Assalamualaikumwarahmatullahwabarakaatuh
Aku rasa bosan sangat. Nasib baiklah aku ada bawa sekali sebuah model kit bersama, bolehlah aku pasang untuk menghilangkan bosan. Tapi agaknya aku ni dah terer sangat. Aku pasang model tu malam tadi, tak sampai 3 jam dah siap. Aku jadi bosan balik. Lantaran kebosanan itu, aku rasa nak menaip pulak. Tapi aku tak tahu nak taip apa. DOUBLE BOSAN.
Then aku dapat idea. Kenapa tak taip pasal hobi ku yang tercinta ini? Haw haw haw haw. Kepada anda yang sudah "dewasa", tak payah baca entry ini. Blah dan taip tentang hobi berclubbing anda.
Hobi aku mengumpul Gunpla kits, keluaran Bandai sahaja. Ya, original sahaja. Brand bootleg boleh pergi terjun lombong. Apakejadahnya Gunpla kit ini? Let me explain. Gunpla kit ialah singkatan untuk Gundam plamo kit. Plamo kit pula adalah singkatan untuk plastic models kit. So, maksud penuhnya ialah Gundam plastic model kit. Yupp, banyak singkatan. Inilah pengaruh bahasa internet. LMAO. Dalam bahasa Malaysianya ialah kit model plastik Gundam. Kit bermaksud satu set kotak/pakej yang mengandungi secukupnya peralatan/komponen untuk berfungsi/membina sesuatu. Dalam situasi lain, Kit ialah nama seorang Ah Beng. Haw haw haw haw. Gunpla kit perlu dipasang terlebih dahulu mengikut risalah manual yang telah disediakan, jadi Gunpla kit tergolong dalam kategori D.I.Y(do it yourself) kits.
Model 1:144 'Real Grade' Gundam RX-78-2 dan replika 1:1 Gundam RX-78-2 di Jepun.
Gunpla kit juga digelar Gundam scale model. Ini kerana setiap model Gundam dibuat dalam skala kepada saiz objek ideal/sebenar, yupp, walaupun Gundam tidak wujud dalam dunia sebenar. Tetapi Gundam telah direka oleh perekanya dengan saiz yang menepati imaginasi mereka. Secara puratanya, saiz Gundam adalah 18 meter. Model Gundam dibuat dalam skala 1:144, 1:100, 1:60 dan 1:48. Maka, model Gundam pada skala 1:144 adalah bersaiz 12cm. Skala 1:100 pula adalah 18cm, skala lain kiralah sendiri. Tetapi bukan semua Mobile Suit dalam siri Gundam adalah pada saiz yang sama, banyak variasinya. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Begitu juga bentuk, ada yang gemuk, ada yang kurus.
Model 1:144 HG, 1:100 MG dan 1:60 PG Strike Gundam.
Dalam pengkelasan model pula, Gunpla kit dibahagikan kepada 3 yang tetap, iaitu HG=High Grade, MG=Master grade dan PG=Perfect Grade. Model HG terdapat dalam skala 1:144 dan 1:100, MG dalam Skala 1:100 dan PG dalam skala 1:60. Model HG adalah yang paling ringkas, biasanya adalah direct interpetation dari siri animasinya. Maksudnya, apa yang anda tonton di kaca TV, begitulah rupanya. Model Master grade pula, seperti namanya, adalah interpetasi yang lebih elaborate. Proportion lebih sleek, detail lebih realistic, kokpit dan figura pemandu, colour and part separation yang lebih tepat dan artikulasi yang lebih banyak. Model PG pula adalah the most supreme, the most elaborate. Rangka mekanikal yang penuh, replika semua komponen seperti enjin, wayar, paip besi, hidaulik, panel, kabel-kabel, artikulasi lengkap termasuk setiap jari, kokpit dan figura pemandu dalam skala yang sama, dan dalam sesetengah model PG, ada aksesori ekstra yang tidak terdapat dalam siri animasinya. Model PG juga dikenali dengan jolokan nama 'Evolve Model', kerana fizikalnya yang telah jauh ber'evolusi' dari lineart asal, dan juga kerana semua model PG keluaran Bandai telah dikompilasikan dalam sebuah siri yang khusus, berjudul Gundam Evolve.
