Saturday 28 July 2012

Cerita

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Hari ni aku sembahyang Tarawih lapan rakaat lagi. Heheh. Susah betul aku nak stay sampai Witir. Tapi yang menarik hari ni ialah, sembahyang Tarawih di masjid kali ini diimamkan oleh tetamu dari Palestin. Biasalah orang dari sana, kalau sembahyang memang khusyuk. Baca surah pun panjang-panjang. Sesuai dengan maksud sebenar Tarawih, iaitu "santai". Tapi terlalu malas untuk stay sampai habis. Bapak aku pulak stay. Bukan selalu dapat sembahyang berimamkan tetamu dari tanah Arab ni.

Apa yang menarik lagi, selain daripada mengimami para jemaah di masjid kami, tetamu tadi turut berkongsi pengalaman pahit mereka dijajah dan diseksa tentera Yahudi. Aku rasa ini benda menarik untuk dikongsi bersama, untuk pengajaran kita semua. Masa aku sampai, tazkirah dah pun bermula setengah jalan. Untuk pengetahuan semua, beliau menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab, kemudian diterjemahkan oleh seorang wakil.

Cerita pertama yang singgah ke telinga mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang dipotong kakinya oleh tentera Yahudi. Kerana apa, aku tak ingat pulak. Dia baling batu kat tentera tu, lebih kurang macam tu lah. Sebelum memotong kakinya, tentera tersebut bertanya, "Kau nak jadi apa selepas ni?". Budak perempuan tersebut menjawab, bagaimanapun bukan mengenai kesakitan kakinya yang akan dipotong sebentar lagi, tetapi seperti ini, "Bila besar nanti aku nak jadi seorang yang mahir dalam bidang penulisan. Dalam penulisanku nanti, aku akan ceritakan kekejaman kamu dan penderitaan kami kepada semua saudara seagamaku di seluruh dunia". No happy ending. Kaki budak perempuan tersebut terus dipotong. Sangat sadis, dan aku tersenyum sinis juga. Tentera Yahudi yang bersenjatakan senapang canggih, terkenal dengan entiti Freemason yang digeruni oleh dunia, dengan senangnya "pissed-off" oleh budak kecil. Sangat insecure. Itu ke kuat?

Cerita kedua yang disampaikan tetamu tadi pula berlaku dalam lingkungan 10-15 hari sebelum mereka berangkat ke Malaysia. Kisahnya ialah tentang seorang remaja perempuan yang akan menduduki peperiksaan akhir di tempat belajarnya. Rasanya macam SPM kita sini kot. Oleh kerana mereka sekeluarga terlalu lama tidak meluangkan masa bergembira bersama-sama, ayah remaja perempuan ini tadi mengumpul wang untuk membeli daging untuk mereka pergi berkelah di tepi pantai dan BBQ. Mereka pun berkelah, sehingga didatangi oleh sekumpulan tentera Yahudi. Tanpa soal, tanpa bicara, seluruh ahli keluarga remaja perempuan ini ditembak. Hanya beliau saja yang terselamat. Dari apa yang mereka dengar, remaja perempuan tersebut sudah pun menduduki peperiksaannya dan lulus dengan cemerlang, dan kini sedang bersiap sedia untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Bayangkan, ahli keluarga mati di depan mata. Keseorangan menempuh dugaan. Nak exam pulak tuh. Aku ni pun, baru putus putus cinta pun dah down gila. Perempuan ni memang kuat semangat, memang teguh iman dia.

Sebelum mengakhiri tazkirah dia, tetamu tadi menyampaikan pengalaman dia sendiri. Rupanya dia ialah bekas banduan yang dipenjarakan oleh tentera Yahudi tanpa sebab, selama lapan tahun. Lapan tahun. Tanpa sebab. Dia cakap, apabula terlalu lama dipenjarakan, dia berasa putus asa. Sampaikan suatu masa, dia terfikir akan rakan dan saudaranya yang di luar mendoakan kebebasannya. Alhamdulillah, dia bebas akhirnya.

Begitulah kisah mereka yang sangat mengharukan. Semestinya banyak lagi, tapi tak dapat diceritakan kerana masa yang diperuntukkan untuk memberi tazkirah terlalu pendek. Buat aku fikir sejenak. Aku hidup selesa kat rumah ni. Tak payah takut kena tembak dengan Yahudi. Itu pun aku tak sembahyang. Hmmm...