih orang dijadikan hak sendiri. Menghukum tanpa menyiasat. Sudahlah tidak mengenang jasa Tuah yang bertindan. Bila dalam kesusahan, baru dicarinya si Tuah. Tuduh Jebat pengkhianat, tapi tak pernah sedar diri, tak pernah tanya diri, Jebat khianat kerana siapa? Sudah ambil kekasih orang, paksa bunuh adik sendiri pula.

Kisah rakyat jelata
Tuah disanjungi, Jebat dicaci, Sultan dipatuhi. Tak peduli sebab munasabah setiap yang terjadi.



Apa yang kita dapat dari cerita di atas? Rakyat jelata menyanjung Tuah kerana menyelamatkan mereka. Tidak mereka tahu pula, hati Tuah hancur bukan kepalang. Adik mati, kekasih mati, diri sendiri pernah dihukum mati, walhal setia tidak berbelah bagi. Rakyat jelata salahkan Jebat atas penderitaan. Ya, Jebat jahat kerana membunuh dan perkosa, tapi buat tak nampak pula yang Jebat jadi sebegitu kerana Sultan yang mereka sembah. Rakyat jelata sanjung Sultan kerana menghantar Tuah membunuh Jebat, tapi tutup sebelah mata pada kenyataan yang Sultanlah menghilangkan kewarasan Jebat apabila menghukum bunuh Tuah. Tuah hidup pun sebab belas Bendahara.

Ini perwatakan setiap karakter pada pandangan aku.

Jebat:
Ikatan persaudaraan dan kekeluargaan adalah yang paling besar baginya. Dia begitu menyayangi saudara-saudaranya dan mematuhi Tuah sebagai ketua. Alangkah hancurnya hati bila abang sendiri dihukum bunuh. Tidak ada sebab lain dia mahu mengamuk bagaikan hilang akal jika bukan kerana saudaranya diapa-apakan. Tapi itulah, matlamat tidak menghalalkan cara. Cara Jebat salah. Dosa tetap dosa. 

Tuah:
Paling matang dan berwibawa antara lima saudara. Telah banyak berjasa kepada Sultan. Tapi sayang, taat setianya kepada Sultan terlalu melampau dan membuta tuli.

Sultan:
Buat keputusan tak berfikir, menghukum tanpa menyiasat. Jasa orang diletakkan di belakang, bila dalam kesusahan baru mencari. Apa dia peduli, asal dia sendiri tidak disakiti.

Rakyat jelata:
Menilai hanya dari luaran. Bukannya hendak mengkaji sebab dan punca.



Tanpa kita sedari, politik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka ini masih kekal dalam masyarakat Melayu kita. Betullah kata Hang Tuah, "Takkan Melayu hilang di dunia". Itulah Melayu. Itulah kita. Personally, aku lebih mengagumi Jebat dari Tuah, biarpun caranya salah dan tidak matang. Siapa lagi yang harus kita utamakan selepas Tuhan, kalau bukan keluarga?

7 comments:

  1. It runs in the genes...hahahahaa nice entry ^^

    ReplyDelete
  2. Bhai ...

    Artikel yang best dan mantop... persoalan Melayu nih kalu lu buat tesis... mesti boleh jadi panjang berjela.. dan mesti lu senang nak dapat PhD .... sebab bangsa Melayu nih paling kompleks dier punya diri... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangsa yang agung dengan sejarah yang kompleks. Boleh jugak nak buat tesis... Tapi aku sekarang ambik degree music. Takdak kaitan langsung. Hehe

      Delete
  3. Sebenarnya Tak kompleks pun Bangsa Melayu ni coz Bangsa Melayu ni terdiri dari pelbagai etnik yg menjadikan Bangsa ini bangsa yang unik..jika mengkaji bersungguh2 disebalik pelbagai kata2 pesimis terhadap Bangsa yang suatu dahulunya adalah Bangsa yang Maju..(Orang Melayu ni minda dari zaman British masih belum pupus kerana telah diset minda sebagai Bangsa yang kuno dan bodoh,sebab tu kita mudah menyanjung bangsa lain)

    Setiap Bangsa di dunia ada kelemahan dan kelebihan dia,Aku selalu tengok bangsa kita lebih suka menonjolkan keburukkan dari kebaikkan bangsanya(Maybe nak jadikan sebagai pengajaran) tetapi sikap ini semacam Memakan diri kita balik apabila kita terlampau memojokkan keburukan Bangsa sendiri..Mulalah lahir satu perasaan Inferior yang melampau dalam jati diri Bangsa ini.

    Btw,Entry kau bagus..Hang jebat walaupun Niatnya bagus untuk membela dan menegakkan kebenaran(tapi jalannya salah),apa salahnya tidak bertindak terburu2 dahulu dan rancang strategi ?betul tak coz kita terlepas pandang akan watak2 pengkhianat yang menjadikan Sultan Melaka yang dungu itu sebagai Boneka untuk menjahanamkan musuh2 mereka..Hal ini yg terlepas pandang oleh jebat(tak ada otak kerana terlampau ikutkan amarah).

    Manakala Hang Tuah jangan dibilang lagi akan perangai lurus bendulnya itu,betul2 seorang Melayu Feudal yang berpegang teguh kepada adat,budaya dan jati seorang Melayu yang ditanam pemikirannya Sultan adalah "Bayangan Tuhan"..sebenarnya perlakuan Hang Tuah menyamai sikap Bangsa jepun yang mengamalkan "Bushido" dalam kehidupan mereka..sekiranya dikendalikan dengan baik..ia boeh jadi suatu senjata yang sangat hebat kerana sikap Hang Tuah ini yang sangat berdisiplin walaupun bodoh mengalahkan pak pandir..Lihat,Melaka sangat Gah di zamannya.

    pokoknya..semua adalah "Local-genius" yang mengarang hikayat ini untuk tatapan Anak bangsanya untuk mengambil pelbagai pengajaran dari hikayat ini..Bijak tak Tok nenek moyang kita? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woit zack ada pon hang dok meraban kat sini..nuh adik2 anon hang dok tanya pasai hang kat buasir otak nuh..rindu kata mereka..hahahahha!XD

      Delete
    2. Wow, The Famous Zack komen kat blog aku! Hahaha. Terharu beb.

      By the way, itulah. Bangsa kita punya banyak nilai yang berkualiti tinggi, tetapi dikaburi oleh kelemahan kita dan juga rakan sebangsa yang sentiasa point-out keburukan kita.

      Sebijik macam politik kita sekarang. Parti tu kutuk parti ni, parti ni kutuk parti tu. Last-last orang Melayu jugak yang nampak bodoh, orang Cina dah bersorak kat tepi.

      Delete