Friday, 11 November 2011

Belajar sampai pandai



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Anda dah bekerja? Ke masih belajar? Belajar peringkat mana? Sekolah menengah? Diploma? Aku sendiri baru settle diploma. Aku sangat yakin aku habis diploma on time, tapi takdir bukan di tangan kita. Extend jugak aku satu semester. Apa yang aku terpikir kali ni ialah, kita belajar tinggi-tinggi, apa yang kita belajar sebenarnya? Kita belajar untuk apa?

Honestly, korang ingat tak setiap satu perincian apa yang korang belajar di sekolah? Kalau korang tanya aku, aku memang tak ingat satu apa pun. Itulah masalah sistem pendidikan di sekolah-sekolah di negara kita. Aku tak salahkan sistem pendidikan 100%, kebanyakan berpunca dari kita jugak. Cuba ingat balik, bila dah dekat PMR atau SPM, apa yang cikgu cakap dan ajar? Semestinya ayat ini ada keluar dari mulut mereka, "Cikgu takkan ajar bab ini dan bab ini sebab tajuk-tajuk tadi dah keluar PMR/SPM tahun lepas. Kita akan belajar dan ulangkaji bab ini dan bab ini sebab tajuk-tajuk ini dijangka keluar dalam PMR/SPM tahun ini".

Seriously, WTH? Adakah kita belajar di sekolah semata-mata untuk lulus peperiksaan? Bukan nak menguasai pengetahuan? Just name the subject; Sejarah, biology, chemistry, physics, pendidikan Islam. Masa sekolah dulu aku tak ambik port pun benda-benda nih. Tapi bila aku dah pandai guna internet, cari info sana info sini, I find that aku LEBIH BANYAK BELAJAR FAKTA DARI DALAM INTERNET BERBANDING CIKGU SEKOLAH DAN BUKU TEKS.

Baru-baru nih seorang kawan perkenalkan aku dengan satu blog mengenai sejarah melayu, http://riwayatmelayu.blogspot.com/. Nama blogger dia Srikandi. Honestly, bila aku spend one whole night godek blog dia, for the first time ever, AKU TAK RASA BOSAN BACA TENTANG SEJARAH MELAYU, MALAH NAK BACA LAGI. Honestly, sejarah yang kita belajar di sekolah tak sampai 1% pun daripada penemuan-penemuan dan kajian yang telah dibuat oleh sejarawan-sejarawan yang bertauliah, macam cik Srikandi nih sendiri. Aku sangat tertarik macam mana seorang Raja Melayu membina empayar perdagangan yang hebat dengan Firaun di Mesir, bagaimana seorang gadis melayu disebut namanya dalam sejarah budaya orang Khmer, dan sebagainya. Honestly, bila aku baca setiap artikel dalam blog dia, aku jadi BANGGA. Untuk kali pertama, aku kagum dengan orang melayu. Orang melayu punya empayar sampai Madagascar, menguasai perdagangan dunia pada masa tu. Seriously, kalaulah setiap orang melayu menguasai pengetahuan sejarah yang sebegini, pasti kita boleh menyangkal tuduhan bodoh InDOGneSIAL yang kita ini pencuri budaya. Aku nak cerita banyak pun tak guna, aku bukan pakar sejarah. Dipersilakan la godek blog beliau.

Point aku di sini ialah, apa gunanya belajar kat sekolah? Dalam internet kita bleh dapat maklumat yang lebih banyak dan menyeluruh. Jangan salah faham maksud aku, bukannya aku nak mengutuk pendidikan di sekolah ataupun nak sarankan korang tak payah pergi sekolah. Sekolah tuh masih penting. Lagi elok korang belajar ilmu yang sedikit di sekolah. Daripada jadi makin bodoh, tak belajar apa-apa sebab tak sekolah. Makin aku jelajah dunia internet, makin aku rasa belajar di sekolah adalah semata-mata untuk LULUS PEPERIKSAAN. Kenapa nak lulus peperiksaan? Sebab nak MASUK UNIVERSITI. Kenapa nak masuk universiti? Sebab nak senang DAPAT KERJA. See!? Tak ada ke orang mempelajari sesuatu bidang tanpa memikirkan kesenangan hidupnya pada masa akan datang? In shorter words, BELAJAR DENGAN IKHLAS? Aku mula sedar benda nih sejak habis Diploma in Music. Seriously, music?? Aku nak kerja apa nanti? Macam mana masa depan aku nanti? Mampu ke aku bagi anak bini aku makan? Atau lebih extreme lagi, adalah aku akan terlibat dengan alkohol, dadah dan maksiat?? Adakah aku akan malukan nama mak bapak aku?? Itulah pandangan skeptik orang-orang di sekeliling aku.

