Assalamualaikumwarahmatullahwabarakaatuh
Aku rasa
bosan sangat. Nasib baiklah aku ada bawa sekali sebuah
model kit bersama, bolehlah aku
pasang untuk
menghilangkan bosan. Tapi agaknya aku ni dah
terer sangat. Aku pasang model tu malam tadi,
tak sampai 3 jam dah siap.
Aku jadi bosan balik. Lantaran kebosanan itu, aku
rasa nak menaip pulak. Tapi aku
tak tahu nak taip apa. DOUBLE BOSAN.
Then aku dapat
idea. Kenapa tak
taip pasal hobi ku yang tercinta ini? Haw haw haw haw. Kepada anda yang sudah
"dewasa", tak payah baca entry ini.
Blah dan taip tentang hobi berclubbing anda.
Hobi aku mengumpul
Gunpla kits, keluaran
Bandai sahaja. Ya,
original sahaja. Brand
bootleg boleh
pergi terjun lombong.
Apakejadahnya Gunpla kit ini? Let me explain.
Gunpla kit ialah singkatan untuk
Gundam plamo kit.
Plamo kit pula adalah singkatan untuk
plastic models kit. So, maksud penuhnya ialah
Gundam plastic model kit. Yupp, banyak
singkatan. Inilah
pengaruh bahasa internet.
LMAO. Dalam bahasa
Malaysianya ialah
kit model plastik Gundam.
Kit bermaksud
satu set kotak/pakej yang mengandungi secukupnya peralatan/komponen untuk berfungsi/membina sesuatu. Dalam situasi lain, Kit ialah nama seorang Ah Beng. Haw haw haw haw. Gunpla kit
perlu dipasang terlebih dahulu mengikut risalah manual yang telah disediakan, jadi Gunpla kit tergolong dalam kategori
D.I.Y(do it yourself) kits.
Model 1:144 'Real Grade' Gundam RX-78-2 dan replika 1:1 Gundam RX-78-2 di Jepun.
Gunpla kit juga digelar
Gundam scale model. Ini kerana
setiap model Gundam dibuat dalam skala kepada saiz objek ideal/sebenar, yupp, walaupun Gundam tidak wujud dalam dunia sebenar. Tetapi
Gundam telah direka oleh perekanya dengan saiz yang menepati imaginasi mereka. Secara
puratanya, saiz Gundam adalah
18 meter. Model Gundam dibuat dalam skala
1:144, 1:100, 1:60 dan
1:48. Maka, model Gundam pada
skala 1:144 adalah bersaiz
12cm.
Skala 1:100 pula adalah
18cm, skala lain kiralah sendiri. Tetapi bukan semua
Mobile Suit dalam siri Gundam adalah
pada saiz yang sama, banyak variasinya. Ada yang
tinggi, ada yang
rendah. Begitu juga
bentuk, ada yang
gemuk, ada yang
kurus.
Model 1:144 HG, 1:100 MG dan 1:60 PG Strike Gundam.
Dalam
pengkelasan model pula, Gunpla kit dibahagikan kepada
3 yang tetap, iaitu
HG=High Grade, MG=Master grade dan
PG=Perfect Grade. Model
HG terdapat dalam skala
1:144 dan
1:100,
MG dalam Skala
1:100 dan
PG dalam skala
1:60. Model
HG adalah yang
paling ringkas, biasanya adalah
direct interpetation dari
siri animasinya. Maksudnya, apa yang
anda tonton di kaca TV, begitulah rupanya. Model
Master grade pula, seperti namanya, adalah
interpetasi yang lebih elaborate.
Proportion lebih
sleek,
detail lebih
realistic,
kokpit dan
figura pemandu,
colour and part separation yang
lebih tepat dan
artikulasi yang lebih banyak. Model
PG pula adalah
the most supreme,
the most elaborate.
Rangka mekanikal yang penuh,
replika semua komponen seperti
enjin, wayar, paip besi, hidaulik, panel, kabel-kabel, artikulasi lengkap termasuk setiap
jari, kokpit dan
figura pemandu dalam skala yang sama, dan dalam sesetengah model
PG, ada
aksesori ekstra yang tidak terdapat dalam siri animasinya. Model
PG juga dikenali dengan jolokan nama
'Evolve Model', kerana
fizikalnya yang telah jauh ber'evolusi' dari lineart asal, dan juga kerana semua model
PG keluaran
Bandai telah dikompilasikan dalam sebuah siri yang khusus, berjudul
Gundam Evolve.
