Friday 27 January 2012

Kepala ikan

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.


Kari kepala ikan. Macam la korang tak tahu.


Pernah dengar orang tua cakap "Jangan makan kepala ikan, nanti jadi bodoh"? Well, aku rasa mungkin betul kot.

Balik dari kerja tadi aku terus melahap nasi ngan ikan kembung, termasuk la dengan kepala dia sekali. Sekarang nih aku baru lepas mandi, masih tak pakai baju, on aircond ke suhu paling rendah, sedangkan kat luar tengah hujan lebat.

Bodoh?

Tak, itu sebenarnya ikhtiar untuk mendapatkan MC, sebab aku malas nak kerja esok. Haw haw haw haw


Saturday 21 January 2012

Bisnes

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Mari buat perbandingan.






MELAYU: Memiliki kedai runcit.

Pelanggan: Pak Aji, saya beli gula 2kg, nanti saya bayar k. Tengah sesak sekarang nih.
Pak Aji: Takpa, ada duit nanti hang bayaq la no.


CINA: Memiliki kedai runcit.

Pelanggan: RM14.20? 20 sen tu kira halal la Apek... Diskaun la sikit.
Apek: Haiya... Tak boleh itu macam ma. 20 sen pun duit juga, lagipun itu balang memang suda mulah ma.      You compare dengan kedai lain la tengok.



10 TAHUN KEMUDIAN...



MELAYU: Masih memiliki kedai runcit.

Pelanggan: Pak Aji, saya beli kopi ni, masuk buku 555 k.
Pak Aji: Tok hang!! Hutang gula 2kg 10 tahun lepaih pun tak bayaq lagi!! Jahanam bisnes aku!!


CINA: Memiliki pasaraya.

Pelanggan: Waa... Besar la lu punya supermarket, Apek. Maju la lu punya bisnes.
Apek: Ini semua lejeki tuhan ma. Sempena opening ini hali, gua bagi 20% diskaun untuk you!



So korang tak payah tanya kenapa kebanyakan orang Cina buat bisnes lagi maju dari Melayu. Post nih bukan apa, saja aku buat tribute to the coming Chinese New Year. Nak wish, aku takdak kawan Cina. Almaklumlah, aku kan racist.

Monday 9 January 2012

Tegur-menegur

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Akhirnya penyakit ini datang jugak kat aku; tak update blog. Biasalah, bila dah bekerja. Takde masa untuk semua benda. Aku pergi kerja, orang lain pun pergi kerja. Aku balik kerja, semua orang dah tido. Hari ni je ada masa sikit sebab kerja syif pagi. Aku plan nak sambung lagi komik aku tuh, tapi bila balik rumah je rasa penat dan malas.

Asalnya aku kerja nih sebab nak tambah duit. Aku ada duit simpanan, aku simpan duit sebab nak penuhi kehendak hobi aku. Tinggal sikit je lagi nak tambah, aku dah boleh beli model yang aku nak tuh. Tak tahulah kenapa, aku rasa aku guna lagi banyak duit bila dah bekerja. You know what, elok-elok dah duit cuma perlu tambah sikit je lagi, sekarang dah habis buat isi minyak dan makan waktu kerja. Aku dah rasa macam pointless kerja sekarang nih.

Lets move on to the main topic. Perhatikan situasi nih. Anda nasihatkan kawan anda, "Bro, moh le kite solat. Dah waktu dah nih, tak elok lambatkan solat". Kawan anda pulak jawab, "Alah, jap lagi aku solat la. Ko nak ceramah aku nih, macam la ko sendiri solat penuh 5 waktu".

Nampak tak apa yang aku nak sampaikan? Macam tulah orang kita. Bila kita tegur perbuatan dia, dia akan hujahkan point yang utarakan keburukan kita. Orang kita suka strike back dengan cara macam tuh. Kalau cara cendekiawan, mereka akan patahkan a point with another topic related point. Bagi mereka, hanya orang yang baik je yang layak tegur. Waima kalau seorang ustaz yang warak tegur mereka sekalipun, ustaz tu akan dituduh berpura-pura alim, suka jaga tepi kain orang, buat dosa kat belakang orang. Padahal niat dia elok je nak prevent kita dari buat dosa.

Kalau korang rasa orang baik je yang boleh tegur, aku tak tahulah siapa lagi yang layak tegur korang. Malaikat je yang layak agaknya. Macam yang aku taip kat atas nilah, sedangkan ustaz yang tegur korang dengan ikhlas pun korang tuduh dia macam-macam, apatah lagi orang gelandangan biasa macam kami nih. Ingat, takde manusia yang lepas dari buat dosa, kecuali Nabi Muhammad SAW, dah itu mukjizatnya. Tapi walaupun dah dijamin syurga tempatnya, baginda masih lagi solat sunat taubat setiap malam sampai lebam dan bengkak kaki, nak mintak diampunkan dosa. Tak cukup dengan tu, baginda mintak pulak diampunkan dosa umatnya. Sedangkan manusia yang pegang title "kekasih Allah" pun masih beribadat macam tu punya tekun, kita nih apa yang ada? Jangan nak nafikanlah, dalam dunia moden yang tuntut macam-macam dari kita nih; termasuk waktu, memang susah nak sembahyang penuh 5 waktu. Kalau penuh pun, tak on time. Solat sunat tak payah cakaplah.

So, apa point yang aku nak sampaikan dalam perenggan yang panjang lebar kat atas? Senang jer. Kalau korang nak state that hanya orang yang hati kudus dan mulus macam Rasulullah, yang suci macam malaikat je yang layak tegur korang, DREAM ON. Zaman sekarang memang mustahil ada manusia macam tuh. Memanglah para ulama' dan ustaz di sekeliling kita pun ada buat dosa, tapi mereka lebih arif tentang agama dari kita. Kalau kawan kita pun ada ilmu yang tinggi, apalah salahnya terima teguran dia dengan hati yang terbuka? At least kalau tak setuju dengan cara dia pun, cakap cara eloklah. Tak perlulah nak point outkan kesalahan dan dosa orang. Macamlah kau sendiri tak pernah buat dosa pulak. Itulah gunanya kita diperintah untuk saling tegur menegur. A tegur B, B tegur C, C tegur A. A, B dan C tegur D. Setiap manusia ada kekurangan. Tapi itulah sebenarnya kelebihan manusia. Kau lebih dalam perkara yang aku kurang, aku lebih dalam perkara yang kau kurang. Aku dan kau kurang dalam perkara yang dia lebih. Bila kita bersama, saling tolong-menolong dan tegur-menegur, kita akan saling melengkapi. Dari situlah tercipta peribahasa "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh".

To sum everything up, terima teguran orang. Kita takkan dapat kenal diri kita dari mata sendiri, kita kena ada orang lain di sekeliling untuk menilai kita. Bila kita nak perbaiki diri, itulah ketika kita perlukan teguran mereka. Dan lagi satu, janganlah segan tegur orang lain. Tegurlah kalau betul dia salah. Tapi janganlah tegur dengan cara yang nokharrom, memanglah orang maki.

Kita tak perlukan orang baik untuk menasihati kita. Tak mustahil orang yang paling jahat boleh buat kita jadi lebih baik dari yang kita sangka. Kalau kau rasa orang baik je boleh tegur kau, THEN MAK BAPAK KAU SENDIRI PUN TAK LAYAK NAK TEGUR KAU.