Thursday 6 September 2012

Dirgahayu Tanah Airku

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

"Agi idup Agi ngelaban"


Moto famous orang Iban, yang rata-rata orang negeri lain pun tahu. Selagi masih hidup, selagi itu berjuang. Lebih kurang macam itulah maksud dia, I'm not sure because I'm not a good Iban speaker. Ada jugak kawan-kawan aku yang tanya, "Apsal tak reti cakap Iban pulak? Tu kan bahasa Sarawak". Let me explain something. Dekat Sarawak ni ada banyak etnik, sub-etnik apatah lagi. Kita ambil contoh etnik Melayu Sarawak. Jangankan daerah, kampung yang berlainan pun slangnya sudah berbeza. Paling ketara adalah bahasa Melayu Sarawak di Kuching dan bahasa Melayu Sarawak di beberapa tempat di bahagian utara seperti Miri, Limbang dan Lawas. Memang berbeza. Ini kerana tempat-tempat tersebut bersempadan dengan Sabah dan Brunei, slang mereka dipengaruhi oleh dua tempat tersebut. Itu baru bahasa Melayu Sarawak, belum lagi bahasa yang lain seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Kedayan, Melanau dan sebagainya. Kes ini samalah macam Taiping dan Kuala Kangsar. Dua-dua dalam negeri Perak, tapi orang Taiping bertutur slang orang utagha.

Apa kes aku meraban buat entry pasal negeri sendiri ni? Saja je. Lagi pun ini malam terakhir aku kat Kuching sebelum berangkat ke Shah Alam esok pagi. Ingatkan nak hold dulu, tunggu 16 September baru post. Tapi kalau nak tunjuk rasa sayang kat Ibu Pertiwi, bila-bila masa pun boleh kan, tak perlu tunggu. Entry ini boleh juga dikatakan response kepada sebuah entry di Buasir Otak. Panas jugak topik tu. Tapi entry aku ni bukanlah nak bincang tentang sentimen ke apa, aku just nak taip info tentang negeri asal aku. Bila aku "bekerja" untuk siapkan entry ni, barulah aku sedar banyak lagi benda yang aku tak tahu tentang negeri aku rupanya. Eheh.





Inilah bendera negeri Sarawak. Yang sebenarnya. Notis untuk semua rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sarawak sendiri. Design bendera yang asal mempunyai warna kuning dan merah yang serupa dengan motif Bangsa Iban, bukanlah solid yellow atau solid red. Bintang bucu sembilan juga seharusnya seperti di atas. Bucu yang bertemu hujungnya dengan sempadan warna hitam merah harus menghadap ke atas. Info ini aku dapat dari sini. Di bawah ialah contoh design bendera Sarawak yang salah.



Masa aku PKLN dulu, pernah jadi satu kes yang mana budak KL yang ditugaskan pasang bendera kena sound sebab pasang bendera terbalik. Warna merah ke atas, warna hitam ke bawah. Hahahahah

Ok, enough with the notice. Mari aku ceritakan pulak maksud-maksud yang terdapat dalam design bendera Sarawak. Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

Info tambahan: Sarawak kini terbahagi kepada sebelas bahagian selepas Betong dan Mukah diumumkan menjadi bahagian pada tahun 2005. Semua info ni aku dapat dari sini.

Next, Sarawak anthem. I don't know why, tapi selepas aku belajar music composition, bila aku dengar balik lagu ni, arrangement dia sangat simple yet awesome. Yang versi baru tak sedap, itu pada telinga akulah. Aku terdengar ada orang cakap, dalam banyak-banyak anthem negeri, anthem negeri Sarawaklah yang paling panjang. Betul ke? Aku tak pernah dengar anthem negeri lain. Eheheheh




This song was composed by Late Dato' Wan Othman Bin Wan Hamid and the lyric was written by Ismail Hassan. Sarawak born Wan Othman Hamid was a well known song writer of of his era. He was conferred the state award which carries the title Dato' by His Excellency The Head Of State of Sarawak. 
Thanks to Youtube commentator arie27486 for the information.

IBU PERTIWIKU
Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawak ku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan maha esa
Kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat

Sekarang aku nak taipkan cerita-cerita sejarah Sarawak yang orang ceritakan dekat aku. Cerita ini aku dengar saja ya, bukannya aku dapat dari mana-mana buku rasmi.

