Friday 25 January 2013

Nazi tatabahasa (?)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Jika anda biasa melayari laman web jenaka seperti 9gag.com, malah mungkin dalam Facebook itu sendiri, pasti anda mengenali golongan "Grammar nazi" ini. "Grammar nazi" adalah mereka yang secara automatiknya akan memperbetulkan kesalahan grammar yang terdapat dalam post seseorang itu, sama ada berniat untuk menegur atau memalukan.

Oleh kerana bahasa Inggeris ialah bahasa pengantar seluruh dunia, maka ramai yang boleh menuturkannya, tak kurang juga dengan cara yang salah. Mungkin, kerana itulah golongan "Grammar nazi" ini merasakan mereka perlu ke depan, menunjukkan cara yang betul.

You know what, eh... Anda tahu tak, dari apa yang aku perhatikan di alam maya, bahasa kita sendiri juga SANGAT-SANGAT memerlukan "Grammar nazi" ini. Atau... Nazi tatabahasa. "Nazi" ada maksud ke dalam bahasa Melayu?

Antara yang paling kerap kita lihat ialah penggunaan "paling", "ter" dan "di". Kita teruskan dengan contoh di bawah:

Paling baik
Terbaik

Kedua-dua perkataan atau frasa tersebut membawa maksud the best dalam bahasa Inggeris. Ini satu lagi contoh:

Paling dikenali
Terkenal

Kedua-dua perkataan atau frasa tersebut membawa maksud most known/famous. Ini adalah contoh kesalahan yang selalu dilakukan:

Paling terbaik
Paling terkenal

Apa jadi bila kita campurkan sekali "paling" dan "ter"? Aku tak tahu bagaimana pemahaman korang, tapi ini apa yang cikgu aku ajar. "Paling" dan "ter" dalam satu frasa adalah redundant. Contohnya, paling terbaik akan membawa maksud the bestest dalam bahasa Inggeris. Apakah perlukah kita menambah "est" di belakang "best", sedangkan "best" itu sendiri membawa maksud yang tertinggi?

Biggest Best Heaviest
Bigger Better Heavier
Big Good Heavy

Macam itu juga dengan bahasa Melayu. Penambahan "paling" di depan sesuatu perkataan yang menyatakan sifat menggambarkan ia adalah yang terbaik dalam kumpulannya. Dan seperti yang kita tahu, "ter" adalah pengganti untuk "paling", bukan untuk ditambah selepas "paling". Jika "paling" dan "ter" digabungkan sekali, tak ke melebih-lebih tu? Macam... Lebih sudu dari kuah. (tiba-tiba)

On a site note, "ter" juga bermaksud "tak sengaja" jika digabungkan dengan perkataan yang menggambarkan perbuatan. Contoh:


Terpukul
Tercampak
Terlihat
Terjatuh
Terpaku dan terpana (hah!?)

Next word, err... Perkataan seterusnya, "di". Ini yang paling banyak orang salah gunakan. "Di" digunakan untuk dua situasi.

Situasi pertama ialah perbuatan. "Di" yang diletakkan di depan perkataan yang menggambarkan perbuatan HARUSLAH DISAMBUNGKAN. Contoh:

Disebat
Dibasuh
Dipandu
Ditutup

Situasi kedua ialah tempat. "Di" yang diletakkan di depan arah atau tempat HARUSLAH DIJARAKKAN. Contoh:

Di sana
Di Kedah
Di sekolah
Di bawah

Kalau korang faham dengan penerangan aku, sila detect, err... Sila kesan kesalahan di bawah:

Tayar ada di jual disini.

Ayat ni memang selalu kita nampak tepi jalan, disembur dengan pewarna kat divider jalan tu.

Kenapa aku buat entry ni? Kerana aku orang Borneo, tapi dalam kalangan kawan-kawan aku, akulah yang paling mengambil berat tentang salah dan betulnya bahasa ibunda mereka ni. Aku pun pelik kenapa mereka tak endah langsung dengan bahasa sendiri.

Bukanlah aku rasa aku ni bagus sangat, sampai nak tegur orang lain dalam berbahasa. Aku sendiri pun banyak campur adukkan perkataan Melayu dan Inggeris bila bertutur dan menaip, tapi sekurang-kurangnya aku menunjukkan inisiatif dalam menggunakan bahasa yang betul. Eja pun eja penuh-penuh, tak pernah guna shortform, kalau korang perasan la. Kenapa orang Melayu seakan tak kisah merogol bahasa sendiri?

