Macam celaka patahnya hati
Hanya melihat dari jauh
Tiada lagi yang dapat ku beri
Hanya kenangan yang masih teguh
Terasa sangat-sangat berat hati. |
Okey, dalam entry semalam aku ada tulis, "Ini entry terakhir aku sebelum berangkat ke Shah Alam esok pagi". Aku silap. Aku ingat semalam ialah hari Jumaat. Silap ingat hari. Heheheheh.
Barang tak packing lagi. Memang tu tabiat aku. Lagi dua jam nak pergi airport baru nak start packing. Aku tak kisah sangat. Kalau ada yang kurang, kat Shah Alam nanti la beli. Asalkan benda penting macam I.C, kad matrik, gitar dan laptop tak lupa sudahlah.
Sebenarnya aku rasa berat hati nak packing. Kenapa Mal? Kalau dulu kau tinggalkan orang di sini, tak hairanlah kalau kau rasa berat hati. Sedarlah Mal, kau dah lepaskan dia. Jangan dikenang lagi.
Sebenarnya aku rindu pada rasa berat hati tu. Rasa berat hati nak tinggalkan seseorang kat Kuching ni. Bila balik ke Kuching, aku rasa teruja. Ada yang menunggu aku. Dalam senarai orang yang mahu aku jumpa, dialah yang pertama. Aku rindu nak tengok senyuman tu lagi, tapi aku tahu itu mustahil kini.
Apa kena aku meraban malam-malam ni? Ni mesti kes aku terserempak dengan dia hari tu. Tuhan je yang tahu betapa aku rindukan dia, betapa aku nak sangat-sangat berdepan dengan dia, bercakap dengan dia. Tapi tak... Tak elok kalau aku jumpa dia. Nanti makin keruh keadaan yang sudah sedia berkocak. Aku cuma melihat dia dari jauh, secara sembunyi. Tak nak dia nampak aku.
Macam mamat psycho pulak aku rasa.
Tuhan je tahu betapa berat aku tahan sebak masa tu. Tak pernah lagi aku sebak kerana perempuan sebelum ni. Bukan menangis ya, sebak je. Lagi pun member kat sebelah, takkan nak keluarkan air mata jantan pulak. Jatuh la saham.
Hmm... Sepatutnya sekarang aku tinggalkan Kuching dengan senang hati. Tak ada siapa lagi yang harus aku tinggalkan. Tetapi perkara itu jugalah yang mengusik jiwa aku. Takkan ada lagi yang merindui aku. Yang memikirkan aku. Yang menunggu aku. Ya, sekarang aku tengah menahan rindu pada orang yang takkan lagi merindui aku.
If you ever read this, I'm in Shah Alam already. I really mean what I say. Even if it means nothing now. Please take a very good care of yourself, I'm sure you'll be fine without me. Jauh di sudut hati kamek, secebis hati kamek berharap yang kita akan ada jodoh gik pada masa akan datang. Mun bena-bena terjadi, kamek harap biarlah perbezaan yang memisahkan kita kinek tok dah terhapus. Biarlah berkekalan ke hujung nyawa. I do hope you feel the same. I wish you the best in your life.
No comments:
Post a Comment