Friday 12 October 2012

Menyesal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Dah lama tak update, apa jadah aku tiba-tiba menyesal pulak ni? Takde apa. Cuma sekarang ni aku tengah berusaha cari balik cari mp3 file lagu-lagu kegemaran aku masa kecik-kecik dulu, tapi harrem tak jumpa.

http://wahyuprio.blogsome.com/wp-admin/images/WebProm.jpg
Formasi Dewa19 kegemaran aku, berbanding formasi-formasi lain.


Sekarang ni aku minat Dewa19. Atau pun sisa-sisa Dewa19. Yelah, diorang dah berpecah kan. Tapi aku sempat jugak beli kebanyakan CD album diorang, dan simpan lagu-lagu diorang dalam laptop. Jadi aku tak rasa rugi sangatlah. Boleh dengar dalam mp3 bila-bila masa walau pun semua CDnya dah hilang entah ke mana.

Aku minat Dewa19 sebab baru kenal muzik fusion rock, jazz dan classical. Kebanyakan lagu diorang style macam tu. Sebelum aku minat Dewa19, sebenarnya, aku minat RnB. Tak ramai yang tahu. Kawan-kawan aku pun tak tahu. Group RnB yang paling aku minat ialah antara group RnB yang sangat famous kat Malaysia ni suatu ketika dulu, iaitu Voices of Euphonious (V.E) dan Ruffedge.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwz22aNVubCmO1VyZ4jMbGMtRyBZXBLa40flaqX9tNf-xHkUV1keAyhCm3fDWuvEwjAAu4niMjfOTLET5hEDPwL6qr9jbL_dDZcCdaBnxwmXqwug64xyDZHJFhSC_S4IE84y-SwFPmg9M7/s1600/ve.jpg
Voices of Euphonious a.k.a VE.


Aku ada semua album diorang. Extreme Pleasure, Extreme Pleasure Extra, V.E For You, Specially For You, Ruffedge Defined, Ruffedge Re-Defined, Ruffera. Masa tu aku beli kaset je, tak familiar dengan CD lagi. Kalau bab teknologi terkini ni aku memang agak ketinggalan.

http://ulyric.net/wp-content/uploads/2011/12/ruffedge.jpg
Ruffedge. Tak jumpa gambar bersama Mode, anggota asal Ruffedge.


So, apa yang menyesalnya? Menyesal sebab kaset-kaset tu dah hilang entah ke mana. Aku cari kat internet lagu-lagu diorang, cuma dapat download album V.E For You je. Yang lain satu pun tak ada. Single-single diorang yang tak dimuatkan dalam album lagilah, langsung tak ada. File broken la, has been removed la. Kalau ada pun, semua file mp3 yang bunyi cabuk, mono, sound tak sedap. Aku dah tak pedulikan kaset-kaset diorang bila aku mula kemaruk dengan Dewa19.

Bila aku dengar balik lagu Ayu kat sebuah stesen radio baru-baru ni, baru aku teringat balik dekat diorang ni. Sekarang aku rasa menyesal pulak sebab dulu aku bukan pendengar muzik yang baik, tak tahu nak mendengar kualiti gubahan vokal dan timbre yang mereka tonjolkan. Hah, sekarang barulah terkial-kial nak cari balik semuanya. Bila aku dah belajar muzik, dan dengar balik lagu-lagu diorang, feel dia berbeza. Baru sekarang aku boleh dengar details dalam lagu-lagu diorang. Setiap detail membentuk harmony/chord yang baru, kadang-kadang jadi extension untuk chord yang provided dalam muzik iringan. Complicated, yet so easy-listening style songs.

http://kotakberbunyi.files.wordpress.com/2012/03/al-mawlid.jpeg
Al-Mawlid


Tapi diorang ni pun macam Dewa19 jugak, berpecah jugak akhirnya. Ada yang sambung belajar oversea, ada yang bukak bussiness. Tapi baru-baru ni aku baca berita terkini dunia muzik tanah air, ahli-ahli V.E, Ruffedge dan Innuendo bergabung membentuk sebuah kumpulan baru, Al-Mawlid yang berkonsepkan keagamaan dan ketuhanan. Seronok jugak aku dengar. Bukan saja dah buat comeback, malah comeback as better people. Cuma sekarang aku tak berpeluang lagi layan lagu dari Al-Mawlid, kecuali lagu Belaian Jiwa yang diorang modified sikit liriknya.

http://userserve-ak.last.fm/serve/_/20753075/Westlife+img_wo__agt2006.jpg http://newsroom.mtv.com//wp-content/uploads/news/2012/05/nsync.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZj1T5r7TjKJ-QoPFMlp1Oq1ylKVmRXeuyyqMzctk3sasMy9jNDuDWHctcbSx9Q_rQCSskRVEx0KYSYPwsejl7rYigQzhMSdJEp-DrK1RKwNvYt14DIwzuYjIvTm9bsakZT0-ZWaoaosM/s1600/blue.jpghttp://www.andhrareporter.com/images/jreviews/_bsb2-1346476260.jpg

Sebelum minat V.E dan Ruffedge pulak, aku minat Westlife, Nsync, Back Street Boys dan Blue. Yelah, masa tu memang zaman kegemilangan boyband kan. Tapi, walaupun lagu-lagu diorang ni dah lama, tak ada masalah untuk aku cari file mp3 diorang di internet. Yang berkualiti elok pulak tu. Kenapa? Sebab diorang international artists? Aku pun tak pasti. Kalau zaman sekarang, Korea pulak yang pegang scene boyband ni. But sorry to say lah, bagi aku kualiti diorang jauh ketinggalan. Composition? Semua lagu lebih kurang. Berapa banyak je lagu K-Pop yang guna live music? Timbre? Tak payah cakap lah. Semua suara auto-tuned. Nyanyi live semua mumble. Harapkan rupa dan penampilan je. Artis Korea yang aku respect cuma Rain je. Respect tau, bukan minat. Cuma dia je yang aku pernah tengok perform live, menyanyi sambil menari, tapi tak mengah langsung. 

