Friday, 25 January 2013

Nazi tatabahasa (?)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Jika anda biasa melayari laman web jenaka seperti 9gag.com, malah mungkin dalam Facebook itu sendiri, pasti anda mengenali golongan "Grammar nazi" ini. "Grammar nazi" adalah mereka yang secara automatiknya akan memperbetulkan kesalahan grammar yang terdapat dalam post seseorang itu, sama ada berniat untuk menegur atau memalukan.

Oleh kerana bahasa Inggeris ialah bahasa pengantar seluruh dunia, maka ramai yang boleh menuturkannya, tak kurang juga dengan cara yang salah. Mungkin, kerana itulah golongan "Grammar nazi" ini merasakan mereka perlu ke depan, menunjukkan cara yang betul.

You know what, eh... Anda tahu tak, dari apa yang aku perhatikan di alam maya, bahasa kita sendiri juga SANGAT-SANGAT memerlukan "Grammar nazi" ini. Atau... Nazi tatabahasa. "Nazi" ada maksud ke dalam bahasa Melayu?

Antara yang paling kerap kita lihat ialah penggunaan "paling", "ter" dan "di". Kita teruskan dengan contoh di bawah:

Paling baik
Terbaik

Kedua-dua perkataan atau frasa tersebut membawa maksud the best dalam bahasa Inggeris. Ini satu lagi contoh:

Paling dikenali
Terkenal

Kedua-dua perkataan atau frasa tersebut membawa maksud most known/famous. Ini adalah contoh kesalahan yang selalu dilakukan:

Paling terbaik
Paling terkenal

Apa jadi bila kita campurkan sekali "paling" dan "ter"? Aku tak tahu bagaimana pemahaman korang, tapi ini apa yang cikgu aku ajar. "Paling" dan "ter" dalam satu frasa adalah redundant. Contohnya, paling terbaik akan membawa maksud the bestest dalam bahasa Inggeris. Apakah perlukah kita menambah "est" di belakang "best", sedangkan "best" itu sendiri membawa maksud yang tertinggi?

Biggest Best Heaviest
Bigger Better Heavier
Big Good Heavy

Macam itu juga dengan bahasa Melayu. Penambahan "paling" di depan sesuatu perkataan yang menyatakan sifat menggambarkan ia adalah yang terbaik dalam kumpulannya. Dan seperti yang kita tahu, "ter" adalah pengganti untuk "paling", bukan untuk ditambah selepas "paling". Jika "paling" dan "ter" digabungkan sekali, tak ke melebih-lebih tu? Macam... Lebih sudu dari kuah. (tiba-tiba)

On a site note, "ter" juga bermaksud "tak sengaja" jika digabungkan dengan perkataan yang menggambarkan perbuatan. Contoh:


Terpukul
Tercampak
Terlihat
Terjatuh
Terpaku dan terpana (hah!?)

Next word, err... Perkataan seterusnya, "di". Ini yang paling banyak orang salah gunakan. "Di" digunakan untuk dua situasi.

Situasi pertama ialah perbuatan. "Di" yang diletakkan di depan perkataan yang menggambarkan perbuatan HARUSLAH DISAMBUNGKAN. Contoh:

Disebat
Dibasuh
Dipandu
Ditutup

Situasi kedua ialah tempat. "Di" yang diletakkan di depan arah atau tempat HARUSLAH DIJARAKKAN. Contoh:

Di sana
Di Kedah
Di sekolah
Di bawah

Kalau korang faham dengan penerangan aku, sila detect, err... Sila kesan kesalahan di bawah:

Tayar ada di jual disini.

Ayat ni memang selalu kita nampak tepi jalan, disembur dengan pewarna kat divider jalan tu.

Kenapa aku buat entry ni? Kerana aku orang Borneo, tapi dalam kalangan kawan-kawan aku, akulah yang paling mengambil berat tentang salah dan betulnya bahasa ibunda mereka ni. Aku pun pelik kenapa mereka tak endah langsung dengan bahasa sendiri.

Bukanlah aku rasa aku ni bagus sangat, sampai nak tegur orang lain dalam berbahasa. Aku sendiri pun banyak campur adukkan perkataan Melayu dan Inggeris bila bertutur dan menaip, tapi sekurang-kurangnya aku menunjukkan inisiatif dalam menggunakan bahasa yang betul. Eja pun eja penuh-penuh, tak pernah guna shortform, kalau korang perasan la. Kenapa orang Melayu seakan tak kisah merogol bahasa sendiri?

Nak kata aku tak pernah buat kesalahan tatabahasa, itu mustahil la. In fact, dalam entry ini sendiri pun ada banyak kesalahan tatabahasa, selain daripada yang diterangkan dalam tajuk. Tapi, "paling", "ter" dan "di" benda yang terSANGAT-SANGAT OBVIOUS, tapi masih jugak disalah gunakan. Pelik.

Oh, last but not least, ini entry yang aku taip dulu, juga berkaitan dengan bahasa. Sekurang-kurang aku tunjukkan sedikit keprihatinan terhadap bahasa tercinta kita ni. Well... at least,



2 comments:

  1. haha ya... grammar nazi atau nazi tatabahasa kadang-kadang diperlukan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kadang-kadang, memang diperlukan sangat2! haha

      Delete