First, bagaimana Sarawak mendapat nama. Semasa White Rajah hendak memerdekakan Sarawak (aku tak pasti yang mana satu atau siapa nama dia), beliau berkata kepada wakil parti-parti politik tempatan ketika itu, "Serah kepada awak". Hence, disingkatkan bunyinya jadi "Serawak". Tapi oleh kerana dalam ejaan jawi tidak ada beza antara "se" dengan "sa", ketika transisi dari tulisan jawi ke tulisan rumi, nama negeri ini dieja sebagai "Sarawak". Sebab itulah kalau didengar, majoriti rakyat menyebut "Serawak". Tetapi ejaan "Sarawak" sudah menjadi rasmi, dan aku sendiri lebih prefer "Sarawak" over "Serawak". Sounds official. Kesahihan cerita ni aku tak dapat nak pastikan. Cerita versi lain macam mana Sarawak dapat nama pun ada jugak, cuma aku dah lupa.

Second, cerita bagaimana Kuching, tempat aku tinggal sekarang mendapat nama. Cerita ini pun ada banyak versi jugak. Ada yang kata tempat ni dinamakan Kuching sebab tempat ni terdapat banyak buah mata kucing. Ada jugak yang kata tempat ni dulu banyak kucing liar, kucing hutan dan sebagainya. Tapi cerita tu masih tak kukuh sebab orang Sarawak sendiri menyebut kucing sebagai "pusak". Apsal pulak nak namakan tempat ni dengan bahasa Tanah Melayu, kalau pengaruh Tanah Melayu belum meluas lagi di Borneo ketika itu? Lagi pun, sudah ada tempat bernama Pusa di Sarawak ketika itu. 

Cerita Pusa ini pula, ketika itu White Rajah dengan sekumpulan penduduk tempatan meneroka sebuah tempat, lalu menemui sebatang sungai. White Rajah menuding jari ke arah sungai dan bertanya, "Apa itu?". Ada jugak versi yang mengatakan White Rajah bertanyakan, "Bagaimana menyebut benda itu dalam bahasa kamu?". Tak sure mana satu yang betul. Kebetulan ketika itu, seekor kucing melintas di depan mereka. Ketua penduduk tempatan tadi menyangkakan White Rajah menunjuk ke arah kucing tersebut, lalu menjawab, "Pusak, tuan". Arakian, dinamakanlah tempat tersebut sebagai Pusa. "Pusa" ialah ejaan rasmi, tempat tersebut masih lagi disebut sebagai "pusak".

Berbalik kepada cerita Kuching pulak, aku mendapat jawapannya ketika menonton sebuah rancangan sejarah di TV1. Pada zaman kegemilangan Nusantara sebagai perhentian dan stesen perdagangan yang terkenal, pelabuhan utama Brunei terletak di mana Kuching sekarang. Banyak pedagang antarabangsa yang datang berdagang di situ, paling ramai adalah dari China. Dalam bahasa Cina, pelabuhan disebut sebagai "Koh-ching" (anyone tell me if I'm wrong). Sebutan tersebut melekat di kalangan rakyat tempatan. Apabila pengaruh Tanah Melayu telah meluas di Sarawak (yang ketika itu ialah daerah-daerah jajahan Brunei), para pedagang dari Tanah Melayu menyangka tempat tersebut bernama "Kucing", dan nama itu terus melekat dan dieja sebagai "Kuching". Macam ejaan orang lama-lama dulu, letak "H" selepas "C".

Ini sajalah yang aku boleh kongsi setakat ini. Nak kongsi banyak lagi, ceritanya tak kukuh. Lagi pun pengetahuan aku masih cetek. Harap entry ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan negeri aku di mata rakan senegara aku yang lain. Kalau kami emo dalam sesetengah isu, tak payah ambil hatilah. Orang Sarawak yang duduk kat Semenanjung kena ejek setiap hari pun cool lagi. Macam korang jugak, nenek moyang kami pun berjuang untuk kemerdekaan. Dan aku yakin, joining Persekutuan Melayu is not a mistake like some people claimed. Be matured people.

2 comments:

  1. ohh..pusak itu kucing ka, baru aku tau ^^

    aku ada buat solo unplugged guitar+vocal cover lagu negeri perlis..nnt aku letak kat blog hahahaaa XD

    ReplyDelete