Sunday 10 February 2013

Ideologi

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Ini adalah pemikiran stereotaip masyarakat kita.

Dekat sekolah mesti rajin belajar.
Kenapa?
Nanti jadi pandai.
Kenapa?
Nanti lulus periksa. 
Kenapa?
Nanti dapat result elok.
Kenapa?
Nanti dapat masuk universiti.
Kenapa?
Nanti senang dapat kerja.
Kenapa?
Nanti boleh bantu keluarga, dapat banyak duit, hidup senang.

Seriously, kalau anda tanya budak-budak yang masuk universiti, kenapa diorang pilih bidang-bidang sekian, kebanyakan jawapannya mesti macam ni: "Job prospect untuk bidang ni luas, nanti senang nak dapat kerja. Ada pendapatan tetap, senang nak jadi kaya". Tak pun ayat last tu boleh tukar dengan ayat ni, "Nanti boleh bantu keluarga".

Sangat kurang jawapan macam ni, "Memang minat bidang ni. Nak explore dan belajar dengan lebih mendalam lagi tentang bidang ni."

Jawapan kedua tu biasanya dari penuntut kursus-kursus seni. Betul tak? Seriously aku nak tanya, korang-korang yang bagi jawapan pertama tu, tak rasa terpaksa ke bila belajar sesuatu bidang korang tak minat? Memang selalu aku dengar, minat boleh dipupuk. Tapi disebabkan belajar tanpa minat itulah, aku tengok, banyak gejala-gejala seperti tak pergi kelas, suruh kawan sain attendance, ulangkaji setakat cukup syarat, buat thesis copy dari orang lain punya, meniru dalam test, dan macam-macam lagi.

Students yang macam nilah orang kata graduan tak berkualiti. Graduan cap ayam. Lulusan universiti, tapi bila dah bekerja, kualiti kerja tak memberansangkan. Jadi la kes ampu-mengampu, sebab tahu yang diri tu tak mampu buat sesuatu kerja, tapi nak jugak naik pangkat.

Okey, aku bagi contoh. Seorang pelajar ni belajar bersungguh, buat thesis sendiri. Conduct research sendiri. Siapkan thesis bagi cantik-cantik, kulit tebal, kemas-kemas untuk tatapan examiner. Yang sorang lagi asyik berfoya, habiskan duit PTPTN untuk beli smartphone, belanja awek tengok wayang, bawak awek tidur kat hotel dan macam-macam lagilah. Bila dah dekat tarikh submit, copy and paste thesis entah siapa punya, edit ayat supaya tak nampak sangat macam plagiat, dan hantar kepada examiner.

I can tell you one thing: Kedua-dua pelajar tersebut berjaya mendapat result above 3.5, walaupun setiap seorang menunjukkan effort yang berbeza. Masalahnya, examiner nampak ke effort yang pelajar tu tunjukkan? TAK. Yang dia nampak, thesis yang dihantar tadi. Kedua-dua pelajar ni berada dalam kelas pertama bila graduate.

Satu benda yang kita tak tahu, kebanyakan majikan yang nak ambil pekerja, mereka tak perhatikan result. Katakanlah pelajar A; yang tunjuk effort lebih tadi dapat 3.8, pelajar B: yang suka berfya-foya tadi dapat 3.58. Bagi majikan, kedua-duanya sama taraf sebab kedua-duanya dalam kelas pertama. Majikan mana ada tengok pointer. Macam mana kalau pelajar B tadi pandai mengampu? Sudahnya, lenyaplah peluang pelajar A yang berusaha gigih tadi.

Aku nak tanya korang, ADIL TAK? 

Malam ni aku taip benda ni sebab nak melepaskan geram sebab perkara ni berlaku kepada aku. Dalam satu subjek ni, aku tak pernah miss buat assingment sebab aku sukakan lecturernya. Dia mengajar memang relax, aku pun faham. Orangnya pun baik jugak. Jadi aku hormatkan dia, aku tak nak miss assignment dia walau pun assignment untuk kelas lain aku malas buat dan selalu tangguh. Tapi disebabkan dalam kelas aku ni seorang yang sangat pendiam, aku jadi sangat invisible di mata dia, sampaikan nama aku pun dia tak ingat.

