Thursday 10 November 2011

Special date

Assalamualaikumwarahmatuhllahiwabarakaatuh.

Semasa aku mula menaip entry ini, jam menunjukkan pukul 11.30 pada tarikh 10.11.11. Ya, setengah jam lagi tarikh akan menjadi 11.11.11. Pada tarikh ini, selain daripada menunaikan Solat Jumaat tengahari esok, tak ada apa yang special. Cuma malam ini aku tolong mak bapak aku bungkus gula-gula sebagai cenderahati pada hari perkahwinan kakak aku nanti, iaitu 20.11.2011. Itu je la benda yang aku tolong, benda lain semua orang lain buat. Yupp, aku pemalas. Kemajuan perut adalah bukti.

Seriously, whats tha fuzz about tarikh 11.11.11 nih? Lagi cantik tarikh kakak aku kahwin tuh, 20.11.2011. Sementara membungkus gula-gula tadi tuh, aku ada terfikir. Mak aihh... Banyak betul persiapan perkahwinan nih. Bukan aku yang nak kahwin, tapi aku pulak yang pening tengok. Nak buat cenderahati, buat hantaran, tempah pelamin, makanan, hotel, kad jemputan, settlekan para tetamu... Huhh. Memang banyak kerja. Sebab tu lah aku malas. Haw haw haw haw. Pening owh, banyak gilababilahanatpukimaklancau benda nak kena buat.

Kalaulah aku nak kahwin nanti, malas gila aku benda-benda macam nih. Banyak keluar duit belanja, banyak guna tenaga. Aku tak nak buat kenduri besar-besaran. Tak hairan sebab kena dengan sifat aku yang tak suka pergi kenduri. Yupp, aku memang tak suka pergi kenduri. Lagi-lagi kenduri yang penuh dengan orang yang aku tak kenal. Aku tak pandai bersosial dan tak pandai layan orang tua. Berbalik kepada cerita 'kalaulah aku nak kahwin nanti', aku nak buat seminima yang boleh. Kalau boleh, akad nikah je. Tak ada kenduri besar-besaran. Senang. Simple.

Tapi aku ada terfikir jugak. Kalau aku buat macam tu, maknanya aku tamak. Aku tak nak berkongsi hari bahagia aku dengan ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai rakan taulan. Mesti diorang kecik hati, takde angin takde ribut, tahu-tahu je aku dah kahwin. Satu hal pulak nak explain dengan diorang.

Hoh, aku nih belajar pun tak habis lagi, ada hati nak pikir pasal kahwin. Haw haw haw haw. Dah habis belajar pun, entah apa la kerja yang aku boleh dapat dengan kelulusan aku nih. Seriously, belajar bidang apa pun, mengajar jugak yang akan jadi pilihan. Menjadi seorang pengajar adalah sesuatu yang aku nak elak habis-habisan. Aku tak suka mengajar. Aku panas baran. Lebih penting lagi, aku tak suka budak-budak. Aku takut nanti kalau aku jadi cikgu, muka aku keluar paper front page pasal belasah budak yang tak dengar cakap sampai koma bertahun-tahun.

Itu antara dilema aku. Inilah ke'tak best'an menjadi anak cikgu. Orang akan expect kita jadi cikgu. Aku tak suka jadi cikgu. Dulu masa aku lower 6, aku sampaikan hasrat untuk berhenti form 6 dan further study di UiTM ambik Diploma in Music. You know what, cuma cikgu English aku je yang bagi respon positif. Dia cakap, "Good, something different. I'm sure you're talented enough to be successful in field you've choose". Yang selebihnya, "Hah? Muzik? Awak kerja apa nanti? Main keyboard kat kaki lima pakai spek hitam? Buat malu mak bapak awak je". Terkilan tahu tak. Betapa narrow-minded nya cikgu-cikgu aku tuh. Mak bapak aku pun tak cakap lebih, kau nak buat aku down pulak.

Actually, belajar muzik nih lebih kepada tak sengaja. Aku apply untuk course Art and Design, Music is second choice. Yang aku pelik, aku dipanggil untuk audition Diploma in Music. Honestly, aku tak ada basic langsung dalam bidang muzik pada masa tuh. Yang aku ada cuma skil main gitar 3 chord belajar dengan mat pit mabuk bawah jambatan. Orait, tipu je tuh. Aku belajar ngan kawan. Aku yakin sangat aku tak dapat. Tapi yang pelik lagi, aku dapat. Aku terus accept tawaran tuh. Tak lama pas tuh, aku dapat surat panggilan untuk temuduga Art and Design. Aku happy. Semagat betul time tuh. Aku beli alatan melukis dan kertas baru semata-mata untuk temuduga tuh. Aku sangat yakin sebab aku tahu aku lebih pandai melukis dari bermain muzik.

Makin la aku pelik, tak ada respon langsung dari UiTM walaupun dah nak register dah. Aku dan bapak aku pergi ke UiTM Samarahan, bertanyakan status temuduga Art and Design aku tuh. Aku diberitahu bahawa, by the time aku dipanggil untuk temuduga Art and Design tuh, diorang tak tahu yang aku dah accept tawaran untuk Diploma in Music. Jadi, automatically permohnan aku untuk Art and Design tuh tak diterima. Aku agak kecewa time tuh, sebab aku ingat lagi aku memang letak Art and Design sebagai first choice. Jelas sekali diorang yang silap panggil. Alah, standard la deal dengan institusi kerajaan, mana la diorang nak mengaku kesalahan.

Mula-mula masuk Diploma in Music, aku tak tahu arah tuju aku. Aku tak tahu nak jadi apa. Tapi makin lama, makin banyak benda baru dan menarik yang aku belajar. Sebelum, haram jadah aku tak tahu pun apa benda scale, key signature, time signature, chromatic dan yang sewaktu dengannya. Aku jadi berminat pulak. Semasa semester 3, aku mula jumpa perkara yang aku suka dala muzik. Composing a song. Yupp. Walaupun tak hebat mana, tapi seronok bila dapat dengar balik lagu yang dibuat dengan otak sendiri, walaupun simple je.

Skarang aku dah habis Diploma in Music, dan InsyaAllah kalau ada rezeki, bulan 3 nanti sambung Degree in Music Composition. Seperti biasa, ada yang menegah dan mengutuk kepututsan aku untuk sambung ke Degree in Music Composition, dari Degree in Music Education. Macam aku cakap, aku tak berminat nak jadi pengajar. Be it cikgu sekolah, tutor, pensyarah, coach dan sebagainya. Aku harap sangat apa yang aku pilih nih betul, dan bawa masa depan yang cerah untuk aku.

Jauh jugak aku terpesong nih. Dari cerita kakak aku kahwin sampai cerita aku belajar pulak. Sekarang dah pukul 12.09. Mungkin tarikh 11.11.11 nih special gak untuk aku, sebab inilah entry pertama yang tak ada topik utama, ditaip dengan random, straight dari kepala hotak. Haw haw haw haw.

2 comments: