Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.
 |
| "Agi idup Agi ngelaban"
|
Moto famous orang Iban, yang rata-rata orang negeri lain pun tahu.
Selagi masih hidup, selagi itu berjuang. Lebih kurang macam itulah maksud dia,
I'm not sure because I'm not a good Iban speaker. Ada jugak kawan-kawan aku yang tanya,
"Apsal tak reti cakap Iban pulak? Tu kan bahasa Sarawak". Let me explain something. Dekat Sarawak ni ada
banyak etnik, sub-etnik apatah lagi. Kita ambil contoh etnik
Melayu Sarawak. Jangankan daerah,
kampung yang berlainan pun slangnya sudah berbeza. Paling ketara adalah
bahasa Melayu Sarawak di Kuching dan
bahasa Melayu Sarawak di beberapa tempat di bahagian utara seperti
Miri, Limbang dan Lawas. Memang berbeza. Ini kerana tempat-tempat tersebut
bersempadan dengan Sabah dan Brunei, slang mereka dipengaruhi oleh dua tempat tersebut. Itu baru
bahasa Melayu Sarawak, belum lagi bahasa yang lain seperti
Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Kedayan, Melanau dan sebagainya. Kes ini samalah macam
Taiping dan
Kuala Kangsar. Dua-dua
dalam negeri Perak, tapi
orang Taiping bertutur slang orang utagha.
Apa kes aku
meraban buat entry pasal negeri sendiri ni? Saja je. Lagi pun ini
malam terakhir aku kat Kuching sebelum berangkat ke Shah Alam esok pagi. Ingatkan nak
hold dulu, tunggu 16 September baru post. Tapi kalau nak
tunjuk rasa sayang kat Ibu Pertiwi, bila-bila masa pun boleh kan, tak perlu tunggu. Entry ini boleh juga dikatakan
response kepada sebuah entry di
Buasir Otak. Panas jugak topik tu. Tapi entry aku ni bukanlah nak
bincang tentang sentimen ke apa, aku just nak taip
info tentang negeri asal aku. Bila aku
"bekerja" untuk siapkan entry ni, barulah aku sedar
banyak lagi benda yang aku tak tahu tentang negeri aku rupanya. Eheh.
Inilah
bendera negeri Sarawak. Yang sebenarnya. Notis untuk semua rakyat Malaysia,
khususnya rakyat Sarawak sendiri. Design bendera yang asal mempunyai
warna kuning dan merah yang serupa dengan motif Bangsa Iban, bukanlah solid yellow atau solid red. Bintang bucu sembilan juga seharusnya seperti di atas.
Bucu yang bertemu hujungnya dengan sempadan warna hitam merah harus menghadap ke atas. Info ini aku dapat dari
sini. Di bawah ialah
contoh design bendera Sarawak yang salah.
Masa aku
PKLN dulu, pernah jadi
satu kes yang mana
budak KL yang ditugaskan pasang bendera kena sound sebab pasang bendera terbalik. Warna merah ke atas, warna hitam ke bawah. Hahahahah
Ok, enough with the notice. Mari aku ceritakan pulak
maksud-maksud yang terdapat dalam design bendera Sarawak.
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis. Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
Info tambahan: Sarawak kini terbahagi kepada sebelas bahagian selepas Betong dan Mukah diumumkan menjadi bahagian pada tahun 2005. Semua info ni aku dapat dari sini.
Next, Sarawak anthem. I don't know why, tapi selepas aku
belajar music composition, bila aku
dengar balik lagu ni, arrangement dia sangat simple yet awesome. Yang versi baru
tak sedap, itu pada telinga akulah. Aku terdengar ada orang cakap, dalam banyak-banyak
anthem negeri,
anthem negeri Sarawaklah yang paling panjang. Betul ke? Aku tak pernah dengar
anthem negeri lain. Eheheheh
This song was composed by Late Dato' Wan Othman Bin Wan Hamid and the lyric was written by Ismail Hassan. Sarawak born Wan Othman Hamid was a well known song writer of of his era. He was conferred the state award which carries the title Dato' by His Excellency The Head Of State of Sarawak.
Thanks to Youtube commentator arie27486 for the information.
IBU PERTIWIKU
Sarawak tanah airku
Negeriku tanah airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku
Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibah sentiasa
Bersatu berusaha berbakti
Untuk Sarawak ku cintai
Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan maha esa
Kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat
Sekarang aku nak taipkan
cerita-cerita sejarah Sarawak yang orang ceritakan dekat aku. Cerita ini aku
dengar saja ya, bukannya aku dapat dari mana-mana buku rasmi.
