Wednesday, 19 March 2014

Meroyan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh

          Kali ini aku nak share siri "meroyan". Siri "meroyan" ni ialah status-status yang member aku taip di Facebook sebagai tanda ketidak-puasan hati terhadap cara bekerja di sebuah organisasi. *ehem*tempatakubelajar*ehem* Member aku ni ialah seorang yang sangat positif, dan sangat susah nak kritik apa yang orang buat. So, kalau dah sampai dia pun meroyan macam ni, bayangkanlah betapa teruknya cara kerja mereka-mereka di organisasi tersebut. 

          Anyway, aku nak kongsikan di sini sebab aku rasa status-status ini boleh diaplikasikan di mana-mana saja institusi yang, well... diterajui oleh orang-orang yang sebangsa dengan aku. Entah kenapa, perkara ini menjadi suatu norma yang seolah-olah mustahil untuk dilenyapkan. Biarlah ia menjadi pengajaran untuk kita-kita yang masih reti nak guna akal ni.


Meroyan Episod 1: Bila bekerja dalam sesuatu projek berorganisasi, regardless perbezaan umur, rakan sebaya atau sebagainya, pihak yg beroleh kuasa layak menegur atau mengarahkan sesiapa yg berada di bawahnya bagi melancarkan proses kerja walaupun yg ditegur lebih tua mahupun sebaya. Semua ini atas tujuan kerja sahaja. Saya fikir ini dipanggil professionalism. Sekiranya berlaku perselisihan haruslah dibincang. Bercakap belakang atau mengadu-ngadu menunjukkan sifat kurang bijak dan memperlihatkan ketidakcekapan menguruskan stress semasa bekerja. Betulkan saya jika kata-kata saya ini kurang tepat.

Meroyan Episod 2: Pemimpin haruslah berlaku adil dengan mendengar sesuatu isu daripada kedua-dua belah pihak. Terus menunding jari hasil nukilan sebelah pihak sahaja menunjukkan kepimpinan yang lemah dan boleh dianggap failure. Dikhuatiri terdapat unsur-unsur peribadi sehingga tertimbulnya isu berkenaan. Tidak dapat dinafikan, orang kita kurang mahir menguruskan perasaan hasad dengki, memutarbelit cerita dan sebagainya biar setinggi mana pun tahap pelajaran seseorang itu. Hal ini akan terbawa-bawa dalam organisasi dan mewujudkan suasana kerja yang kurang sihat. Pemimpin seharusnya memastikan perkara ini tidak berlaku.

Meroyan Episod 3: Pelajar-pelajar sekolah kini dilihat semakin mahir dalam bidang muzik (menerusi pengalaman saya). Jadi saya harus mempersiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu-ilmu secukupnya untuk pergi mengajar. Dengan itu barulah seni muzik itu akan mampu diangkat dan terus berkembang. Bermain politik dan pandai mengipas semata akan membuat saya kelihatan tidak berkarisma lantas menggagalkan saya sebagai pengamal seni muzik berikutan gambaran buruk yang saya berikan. Shame on me.

Meroyan Episod 4: Saya masih kurang setuju dengan cara kebanyakan ibu bapa membesarkan anak-anak atau guru-guru mendidik pelajarnya dengan cara menghentam kesalahan dan tidak menggunakan cara perbincangan. Mungkin status yang dimiliki membuatkan kita berasa kita berkuasa dan sentiasa betul. Seringkali ibu bapa mahupun guru memberikan impresi yang negatif ke atas setiap yang kesalahan atau sesuatu yang dianggap salah walaupun hakikatnya benar yang dilakukan oleh anak-anak atau pelajar. Bukankah tugas ibu bapa dan guru sepatutnya menegur secara baik, memberi inspirasi dan motivasi? Oh ya, sikap memilih bulu juga sukar dielakkan. Bagaimana ni? Haha. Mungkin saya salah, dipersilakan tegur, dengan cara yang positif. Life is too short to live in a lower frequency.

Meroyan Episod 5: Saya setuju dengan kata Oprah, sebagai pemimpin, kita perlu menguruskan organisasi bermula dari dalam ke luar bagi memastikan organisasi tersebut berjaya. Oprah pada awal pembukaan sekolah dia kat Afrika, dia pikiaq (tetiba loghat utara, penat nak skema) pasal pokok apa nak tanam, gerbang mcm mana nak pacak, smua la..nak nampak gah kononnya. Sampai la ada isu student dia kena rogol oleh staff (kalau x salah la) baru dia sedaq dia terlalu pikiaq pasai benda2 luaran. Hmmm..moral of the story, setelkan masalah dalaman, dengar rintihan rakyat2 marhaen ni dulu..dok dengaq manusia2 elit, bangsawan ni memang semuanya indah2 belaka. Nama pun politik. Nak kekalkan hubungan sosial masing2, harusla propa. Yg kat bawah yang merana. K bai. Maaf.

Meroyan Episod 6 (Akhir): Sekiranya seorang ibu mencanang2 dan memburukkan anaknya kepada orang ramai, apakah perasaan si anak? ...............................................................................................Dunia semakin kurang kasih sayang.

No comments:

Post a Comment