Thursday 10 November 2011

Aku makan garam lagi dulu dari engkau

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Pernah berdebat dengan golongan haji samingan kaki lepak di kedai kopi? Sungguh tidak senang melihat mereka lepak di kedai kopi siap dengan berjubah dan berkopiah, pas tuh pandang kerek dengan golongan muda macam kami nih. At least kami lepak hanya untuk makan, dah kenyang balik rumah. Bukannya lepak dari lepas Isyak sampai tengah malam, makanan yang bini masak pun jadi sejuk. Pagi besoknya, buang. Ciri paling ketara golongan nih, duduk berjam-jam, tapi hanya minum kopi secawan. Lagi best, kopi secawan pun masuk buku 555. Kali ni tak ada diskriminasi. Baik di Tanah Melayu atau pun di Borneo, fenomena ini memang ada.

Bengang tak bila berdebat tentang sesuatu, dia bagi point yang sangat tidak berkaitan, tetapi dia menang hanya kerana dia ada ramai kawan-kawan di sekeliling yang asyik menyampuk bila kita nak berhujah. What a LOSER way to win. Contohnya bila berbicara tentang kenapa UMNO tidak dapat masuk ke Sarawak, atau kenapa warga Tanah Melayu yang nak ke Borneo kena ada passport, tapi tidak sebaliknya, boleh pulak dia bagi point sebab Borneo ni banyak Kristian? Dari ayat pakcik tu, dah terserlah sangat sifat racist pakcik berkopiah sekalian. One thing yang paling menyakitkan apabila berdebat dengan orang TUA ni ialah when they run out of points, dan tahu mereka akan kalah, they will simply say, "Kau apa tahu? Aku makan garam lagi dulu dari engkau, tahu tak?". Lepas tuh kawan-kawan dia akan bersorak tanpa memahami apa yang didebatkan sebenarnya.

MEMANG PAKCIK MAKAN GARAM LAGI DULU DARI KAMI, TAPI MASINNYA TAK SAMA.

2 comments:

  1. haji samingan tuh aku da tak nampak dia lepak kat kedai tepi.mungkin dia da berhijrah.hehe

    ReplyDelete
  2. Dh berhijrah ke kedai mkn yg ada milf lg hot agaknya

    ReplyDelete