Monday 18 August 2014

Dilemma collectors

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh

          Ini adalah antara soalan-soalan lazim yang selalu diajukan oleh golongan tertentu kepada warga collectors.

"Buat apa kumpul benda tak berfaedah ni? Pasang-pasang pas tu biar je. Nak main tak boleh, display je, buat apa?" -Seorang perempuan yang mempunyai koleksi lebih 50 pasang kasut, menempah lebih dari lima pasang baju setiap kali raya, dan beratus-ratus kain tudung dari pelbagai jenama, yang di antaranya dipakai hanya sekali seumur hidup, atau tak dipakai langsung sebab tak ingat ada dalam koleksi rupanya.

"Lu beli benda ni buat apa bro? Bukannya ada manfaat pun, buat habis duit je." -Seorang stoner yang berhutang dengan lebih 10 orang untuk menampung ketagihan ganjanya, dan telah dihalau dari pelbagai rumah sewa kerana tabiatnya.

"Ente kumpul benda ini buat apa? Ente tahu tak yang segala jenis patung itu haram, malaikat tak masuk rumah. Rumah jadi tak berkat, tak dapat rahmat Allah SWT. Mendirikan patung di dalam rumah samalah seperti menyembahnya, Mashaa Allah." -Seorang warak yang tak pernah tinggal sembahyang, tapi sering mengutuk penganut agama lain kerana mereka kafir, mengutuk orang yang tak semazhab dengannya, dan racist dan tak pernah berkawan dengan orang lain selain yang sebangsa.

          *sigh* Tak tahu nak jawab macam mana. Senyum je lah response yang ada.

No comments:

Post a Comment