Nak kata aku tak pernah buat kesalahan tatabahasa, itu mustahil la. In fact, dalam entry ini sendiri pun ada banyak kesalahan tatabahasa, selain daripada yang diterangkan dalam tajuk. Tapi, "paling", "ter" dan "di" benda yang terSANGAT-SANGAT OBVIOUS, tapi masih jugak disalah gunakan. Pelik.

Oh, last but not least, ini entry yang aku taip dulu, juga berkaitan dengan bahasa. Sekurang-kurang aku tunjukkan sedikit keprihatinan terhadap bahasa tercinta kita ni. Well... at least,



Sunday 13 January 2013

Blues untuk aku

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Curi artwork jap.

Sehingga sekarang, aku masih dalam "blues state". Tak tahu kenapa, cinta yang kali ini amat mendalam kesannya. Tapi, rasanya aku seorang saja yang merasa macam ni, aku yakin dia dah tak fikir pasal aku dah. Good for her.

Macam aku merapik dalam entries yang sudah-sudah, nasib baiklah aku ada kawan-kawan yang sedia buat aku happy bila aku bersedih. Semalam birthday dia, aku rasa sedih sangat. Dah takde lagi dah aku nak bawak dia keluar, makan-makan, lepak-lepak kat Waterfront Kuching, tengok orang lain dating, tengok mak bapak kejar anak-anak yang lari macam lipas kudung, sembang benda merapu, macam-macam lagilah.


Rasa rindu gila nk balik Kuching, tapi aku nak lari dari perasaan sendiri.

Mungkin sebab sepanjang aku bercinta, dia dah aku jadikan sebahagian besar dari hidup aku. Jadi bila aku dah berseorangan sekarang, aku rasa banyak sangat perkara yang kurang. Kebetulan semalam birthday dia, jadi masa lepak dengan kawan-kawan, diorang perasan aku sayu semacam. Walaupun aku tak bagitahu diorang apa-apa, diorang tau aku tengah "blues" dan ajak aku layan C.O.D. Seronok jugak rasa hati walaupun kadang-kadang sakit hati jugak. Baru spawn 2 3 saat dah kena bunuh balik. Tau la aku ni noob main game. Heheh

Game yang sangat gian.

Tapi tulah, kawan-kawan ni bukannya sepanjang masa available untuk aku. Tu jugak antara sebab aku ada blog ni, nak taip dan luahkan benda-benda yang terbuku di hati. Siapa-siapa baca blog ni, memang banyak entry jiwang.

Tapi selain blog ni, banyak jugak cara aku nak lupakan kesedihan. Antaranya, hobi akulah. Aku baru lepas start pasang model MG Ex-S yang aku beli tahun lepas. Baru siap core fighter aku dah give-up dah. Gila banyak runner, pening kepala aku tengok. Oleh sebab sekarang hobi aku terpaksa dibekukan buat sementara waktu, aku tak ada model baru. Model HG yang harga RM47 pun aku tak mampu beli sekarang ni. Huhu

Ilustrasi Ex-S. Tengok design dia, korang boleh tahu kenapa aku malas nak pasang.

Ada lagi caranya aku nak lupakan kesedihan, dan aku yakin semua orang buat benda ni. LAYAN LAGU. Betul tak? Heheheh. Ni antara lagu-lagu yang aku layan. Supaya korang faham kenapa aku dengar lagu-lagu ni untuk layan "blues", liriknya aku bagi sekali.




   

Ahmad Band, Sudah
Dinda, semua berakhir sudah
Segala rasa yang telah tertuang
Semua jadi kenangan
Manis mungkin hanyut berdua

Di dalam kekosongan
Mata hati ini

Tak satu pun yang ku sesali
Malahan semua hiasi hidup
Mungkin setitik perih yang ada
Mendewasakan aku dan kamu

Dinda, jangan sesali ini
Kamu masih cantik seperti dulu
Saat pertama kali kita jumpa

Dinda, semua berakhir sudah
Meskinya semua terangkum dan

Tak satu pun yang ku sesali
Malahan semua warnai hidup
Mungkin duri yang pernah tertancap
Mendewasakan aku dan kamu

Agar terus dapat melawan badai
Untuk terus dapa melawan badai





George Micheal, Careless whisper
Time can never mend the careless whisper of a good friend
To the heart and mind, ignorance is kind
There's no comfort in the truth, pain is all you'll find

Should've known better

I feel so unsure as I take your hand and lead you to the dance floor
As the music dies, something in your eyes calls to mind the silver screen
And all its sad goodbyes

I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Thought it's easy to pretend
I know you're not a fool

I should have better than to cheat a friend
And waste a chance that I've been given
So I'm never gonna dance again
The way I dance with you

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe It's better this way
We'd hurt each other with the thing we wanna say

We could have been so good together
We could have lived this dance forever
But now who's gonna dance with me, please stay