Itulah pendapat aku mengenai scene muzik sekarang, di Malaysia terutamanya. Sekarang baru aku sedar yang kumpulan yang sangat talented macam V.E, Ruffedge, Innuendo dan lain-lain selalu kena underappriciated. Last-last hilang ditelan waktu, tak diiktiraf oleh sesiapa. Last-last yang famous? Budak-budak macam Najwa Latiff, Ainan Tasnim tu. Sorry lah, tapi aku selalu wonder macam mana lagu-lagu macam lagu diorang boleh masuk radio, sedangkan ada band dan kawan sefakulti aku yang banyak buat lagu berkualiti, tapi tak pernah lepas. Mungkin ayat aku agak kasar, tapi itulah apa yang aku fikir. Aku harap sangat artis macam Najwa Latiff dan Ainan Tasnim ni, muzik mereka akan menjadi lebih matang, seiring usia mereka. Mereka muda lagi, banyak lagi masa untuk improve. Itu pun kalau diorang serius nak berkarya.

http://www.p-ramlee.com/p-ramlee/images2/ramlee8.jpg
Tan Sri P. Ramlee


Tak payah pergi jauh, tengok je legend kita, Tan Sri P. Ramlee. Dulu masa dia hidup, dia disanjung macam tu ke? Mana ada. Wartawan semua nak jatuhkan dia. Di penghujung hidup, dia jadi sangat miskin sebab diboikot oleh pihak yang cemburukan kejayaan dan layanan manja dari studio tempat dia bernaung. Yang iktiraf filem-filem dan lagu-lagu dia, siapa? Orang Malaysia? NO. Orang luar yang iktiraf, yang bagi anugerah, yang puji hasil kerja dia. Dia dapat gelaran Tan Sri tu pun sebab pengiktirafan dari orang luar tu lah. Itu pun wayyyy long after his death.

So, pengajaran untuk aku sekarang, kalau ada lagu yang sekarang ni aku suka, baik simpan file mp3. Nanti lepas 10-20 tahun, takdelah menyesal macam sekarang ni. Damn, macam tak percaya je V.E dan Ruffedge dah berumur hampir 14 tahun. Rasa macam baru semalam je aku layan lagu-lagu diorang. Nostalgic gila beb.

Unrelated topic: To Zack, sorry bro. Aku tak dapat nak update selalu as in your request. Busy study sekarang ni. Pasal captcha tu, nanti aku figure out. Aku kalau bab teknologi ni lembab sikit. Chow dulu, member aku dah masam muka tengok aku online guna laptop dia lama sangat. Heheh.

6 comments:

  1. Innuendo!! wahahaa ya aku sgt suka lagu2 dorang masa aku menengah rendah dlu! n kaset dorang aku dah hilang jugak wahkakaka...

    oh ainan tasnim n najwa latif? aku stuju sama pendapat ko dlm hal ni walopon aku x major music mcm ko, bagi aku musical talent+vocal dorang still below par, mcm standard bieber saja...maybe dorang bleh lepas masuk radio n tv sbb industri music stars zaman skang lebih pentingkan rupa n 'cuteness' kot, suara below par pon bleh lepas...owh sikit kijam aku punya komen ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Aku rasa org yg punya citarasa yg cerewet ttg muzik mmg akan komen kejam psl diorg. tp tu lah aku ckp, diorg muda lg. Harap nnt bakat diorg develop, mampu bukak mata aku. X pn lagu diorg jd one hit wonder je. Haha

      Delete
    2. Gila Mainstream dan skema kan sejarah peminatan kau dalam dunia music? kih3

      Aku pernah minat lagu2 dari indon..tapi sekejap je..seperti juga lagu2 Melayu..Terutamanya dari Tahun 80-an dan 90-an..tapi sekejap juga coz aku jenis Anti Mainstream..so bila benda tu semua orang2 minat..Aku akan cepat 'Blah"..kah3 macam sial tak perangai aku muahahaha.

      Dulu masa semua orang tengah minat dengar lagu2 dari era 80-an dan 90-an yang tetiba menjadi TOP balik..Aku beralih mendengar lagu dari music2 tema Anime jepun..coz music2 tema anime jepun ni dia punya music memang best gila..heheh..tapi itu pun skejap juga coz japan culture dan jadi mainstream di Malaysia.

      Satu2nya genre music mainstream yg aku terus boleh stay adalah music2 dari america..sampai sekarang aku boleh layan.

      Oh,ko bz ke..its ok bro..kalau bleh seminggu sekali update lah..

      Soal ruang komen ko tu..buatlah as soon possible coz minat orang nak mengomen "apabila ruang komen dipermudahkan"..

      Delete
  2. psst, nak dgr aku nyanyi unplugged acoustic lagu jepun x? visit latest entry blog aku XD

    ReplyDelete
  3. im glad coz i was born in 89 , cuz i got to grow up with good music , (real music) and of coz dragonball and sailormoon .

    ReplyDelete
  4. salam. sapa2 nak lagu2 Innuendo, V.E. dan Ruffedge dlm bentuk CD aku boleh burnkan. cuma bayar kos CD jer. kalo nak banyak2 aku kasik diskaun lagi. berminat, sila layangkan emel di address juliainne@gmail.com

    :D

    ReplyDelete