Monday 3 September 2012

Peluang a.k.a Chance

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Dalam apa perkara sekali pun, berapa kali sudah kita diberi peluang? Contoh paling nyata, hari ini kita tinggalkan sembahyang. Esok kita masih bernyawa. Dan berapa kali juga kita sia-siakan peluang itu? Sudahnya tak sembahyang juga. Tapi aku bukan nak bercerita tentang agama. Aku belum layak lagi untuk membuka topik agama. Ilmu aku masih cetek. Aku nak cakap tentang cinta. Ya, cinta. Mal, kau memang truly mat jiwanglah.

Chance=Peluang tu, bukan Greyson Chance.

Sebagai seseorang yang hampir selesai melalui zaman remaja (taknak mengaku tua), aku dah beberapa kali bercinta. Takdelah banyak benor. Tapi sepanjang hidup aku, aku boleh kategorikan kisah cinta aku kepada 3 kategori.

Budak-budak jangan ikut!

Cinta monyet: Cinta masa zaman sekolah rendah atau menengah. Syok kat sorang awek tu, tulislah surat. Time aku sekolah dulu, takdak handphone. Kalau ada pun, tak boleh bawa. Pelajar sekolah zaman aku dulu masih ikut peraturan, tak macam sekarang. Cinta monyet... Macam mana nak explain? Aku pun tak tahu. Bercinta, saya suka awak, awak pun suka saya, senyum-senyum, malu-malu, blushing-blushing. Takdenye nak cakap tentang masa depan. Habis sekolah, atau pindah sekolah lain, habis macam tu jelah. Bila dah besar, jumpa kat mana-mana, tak ada perasaan apa-apa. Yang ada cuma rasa lawak sebab terkenang kembali masa kecil dulu, kecil-kecil dah pandai bercinta.



Cinta remaja: Cinta masa darah muda masih membuak. Malah boleh dikatakan, pada zaman sekarang, cinta berasaskan nafsu. Pada masa inilah mata jadi rambang. Mata keranjang. Oops... Mata KE ranjang. Tak cukup sorang. Nak yang itu, nak yang ini. Pada masa inilah kita melakukan paling banyak kesilapan. Maklumlah, jiwa memberontak. Semua benda nak cuba. Buat dulu, fikir kemudian. Lagi dua tiga tahun baru menyesal. Tapi tak apa, pintu taubat terbuka selagi bernyawa. Tapi mesti ikhlas bertaubat, jangan buat balik lepas tu. Bagi aku, tak banyak beza pun dengan cinta monyet. Cinta yang tak ada tujuan, tak ada matlamat. Cuma cinta remaja ni lebih banyak melibatkan maksiat dan kesilapan.



Cinta serius: Mungkin bagi sesetengah orang, inilah cinta sejati. Kenapa serius? Sebabkan perasaan yang dilibatkan adalah rasa cinta yang genuine. Bercinta bukan semata-mata bercinta, malah bersama-sama menyimpan hasrat untuk mempunyai masa depan bersama. Bina keluarga, bina hidup bersama. Ada sesetengah pasangan yang melalui zaman cinta monyet dan cinta remaja dan berjaya sehingga ke cinta serius. Baguslah untuk mereka. Agaknya ituah cinta sejati. Hanya kau di hati, demimu aku sanggup mati.



Bagi aku, gagal dalam percintaan jenis ketigalah yang paling menyakitkan hati. Setelah sekian lama mencari yang complete (not perfect, no human is perfect), akhirnya jumpa. Apa yang aku maksudkan dengan complete? Saling melengkapi. Maksudnya, aku lebih dalam perkara yang dia kurang, dia lebih dalam perkara yang aku kurang. Contoh? Aku bersifat kebudak-budakan dan suka dimanja. Dia pula berperawakan matang dan tenang dalam menghadapi isu. Bila sudah ada yang mengisi kekurangan kita, barulah diri rasa lengkap. Bila dah makin kenal sifatnya, mulalah timbul rasa sayang. Bila dah terlalu sayang, timbullah impian untuk menjadikannya teman hidup.

Tak lengkap. Mana nak cari cebisan yang hilang?