So aku dah terangkan apa itu
Gunpla kit. Faham ke tak, terpulang. Jadi, apa
'Gundam' sebenarnya? Honestly, aku tak tonton sangat semua siri
Gundam, aku cuma kumpul modelnya saja. Tapi aku tahu jugalah sedikit sebanyak tentang siri animasinya.
Gundam adalah akronim kepada
General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Manuever. Dari segi
falsafahnya, Gundam ialah
entiti yang membawa senjata(Gun) yang meledakkan kuasa sebesar empangan(Dam). Dalam
dunia Gundam,
robot atau
jentera tempur yang
dikendali oleh pemandunya disebut sebagai
mobile suit. Ramai orang orang yang
tidak familiar dengan siri Gundam
keliru, menyebut
semua mobile suit dalam
siri Gundam sebagai
'Gundam'. Bukan semua mobile suit dalam
siri Gundam adalah
'Gundam'.
Mobile suit adalah berbeza mengikut
syarikat yang menghasilkannya, dan setiap jenis adalah
berbeza ciri dan spesifikasi. Aku bagi perumpaan senang.
Gundam ibarat
Ferrari, Monoeyes adalah
Mercedez, GM adalah
BMW, customize mobile suit pula adalah
concept car.
Siri pertama Gundam mula disiarkan pada tahun
1979. That explains why
yang minat siri Gundam ni sekarang banyak berumur 30an. Siri tersebut bertajuk
Mobile Suit Gundam, tetapi lebih dikenali sebagai
UC series.
UC adalah singkatan kepada
Universal Century,
timeline yang digunakan dalam siri ini, tidak seperti dunia nyata yang menggunakan
AD(Anno Domini). Ceritanya bermula pada tahun
UC 0079, memaparkan
2 watak utama, Amuro Ray dan
Char Aznable. Bermula dari siri tersebut, cerita
UC ini
terus berkembang ke 0080, 0083, 0089, 0090 dan yang
terakhir memaparkan
Ray dan
Char adalah
0093, dinamakan
Char's Counterattack. Namun cerita
UC tidak berakhir di situ, terbaru ialah siri
0096, atau lebih dikenali sebagai
MS Gundam Unicorn.
Unicorn adalah
siri terbaru diterbitkan, tetapi dalam
kronologi timeline UC, cerita terkini adalah
MS Gundam Victory, berlaku
30 tahun selepas Char's Counterattack.
Selain daripada
UC series, terdapat juga beberapa siri Gundam yang lain diterbitkan. Siri-siri ini adalah
pada timeline yang tidak sama dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan UC series. Antara siri yang terawal
meraih populariti selepas UC, terutamanya di
Amerika Selatan ialah
MS Gundam Wing, dengan timeline
AC/After Colony. Kemudian banyak lagi siri Gundam yang baru diterbitkan seperti
MS Gundam G (FC/Future Century), MS Gundam Seed (CE/Colony Era), MS Gundam X (AW/After War) dan
MS Gundam 00 (AD/Anno Domini). Yupp, sebelum ini aku cakap
tidak ada siri Gundam yang menggunakan timeline AD, but
MS Gundam 00 is exceptional. Setiap timeline dalam siri-siri ini mempunyai
side story yang tersendiri, yang mana
berlaku pada era yang sama tetapi berlainan lokasi dan tidak bertembung dengan cerita utama. Begitulah wujudnya
francais siri-siri Gundam. Yang terbaru diterbitkan ialah
MS Gundam Age, dengan timeline
AG/Advanced Generation.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai hobi dan minat aku. Banyak orang tanya,
"Kau ni dah makin tua, bila kau nak berhanti kumpul benda tak berfaedah ni?". Aku hanya mampu
tersenyum. Aku sendiri pun tak tahu bila akan
berakhir. But at least, hobi
'tak berfaedah' aku ni takdelah buat aku
abaikan pelajaran. Takdelah
buat aku merayu pinjam duit nak makan kat kawan-kawan bila hujung bulan menjelma. Seriously aku
dah muak dengan joke samakan koleksi model aku dengan berapa kantung beras aku boleh beli. Tapi aku diam dan senyum saja.
"AKU CUKUP BIJAK UNTUK TAHU BILA AKU MAMPU DAN BILA AKU TAK MAMPU"