Adakah kita harus belajar semata-mata untuk mendapat peluang pekerjaan nanti? Aku pun terfikir nak kerja apa nanti, macam mana masa depan aku nanti. Tapi aku sangat seronok belajar muzik. Memang tension sebab aku belajar dari zero basic ke tahap sekarang dalam masa yang sangat pendek. Pencapaian aku taklah tinggi sangat, tapi cukup untuk aku sendiri banggakan dan untuk aku sendiri berseronok. Yupp, aku seronok belajar muzik. Lebih seronok lagi bila aku kosongkan otak dari soalan-soalan skeptik tadi. Muzik adalah satu benda baru bagi aku, mengenali setiap perincian bunyi yang ada dalam setiap komposisi adalah pleasure bagi telinga aku. Masa depan telah ditentukan oleh takdir, kenapa perlu risau? Setiap takdir yang ditentukan adalah yang terbaik dan selayaknya untuk kita, tidak kira cerah atau gelap. Kita hanya perlu risau hanya jika banyak sangat buat lahanat dengan orang. Haw haw haw haw.

Aku cukup kagum dengan sistem pendidikan di barat. Mereka ajar anak-anak mereka semua benda semasa kecil. Seiring dengan tumbesaran mereka, ibubapa akan mengenalpasti minat mereka cenderung ke arah mana. Trust me, small kids are the most genius creature, they learn wickedly damn fast. Kemudian mereka akan fokus kepada bidang yang diminati anak mereka, dan menyogok sepenuhnya ilmu yang berkaitan, sehingga anak mereka menjadi pakar dalam bidang tersebut dalam usia muda. Bukan macam di Malaysia ini. Depa nak kita pandai dalam semua benda. Nak kita terer sejarah, terer matematik, terer sains, terer SEMUA. Sampaikan kami TAK TAHU NAK FOKUS KAT MANA. So, instead of SALAHKAN PARA GRADUAN BILA KADAR PENGANGGURAN MENINGKAT, TUDUH GRADUAN TERLALU MEMILIH, and patut jengah semula ke dalam sistem pendidikan yang ada. Kenapa nak PAKSA KITA PANDAI DALAM SEMUA BENDA? Kami semestinya ada spesific field yang kami sangat minati, tapi di peringkat sekolah tak ada pilihan sebegitu. Pandai atau bodoh anda hanya ditentukan oleh PEPERIKSAAN. Kalau lulus, PANDAI. Kalau gagal, BODOH.

Mari kita lihat tokoh-tokoh bijaksana. Ermm... Kita ambil contoh tokoh yang dekat dengan trend sekarang. Mendiang Steve Jobs dan Mark Zuckerberg. Steve Jobs telah mempatenkan ciptaan-ciptaannya seperti iPhone, iPad, iPod, Macbook yang menjadi kegilaan para iFags. Setiap device ciptaannya tidak mempunyai masalah-masalah cliche yang seringkali mengjangkiti computerize device yang lain. Tak lembab, menu list yang simple, easy navigation, fun-to-use applications, simple yet stylistic designs. Mark Zuckerberg pula telah mencipta sebuah laman sosial yang sangat digemari, senang digunakan dan up-to-date. The similarities between these two persons? They are both college dropout. Why? They found something they love. They are willing to let go everything for the things they love, and I'm pretty sure they don't even have a clue how their future gonna turn out. They just keep doing the things they like tanpa memikirkan pun kritikan masyarakat sekeliling terhadap mereka, hingga akhirnya ia menjadi sebahagian besar dari hidup mereka, menjadi periuk nasi mereka, menjadi jalan untuk mereka menyampaikan jasa. Sorry for crappy English.

Bukanlah aku nak cakap kita tak perlu belajar di sekolah untuk jadi pandai dan berjaya dalam hidup. Mereka berjaya dalam hidup tanpa menghabiskan pembelajaran hanya kerana mereka berusaha dan bernasib baik. Memang kita perlukan jaminan untuk kita hidup di hari-hari yang mendatang, tapi kita tak harus terlalu mengejar keduniaan. Buatlah apa yang buatkan kita gembira dan nikmat, Selagi tidak melanggar agama dan norma hidup. SUCCESS TO ALL KNOWLEDGE LOVERS.

Sorry for my harsh words and my sentences yang seakan mengutuk, but these bad words describes me and my feelings the best. Jika ada yang tersinggung, sorry in advanced.

A quote from my Bahasa Melayu teacher, Mr. Haili Maharup:
Gunung tidak pernah mendabik dirinya indah dan menawan, tapi kita yang melihat saja dapat menilainya indah dan menawan.