Lagi sorang ni pulak, mulut manis. Dalam satu semester, ada la sekali dua ponteng kelas. Alasannya, dia bekerja. Okey, aku tahu dia memang banyak job sana sini, logik la jugak. Pernah beberapa kali jugak tak siap assigment, tapi biasalah, bagi alasan klise. Lupa kat rumah. Terlupa masukkan dalam beg. Tapi disebabkan dia pandai beramah mesra dengan lecturer ni, dia jadi anak emas. Bila bergurau dalam kelas pun selalu sebut nama dia. Bila jumpa kat luar siap tegur lagi. Kalau aku, tegur kat luar, tapi nak sebut nama, tak ingat.

Pernah satu hari tu, aku miss kelas dia sebab aku demam. Kebetulan pulak aku demam pada hari yang kelas dia diadakan. Aku pulak tak ada MC, sebab demam tu baik dalam masa beberapa hari saja, so aku tak pergi klinik. Bazir duit je pergi. Sejak hari tu, dia sentiasa aim aku, sebagaimana dia aim budak-budak repeaters. Sejak kejadian tu barulah dia ingat nama, tapi sebagai seorang yang bermasalah la.

Aku still tak miss buat assignment dia, dengan harapan kali ni dia nampak effort aku. Tapi satu hari tu aku tersilap print assignment, so assignment yang aku buat tu salah la. Bila dia check tu, tarikh dan soalan dalam assignment tak sama dengan orang lain punya. Dia terus marah aku walau pun aku cuba nak explain. Dia marah aku sampaikan aku tertunduk ke bawah macam budak umur tujuh tahun.

Paling aku sakit hati, sebelum kelas tu bermula, ada kawan-kawan sekelas yang tiru assignment aku, sebab diorang "tak sempat" buat malam sebelumnya. Sementara aku sedang dimarah tadi, yang tiru assigment aku yang salah tadi semuanya pergi print dan siapkan assignment yang betul tu siapkan cepat-cepat. Hasilnya? Diorang selamat, dan aku DIHALAU dari kelas.

Sakit hati sial! Dah dua semester aku belajar dalam kelas dia, tak pernah sekali pun aku miss attendace dan assignment dia. Pasal satu hari tu je, aku terus dihalau. Sebab aku sakit hati sangat, lepas kena halau tu, aku langsung tak jenguk kelas dia. Okey, salah aku sebab tak report dengan koordinator program dan tak mintak drop subjek. Tapi koordinator boleh buat apa je kalau aku report? Mesti dia brainwash aku balik, cakap ini semuanya salah aku secara tak langsung. Klise. Tapi, point dia kat sini, dia tak nampak ke effort aku? Kenapa yang pandai mengampu jugak yang selamat? Yang jujur dan buat kerja tak dipandang langsung?

Macam yang aku taip kat atas tadi, examiner atau lecturer memang tak nampak effort kita. Apa yang diorang nampak hanyalah apa yang kita hantar pada diorang, dan siapa kita di dalam kelas. Baik aku tak payah belajar bersungguh-sungguh, tiru je assignment sapa-sapa. Subjek yang aku ceritakan tadi bukanlah subjek dari course muzik, tapi subjek compulsory dari kampus induk. Kalau tak lulus subjek ni, tak boleh graduate. Lagi la sakit hati bila repeat subjek yang macam ni. Lagi satu hal pulak semester depan aku nak kena jumpa dia lagi. Haishh.

Macam takde kaitan je dengan apa yang aku taip mula-mula tadi dengan cerita aku ni. Dalam melepaskan marah aku ni, dah hilang idea aku nak taip apa. Tapi itulah, perkara-perkara macam nilah yang buatkan aku putus semangat dah nak teruskan belajar. Lagi pulak, sekarang aku tengah buat praktikal sambil bekerja part time. Aku dah mula rasa kemanisan bekerja, merasa dapat payment. Jumpa orang luar yang berpengalaman, yang aku rasakan pengalaman mereka lebih berguna untuk aku pelajari dari kebanyakan benda yang lecturer cakap dalam kelas. Merasa buat job luar. Aku dah sampai tahap nak quit dah, tapi bila fikirkan parent, lupakan nafsu tu. Alang-alang habiskan degree ni. Seksa macam mana pun, teruskan jugak walau pun perlahan. Hadap jelah muka lecturers yang pandang sinis kat aku tu.