Tuesday, 8 November 2011

Sindrom "W" dan sindrom "D"

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Dalam entry pertama aku, aku ada taip "this will be the only entry in this blog". Orait, aku tipu. Nampaknya ada banyak lagi benda yang aku nak luahkan. Tapi kali ni bukan entry jiwang. Heartbreak aku dah terubat, seolah aku telah dapat bersama Selena Gomez setelah dia tinggalkan Justin Bieber untuk aku. Aku nak luahkan pendapat dan perasaan mengenai pengalaman dan pengamatan terhadap benda-benda di sekeliling aku sepanjang aku duduk di Shah Alam.

So, what is the so called sindrom "W"? Sindrom ini sangat meluas di dinding akaun Facebook para muda remaja, inbox setiap handphone canggih mereka, ataupun pertuturan harian. Susah sangat nak explain, aku bagi contoh je. Lets take these sentences:

"Hai, sorang saje ke? Boleh berkenalan? Awak hot la."
"Rindu sangat-sangat nak jumpa ngan awak."
"Aku sayang dia saja."

Apabila dijangkiti sindrom "W", ia akan menjadi:

"Hye, cowg jew kew? Bley bkenaln? Awk hawt la."
"Rindew cangawt2 nk jmpew ngn awk."
"Aque cyg diew jew."

Lebih terok lagi, sindrom ini kebanyakannya di'package'kn sekali dengan penyakit gatal-tangan-nak-tekan-tekan-butang-shift-masa-menaip.

"hYe, CoWg JeW kEw? bLeY bKeNaLn? AwK hAwT lA."
"RindeW CaNgaWT2 Nk JMpew nGn Awk."
"aqUe CYG DIEw jeW."

Kenapa dinamakan sindrom "W"? Walaupun ada banyak lagi huruf lain yang ditokok-tambah pada perkataan-perkataan tersebut, tapi huruf "W" adalah yang paling menonjol. Lagi-lagi perkatan 'saja' yang selalu digantikan dengan 'jew'. Pelik jugak aku, sebab ada di antara mereka yang menghidap sindrom ini ialah Illuminati and Freemason fags, tapi mereka sendiri menaip 'jew' hampir sepanjang masa, di mana jua. Haw haw haw haw. Sindrom ini berisiko tinggi menjangkiti mereka dengan kondisi otak yang severe yang digelar kondisi bajethotbajetcomelcutebajetkool.

Sekarang kita berpindah kepada satu lagi sindrom yang menular di kalangan warga Tanah Melayu ini, iaitu sindrom "D". Sindrom "D" biasanya boleh dilihat kesannya pada nama kedai makan dan nama produk di pasaran, biasanya produk kecantikan. Contoh:

1. D'Selera
2. D'Cafe
3. D'Corner
4. D'Wajah
5. D'Beauty
6. D'Persimpangan D'Lema

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah apabila ditanya kepada pemilik kedai makan tersebut (pengeluar produk tak pernah tanya), "Kenapa letak huruf 'D' pada pangkal nama kedai? Ada apa-apa maksud yang special ke?". Si pemilik menjawab, "Takde maksud apa-apa pun, saje nak bagi nampak cantik sikit nama tuh. Nampak modern sikit. Lagipun banyak kedai kat sini buat benda sama, kira ni trend la. Kalau kami tak buat, nanti meleis cakap kuno." WTH!?

The similiraties between these two syndromes are kedua-duanya menyakitkan mata dan menyenggama minda aku yang membaca. WTH, takde satu pun benda-benda nih aku belajar kat sekolah dulu. Aku orang Sarawak, dari kecik aku cakap bahasa Melayu Sarawak. Bila duduk di Shah Alam, baru aku belajar mempraktikkan bahasa Melayu orang sini, atau lebih tepat lagi "Bahasa Malaysia", bahasa rasmi negara kita. Kalau dalam SMS, aku faham kenapa gunakan singkatan. Nama pun SHORT Message Service. Tapi apabila menaip di media internet dengan keyboard QWERTY, every single alphabet is on a single button. Why make it short? Lain la handphone Nokia 3310.

Orait, aku mengaku. Dalam aku pertuturan dan karya taipan aku di sini pun aku banyak guna perkataan bahasa pasar dan mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. But at least aku tak menggunakan singkatan yang membuatkan orang lain tak faham perkataan yang aku nak sampaikan dan menokok-tambah ejaan, dan aku mengeja setiap perkataan seperti mana ia disebut. Contoh: "aku" dieja 'a.k.u', bukan 'a.q.u.e'. Lagi contoh: Dalam pertuturan harian, aku sebut perkataan "ini" senagai "nih", so aku eja 'n.i.h'. Bukannya tuturkan "ni", tapi eja 'n.i.e'. In English, ia disebut "nai".

Akhir kata:
"BahASew MlamBAngKn BangSeW. bhaHAsew G-wiEW Bunk-Sir."

4 comments:

  1. kadang2 aku tukar ko/kau kepada kawu.. sebab dalam bhs kpg sebut ko/kau= kawu.. xsalah nak? haha

    ReplyDelete
  2. hahaha. prinsip aku, eja apa yg disebut. kira ok lh ya, majoriti sarawakian sebut cmya

    ReplyDelete