First,
bagaimana Sarawak mendapat nama. Semasa
White Rajah hendak memerdekakan Sarawak (aku tak pasti yang mana satu atau siapa nama dia), beliau berkata kepada
wakil parti-parti politik tempatan ketika itu,
"Serah kepada awak". Hence, disingkatkan bunyinya jadi
"Serawak". Tapi oleh kerana dalam
ejaan jawi tidak ada beza antara
"se" dengan
"sa", ketika
transisi dari tulisan jawi ke tulisan rumi, nama negeri ini
dieja sebagai "Sarawak". Sebab itulah kalau didengar,
majoriti rakyat menyebut "Serawak". Tetapi ejaan
"Sarawak" sudah menjadi rasmi, dan aku sendiri lebih
prefer "Sarawak" over "Serawak". Sounds official. Kesahihan cerita ni
aku tak dapat nak pastikan. Cerita
versi lain macam mana Sarawak dapat nama pun ada jugak, cuma aku dah lupa.
Second, cerita bagaimana
Kuching, tempat aku tinggal sekarang
mendapat nama. Cerita ini pun
ada banyak versi jugak. Ada yang kata tempat ni
dinamakan Kuching sebab tempat ni terdapat banyak buah mata kucing. Ada jugak yang kata tempat ni dulu
banyak kucing liar, kucing hutan dan sebagainya. Tapi
cerita tu masih tak kukuh sebab orang Sarawak sendiri menyebut kucing sebagai "pusak". Apsal pulak nak
namakan tempat ni dengan bahasa Tanah Melayu, kalau pengaruh Tanah Melayu belum meluas lagi di Borneo ketika itu? Lagi pun,
sudah ada tempat bernama Pusa di Sarawak ketika itu.
Cerita
Pusa ini pula, ketika itu
White Rajah dengan sekumpulan penduduk tempatan meneroka sebuah tempat, lalu
menemui sebatang sungai. White Rajah menuding jari ke arah sungai dan bertanya,
"Apa itu?". Ada jugak versi yang mengatakan
White Rajah bertanyakan,
"Bagaimana menyebut benda itu dalam bahasa kamu?". Tak
sure mana satu yang betul. Kebetulan ketika itu,
seekor kucing melintas di depan mereka. Ketua penduduk tempatan tadi
menyangkakan White Rajah menunjuk ke arah kucing tersebut, lalu menjawab,
"Pusak, tuan". Arakian, dinamakanlah tempat tersebut sebagai
Pusa. "Pusa" ialah ejaan rasmi, tempat tersebut masih lagi
disebut sebagai "pusak".
Berbalik kepada cerita
Kuching pulak, aku
mendapat jawapannya ketika menonton sebuah rancangan sejarah di TV1. Pada
zaman kegemilangan Nusantara sebagai perhentian dan stesen perdagangan yang terkenal, pelabuhan utama Brunei terletak di mana Kuching sekarang. Banyak
pedagang antarabangsa yang datang berdagang di situ,
paling ramai adalah dari China. Dalam
bahasa Cina, pelabuhan disebut sebagai
"Koh-ching" (anyone tell me if I'm wrong). Sebutan tersebut melekat di kalangan rakyat tempatan. Apabila
pengaruh Tanah Melayu telah meluas di Sarawak (yang ketika itu ialah daerah-daerah jajahan Brunei), para pedagang dari Tanah Melayu menyangka tempat tersebut bernama "Kucing", dan nama itu terus melekat dan
dieja sebagai "Kuching". Macam
ejaan orang lama-lama dulu, letak
"H" selepas
"C".
Ini sajalah yang aku boleh kongsi setakat ini. Nak kongsi banyak lagi, ceritanya tak kukuh. Lagi pun pengetahuan aku masih cetek. Harap entry ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan negeri aku di mata rakan senegara aku yang lain. Kalau kami emo dalam sesetengah isu, tak payah ambil hatilah. Orang Sarawak yang duduk kat Semenanjung kena ejek setiap hari pun cool lagi. Macam korang jugak, nenek moyang kami pun berjuang untuk kemerdekaan. Dan aku yakin, joining Persekutuan Melayu is not a mistake like some people claimed. Be matured people.