So aku dah terangkan apa itu Gunpla kit. Faham ke tak, terpulang. Jadi, apa 'Gundam' sebenarnya? Honestly, aku tak tonton sangat semua siri Gundam, aku cuma kumpul modelnya saja. Tapi aku tahu jugalah sedikit sebanyak tentang siri animasinya.
Gundam adalah akronim kepada General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Manuever. Dari segi falsafahnya, Gundam ialah entiti yang membawa senjata(Gun) yang meledakkan kuasa sebesar empangan(Dam). Dalam dunia Gundam, robot atau jentera tempur yang dikendali oleh pemandunya disebut sebagai mobile suit. Ramai orang orang yang tidak familiar dengan siri Gundam keliru, menyebut semua mobile suit dalam siri Gundam sebagai 'Gundam'. Bukan semua mobile suit dalam siri Gundam adalah 'Gundam'. Mobile suit adalah berbeza mengikut syarikat yang menghasilkannya, dan setiap jenis adalah berbeza ciri dan spesifikasi. Aku bagi perumpaan senang. Gundam ibarat Ferrari, Monoeyes adalah Mercedez, GM adalah BMW, customize mobile suit pula adalah concept car.
Siri pertama Gundam mula disiarkan pada tahun 1979. That explains why yang minat siri Gundam ni sekarang banyak berumur 30an. Siri tersebut bertajuk Mobile Suit Gundam, tetapi lebih dikenali sebagai UC series. UC adalah singkatan kepada Universal Century, timeline yang digunakan dalam siri ini, tidak seperti dunia nyata yang menggunakan AD(Anno Domini). Ceritanya bermula pada tahun UC 0079, memaparkan 2 watak utama, Amuro Ray dan Char Aznable. Bermula dari siri tersebut, cerita UC ini terus berkembang ke 0080, 0083, 0089, 0090 dan yang terakhir memaparkan Ray dan Char adalah 0093, dinamakan Char's Counterattack. Namun cerita UC tidak berakhir di situ, terbaru ialah siri 0096, atau lebih dikenali sebagai MS Gundam Unicorn. Unicorn adalah siri terbaru diterbitkan, tetapi dalam kronologi timeline UC, cerita terkini adalah MS Gundam Victory, berlaku 30 tahun selepas Char's Counterattack.
Selain daripada UC series, terdapat juga beberapa siri Gundam yang lain diterbitkan. Siri-siri ini adalah pada timeline yang tidak sama dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan UC series. Antara siri yang terawal meraih populariti selepas UC, terutamanya di Amerika Selatan ialah MS Gundam Wing, dengan timeline AC/After Colony. Kemudian banyak lagi siri Gundam yang baru diterbitkan seperti MS Gundam G (FC/Future Century), MS Gundam Seed (CE/Colony Era), MS Gundam X (AW/After War) dan MS Gundam 00 (AD/Anno Domini). Yupp, sebelum ini aku cakap tidak ada siri Gundam yang menggunakan timeline AD, but MS Gundam 00 is exceptional. Setiap timeline dalam siri-siri ini mempunyai side story yang tersendiri, yang mana berlaku pada era yang sama tetapi berlainan lokasi dan tidak bertembung dengan cerita utama. Begitulah wujudnya francais siri-siri Gundam. Yang terbaru diterbitkan ialah MS Gundam Age, dengan timeline AG/Advanced Generation.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai hobi dan minat aku. Banyak orang tanya, "Kau ni dah makin tua, bila kau nak berhanti kumpul benda tak berfaedah ni?". Aku hanya mampu tersenyum. Aku sendiri pun tak tahu bila akan berakhir. But at least, hobi 'tak berfaedah' aku ni takdelah buat aku abaikan pelajaran. Takdelah buat aku merayu pinjam duit nak makan kat kawan-kawan bila hujung bulan menjelma. Seriously aku dah muak dengan joke samakan koleksi model aku dengan berapa kantung beras aku boleh beli. Tapi aku diam dan senyum saja.
"AKU CUKUP BIJAK UNTUK TAHU BILA AKU MAMPU DAN BILA AKU TAK MAMPU"
No comments:
Post a Comment