Sunday 30 September 2012

Buat benda bodoh

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Nampaknya aku dah mungkir janji aku sendiri. Janji untuk membiarkan blog ini dalam keadaan hiatus buat sementara waktu. Rasanya sekarang aku menaip lebih kerap dari dulu walaupun aku sibuk dengan pengajian. Mungkin sebab aku sunyi. Menaip di blog ini mengurangkan rasa sunyi aku, dan melegakan hati aku sebab dapat meluahkan apa yang terbuku di hati. Atau hanya sebagai alasan untuk aku lepak di MacDonald's. Oh God why... Broadband kawan aku ada je kat rumah, boleh je aku pinjam masa dia kerja, tapi nak jugak pergi online kat MacDonald's. Heheheh.

I'm gaining weight, but Samurai Burger is irresistible.

Walaupun aku rasa nak menaip, aku sebenarnya tak tahu nak taip apa. So aku ceritakan sajalah peristiwa yang terjadi di sekeliling aku semenjak dua menjak nih.


Peristiwa #1:
Aku dalam bas U80, on the way balik rumah dari KL. Aku duduk di baris ketiga dari belakang. Selang sebaris depan aku ada couple. Bermanja-manja, bersandar kepala. Yang balak gesel pipi kat bahu awek. Yang awek usap-usap pipi balak. Rasa menyampah pulak. Dah la perempuan tu bertudung.

Dengan tak semena-mena, seorang brader di sebelah kiri aku dengan lantangnya menyanyikan sepenuhnya lagu Tomat (Tobat maksiat) dendangan Wali Band. Tak tahulah sengaja atau tak, tapi aku terus tergelak dan terserdak air mineral yang aku tengah minum. Aku dan brader tersebut mendapat jelingan tajam yang free dari si balak. You've earned my respect, brader. Hahahah.


Peritiwa #2:
On the way balik ke rumah dari KL jugak, tapi kali ni naik KTM. Kat depan aku ni ada sekumpulan budak perempuan. Err... Dengan seorang budak lembut. Nak cakap pondan karang kasar pulak bunyinya. Keretapi sampai. Koc tengah yang untuk perempuan tu punyalah lengang, nak jugak menyempit beramai-ramai kat koc 'regular' ni. Alasan dia? "I ni kan lelaki, nanti semua perepuan dalam koc tu jeling-jeling kat I, benci tau", ujar si lembut tadi.

Alasan sampah. Aku yakin tak ada perempuan yang kisah lelaki lembut masuk koc perempuan. Yang perempuan ramai-ramai tu pun satu hal bangang jugak, apa salahnya berpisah sekejap?? Nanti janjilah nak turun kat stesen mana. Bodoh. Lepas tu mengeluh, komplen dengan bau penumpang yang ramai kat dalam tu. Dah diri sendiri bodoh, tak payah salahkan orang lain.

Dekat sejam berhimpit, rupanya diorang pun turun kat stesen Shah Alam jugak. Masa nak keluar dari stesen tu, aku terus sambung barisan kumpulan budak perempuan dan lelaki lembut bangang tu. Yang depan aku masa tu perempuan, depan dia pun perempuan. Semua orang tahu, tiket cuma boleh ditolak masuk bila orang depan dah habis putarkan palang berpusing tu. Siapa yang selalu naik KTM/LRT/Monorel, mesti tahu apa aku cakap.

Yang bangangnya perempuan depan aku ni, kawan dia baru je masukkan tiket, belum sempat pun nak pusing palang tu. Dia dah tolak tiket tu berkali-kali sampailah tiket dia terlipat. Aku pun sound la, "Tunggulah member kat depan lepas dulu". Bukan nak cakap terima kasih, atau toleh tanda dia dengar cakap aku, dia terus blah sambil berlari-lari anak ke kawan dia.

Kemudian aku nampak yang lembut tadi cakap dengan perempuan yang aku sound tadi sambil jeling curi kat aku. Itu lagi satu benda bodoh, bukannya dia nak bisik. Dia cakap kuat-kuat sampai aku dengar, "Tadi dalam tren aku nampak dia usha geng kita". Dengan bengangnya aku reply, "Aku tegur bukan nak ngorat, aku tegur sebab dia ni bodoh, la bodoh". Lepas tu naik bas ke Seksyen 17 pun sekali dengan diorang. Sepanjang perjalanan tu aku memang rasa menyampah, ada lagi diorang buat perangai jeling aku.


Peristiwa #3:
Ada seorang perempuan kat Facebook ni dalam friends list aku, tapi bukan kawan rapat pun. Setakat kenal macam tu saja. Boyfriend dia pun aku kenal. Dulu boyfriend dia pernah paksa dia pergi jogging bersama. Tak sampai sebulan, dia dapat kurangkan hampir 3 kg. Tapi dia mengeluh sebab jogging ni penat, tapi hasil SIKIT je.

Baru tadi aku nampak dia upload gambar baru. Bukan gambar dia, tapi gambar sebuah set produk pelansingan badan. Kat bawah gambar tu ada caption, "BARU SEBULAN PAKAI DH KRG 3 KG!!!  THANK GOD U REKEMENKAN I DEAR ******, BERBALOI SPEND RM300+!!! KORG CUBALA SKALI!!!"

And I was like... WHAT THE HELL!!?

I don't mean to be sexist, but all the stupid thing happen around me dipelopori kaum perempuan. Why? Aku yakin tak semua perempuan bodoh macam tu. Explaination?

8 comments:

  1. Hahaha..sabar2..lelaki dan perempuan ada part kebodohan memasing2..nama pon manusia...

    Bdk pompuan yg buat sindrom tolak tiket berkali2 tu spesis tak sabar, aku pon pantang golongan cmtu..paling aku pantang jenis yg tumpang keta aku, pstu tak sempat aku nak park elok2, dah nak buka pintu kuar dari keta...aku rasa mcm nak reverse balik dan drive laju2, pstu paksa dia bukak pintu dan terjun kaluar saja hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu aku cakap, aku yakin tak semua perempuan macam tu. heheheh

      Delete
    2. dan itu adalah explanation aku...kahkahkah

      Delete
  2. hahahaha sejak aku baca entry ko ni..aku tetiba minat lagu indon berjudul TOMAT itu wakakakakak xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun sama. Sejak peristiwa tu, aku download pastu play lagu tu ulang2 kali kt mp3. hahaha

      Delete
  3. update entry,aku akan rajin mengomen kat blog kau ni.

    ReplyDelete
  4. buang captcha tu,senangkan orang untuk mengomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakakakaa...kata kat org, blog ang sndri tak buang captcha...sakit mata aku yg spara rabun ni weh nak kasi pass komen...

      Delete