Tapi, itulah. Macam yang aku cakap tadi, lengkap, bukan sempurna. Tak ada yang sempurna. Pasti ada kekurangan, atau perbezaan. Sama ada perbezaan kecil sahaja, yang kita boleh lepas pandang untuk seumur hidup kita, atau pun perbezaan itulah yang menjadi keretakan perhubungan. Bila sudah terlalu sayang, tambahan pula sudah memasang angan-angan untuk bersama, hati hancur dan remuklah jadinya. Bacalah previous entries kalau nak ambil tahu kisah cinta picisan aku.

But we have to face it.

Bila memikirkan perkara inilah, baru aku sedar, aku sudah di alam kedewasaan. Ya, bila memikirkan sesuatu perkara, begitu banyak perkara aku kaitkan. Kesan kepada masa depan aku, kesan terhadap orang yang dimaksudkan, penerimaan ahli keluarga, kemampuan aku sendiri untuk menjadi matang. Betulkah pilihanku ini? Puas hatikah orang di sekeliling aku? Semuanya aku kena fikir jauh-jauh, tak lagi seperti dulu. Dulu aku hanya fikir, apa nak jadi, jadilah. Perkara lain aku tak peduli. Bila aku perasan cara berfikir aku dah lain, barulah aku sedar, aku sudah dewasa. Mungkin belum matang, tapi sudah dewasa. Jerawat sudah kurang tumbuh di muka, yang ada hanya parutnya. Cukur bulu di muka hampir setiap pagi. Ya, sudah dewasa. Sehingga kini aku masih belum rasa bersedia untuk jadi dewasa.

Kadang-kadang kita tak sedar peluang tu ada, dekat dengan kita.

Jadi, apa kaitan benda yang aku merepek panjang berjela ni dengan peluang? Aku dah lalui 22 tahun hidup aku. Semua peristiwa itu terjadi pasti ada sebab. Ya, semuanya sudah diaturkan. Pada umur 22 tahun, aku sudah merasa bagaimana rasanya apabila membuat pilihan salah, terlepas cakap, terlalu sayang, ditinggalkan, meninggalkan. Semuanya ada untuk aku sesalkan, banggakan dan jadikan pengajaran. InsyaAllah jika aku hidup lama lagi selepas ini, semuanya aku jadikan rujukan untuk masa hadapan. Apakah keputusan terbaik bila menghadapi kesukaran, bagaimanakah perwatakan orang yang ingin aku dampingi, bagaimana rasanya menerima kegagalan. 

Dengan rahmat DIA, kita diberi banyak peluang.

Aku telah diberikan peluang melalui semuanya. Aku diberikan peluang mengambil iktibar dan pengajaran dari semuanya. Aku diberikan peluang untuk membaiki sesetengah darinya. Aku diberikan peluang untuk membuat pilihan yang lebih baik untuk masa hadapan. Aku telah diberikan begitu banyak peluang. Ada yang aku hargai, ada yang aku sia-siakan. 

Tak siapa tahu jika kita berpeluang lagi untuk menyimpan nyawa, berjumpa lagi di masa hadapan. Hargailah semua peluang yang kita dapat sekarang ini. Tak ada siapa lagi yang cukup pemurah untuk memberikan sebegini banyak peluang, melainkan DIA.

Rasa macam hipokrit sangat, sebab bila hati terluka, baru nak teringat Tuhan.

4 comments:

  1. Menarik jugak la ko ni..follow2~ ^^
    Isu cinta no..hmm..caya x kalo aku kata, aku x penah melaluinya, walopon aku dah nk masuk 30?..ada lg ka spesis cam aku ni ek? LoL..
    Aku sgt selesa berada dlm zon 'kawan', no serious attachments, mmbuatkn ada yg scr x langsung 'butthurt' ngan aku bila aku gi promote org lain utk dorng, bila dorng mengayat aku..hahaha jahat gila kah aku? Aku pon x paham dgn diri aku sendiri sbnarnya..x kenal diri sndri wtf?? LoL...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi. Makcik aku yang dah nak setengah abad tu pun tak kahwin lagi. Ada boyfriend puntak pernah. Hahaha

      Sebab itulah perlunya ada kawan-kawan dan keluarga. Mereka inilah refleksi terhadap bagaimana perwatakan kita. Melalui merekalah kita dapat mengenali diri kita.

      Delete
    2. hahhhaha...ohhh aku rasa ank cousin aku akn ckp mcm ni psl aku bila aku dh masuk umo stengah abad nnt...LoLoLoL...

      Delete