Now that you've gone
Was what I did so wrong
So wrong that you had to leave me alone




Search & Awie, Nur Nilam Sari
Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
Buat ku merempuhi malam
Kabus berlalu bagaikan awan
Mengaburi penglihatan

Menyekat maksud di sempadan redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat berlindung dalam lena, pejamkan mata
Untuk ku lupakan sengsara
Berapa kerdipan melaraskan jiwa
Menyusul ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat buat diriku yang hina
Manusia terpinggir melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya

Mungkin kalau nasibku berbeza, aku tak mampu menilaikan dikau

Aku berani
Berani aku katakan dirimu itu dewi kayangan

Peperangan yang melanda diriku kini sudah berakhir
Kepahitan dulu bertukar menjadi sebuah sejarah dan kenangan manis






Voices of Euphonious (V.E), Detik Bersama
Indahnya detik pertama kau melukis warna mimpi hatiku
Hanya kau yang aku tunggu-tunggu
Biarkan aku bersamamu, niarkan aku terlena dalam dakapanmu
Hanya kau yang selalu aku rindu

Dalam tidurku terjaga, impikan kasihmu bersamaku
Terlena daku kembali, kau pulang padaku
Kehadiranmu 'kan membawa erti rindu

Di sini bermulanya detik bersama, kasih di antara kita berdua bermula
Segalanya akan ku semadi lagi
Di sini bermulanya detik pertama kau melafazkan rindu dan kata bahagia
Kau bawaku ke awan yang tinggi
Kau bertakhta di hati

Detik bersama

Katakan saja nalurimu, bawalah daku menemanimu, membelai jiwa manismu
Hanya kau yang selalu aku tunggu
Inginku menatap wajahmu
Takkan ku melepaskan peluang untuk bersama selamanya
Hanya kau yang selalu aku rindu

Ingin aku dibelaimu, ingin aku bersamamu
Tak ingin ku kehilangan dirimu




Banyak lagi lagu aku nak share sebenarnya, tapi takkan la nak letak semua dalam satu entry. InsyaAllah nanti aku share lagi. Mesti ada yang pelik, tajuk "blues" tapi takde lagu blues pun. Dalam entry ni, aku refer blues sebagai jiwang/sedih.

Saturday 12 January 2013

Saegil cukaeyo 23

Salam sejahtera.

In few hours from the moment I've started typing, it'll be 13th of January. Your birthday. Happy birthday to you.



This is the entry i've wrote for you last year.

You know what, I wish I can still say the same thing to you. I wish I can still call you love.

It really hurt when you still have the feelings for a person who don't love you back. Who doesn't even want to talk to you.

Happy birthday. May god bless you.

Saturday 5 January 2013

Kebodohan terang-terangan.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Entry kali ini aku nak kompilasikan orang-orang bodoh yang aku pernah jumpa.




#1 Tukang komplen bodoh:

"KFC ni penipu betul. Dalam iklan, udang dia sama besar dengan ayam, sampai penuh pinggan. Ni bila beli, kecik nak mampus."



Ni soalan aku. Pernah ke dalam seumur hidup kau, kau nampak udang yang sama besar dengan seketul ayam? Udang galah pun jadi kecik bila dah kopek kulit.


#2 Cashier bodoh:

Bawak barang ke kaunter. Bayar. Hulur tangan nak terima baki.

Tapi cashier campak duit ke atas kaunter.

cashier.jpg (413×310)


Aku dah rasa macam pengemis dah, hulur tangan orang campak duit.


#3 Pemandu bodoh:

Bila terjadi accident, "Celaka punya malaun, tak reti bawak kereta jangan drive la!! Habis jahanam kereta mahal aku!!"



Ni aku nak tanya, yang kau parking kat simpang dengan selekoh tu apahal? Yang kau nak masuk simpang sampai makan jalan lane kanan apahal? Masuk selekoh tak signal apahal?


#4 Perempuan bodoh:

"BaNyARk BetoWL LuCKy2 PervERT KomMEn Kt Piccies AQue!! MEnCi3!!!"



Gambar-gambar kat Facebook semuanya yang nampak lurah buah dada, pakai singlet tak pakai bra sampai nampak puting timbul, jelir lidah kat celah dua jari, kaki mengangkang luas terbentang. Dan paling bodoh, tak privatekan gambar.


#5 Budak-budak bodoh:



Mak bapak hantar pergi sekolah, tapi bila menaip, eja berterabur, tatabahasa apatah lagi. Contoh macam #4 perempuan bodoh tu taip la. Buat benda-benda bodoh, bergaduh pasal benda yang remeh.

Banyak lagi contoh, tapi ini je yang aku mampu ingat.