Friday 30 December 2011

Apa kena ngan aku nih?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Itulah soalan aku. Apa kena ngan aku nih? Dah biol agaknya. Currently, follower aku 11 orang dah. Ntah dari mana diorang jumpa blog aku nih, aku pun tak tahu. Tapi best jugak. Ada jugak orang yang tak kenal aku baca entry yang aku taip.

Dengan niat nak menghargai, aku klik satu-satu follower aku, sebab aku nak follow diorang balik. Ntah la, memang aku ni buta IT kot. Aku tak jumpa pulak link ke blog diorang. Nak follow lagu mana. Aku dah confuse, aku klik ikut suka hati pedal jantung usus aku je.

Klik punya klik punya klik... Aku tengok follower aku dah bertambah jadi 12 orang. Sapa pulak yang follow aku tengah-tengah malam nih? Aku pun usya la.

RUPA-RUPANYA FOLLOWER KE-12 ITU ADALAH AKU SENDIRI. PAS TU AKU TAK TAHU NAK REMOVE MACAM MANA. CAM SYOK SENDIRI JE AKU RASA.


*Update: Aku dah berjaya unfollow blog aku sendiri atas bantuan seorang rakan. Haw haw*


Thursday 29 December 2011

Accident berganda

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Hari tu aku pergi Sibu, bawak mak bapak aku nak jumpa cucu-cucu dia. Macam biasalah, aku yang drive. Kami pergi tak lama, pergi hari Sabtu, hari Ahad balik Kuching. Tak tahulah kenapa, banyak betul eksiden yang kami tempuh dua hari tuh.

Eksiden pertama tu masa kami kat atas jambatan nak pergi Satok tuh. Aku lupa dah apajadah nama jambatan tuh. Ada sebuah Hilux melintang kat lorong paling kiri. Driver dia macam tak sedarkan diri, tertunduk muka ke stering. Tapi aku je yang nampak, aku tak bagitau mak bapak aku. Karang nak tolong, satu hal pulak. Dah la hujan time tuh.

Yang kedua tu masa kami kat bukit Begunan. Ada sebuah lori panjang melintang dengan kepala trak terbabas kat tepi jalan. Cuma satu je lane yang boleh dilalui. Driver dia dok rilek hisap rokok baring sambil letak kaki kat stering. Nasib baik kereta tak banyak time tuh.

Itu yang masa on the way pergi Sibu. Masa nak balik ke Kuching esoknya, lori panjang yang kat bukit Begunan tu ada lagi. Tapi kali nih lagi ramai kawan-kawan dia datang. Kereta banyak masa tuh, jadi ada yang bertindak menjadi polis trafik. Nasib baik dia tak mintak duit kopi. Pas tuh ada lagi satu lori datang dan berhenti kat sebelah dia. Kawan sekerja kot.

Masa kami dekat kawasan mana ntah, lagi 94 KM nak sampai Serian, tengah syok drive kereta laju-laju, aku terpaksa slow then hentikan kereta sebab ada satu barisan yang sangat nahharomm tuv ketahuan koshmen panjangnya. Kami nampak ada beberapa penunggang motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Kami tanyalah apa yang jadi, depa cakap ada lori bawak buah sawit eksiden. Aduh, eksiden lagi. Kami terpaksa menunggu dalam barisan kereta yang sangat panjang untuk tempoh yang sangat lama. Dalam 15 minit, gerak 5 meter je agaknya. Tapi ada lahanat-lahanat yang tak penyabar terus potong barisan tadi dan terus meluru ke depan, nak cepat sangat la konon. Bila dah dalam barisan yang tak bergerak tuh lama sangat, bapak aku jadi bosan. Banyak orang keluar dari kereta dan tinggalkan driver saja untuk meninjau keadaan eksiden tersebut. Bapak aku pun terus join sekali.

Bila bapak aku balik, dia pun ceritalah. Ada lori sawit yang terbalik kat lorong arah bertentangan, buah sawit yang dibawanya bertaburan kat atas jalan. Jammed kat jalan tuh terjadi sebab nak tunggu orang ramai alihkan buah sawit tu semua. Pas tuh, masa bapak aku dok usha keadaan eksiden tuh, ada driver bas yang sangatlah tidak penyabarnyee pun pergi ke tepi jalan yang becak untuk melepaskan diri dari jammed tersebut. The result is? Tayar kiri depan tersangkut kat dalam lumpur, dan bas tu dah senget hampir 45 darjah dan tak boleh bergerak lagi. Disebabkan dia, jalan jadi semakin sesak. Penumpang terpaksa keluar semuanya dan berhujan ramai-ramai, takut nanti bas tu rebah. Memang bodoh nak mampus.

Setelah 45 minit menunggu dalam barisan tadi, akhirnya kami lepas gak. Bau dia, perghh... Sabar jelah. Yang kami hairan tuh, dah lepas lori sawit eksiden tadi tu pun masih jammed jugak. Aku dah makin bingung dah. Nak je aku potong, tapi lane sebelah pun penuh dengan kereta. Bila dah bergerak sikit-sikit, baru kami tahu ada eksiden lagi rupanya. Kemalangan 3 buah kereta pulak kali nih. Sebuah Myvi, Saga ngan... Aku tak ingat kereta lagi satu. Guess what? Kereta-kereta tersebut adalah kereta-kereta yang memotong barisan tadi. Serve you right, Ah Beng!!

Akhirnya kami sampai di Kuching dengan selamat. Semalam pulak aku dapat berita jalan Serian-Sri Aman runtuh kaw-kaw, tak boleh lalu. Memang kacau bilau la pas nih, sebab tu jalan utama. Harap boleh baiki cepatlah.

Kejadian nih berlaku di KM 77 jalan Serian-Sri Aman.

Masa aku tengah berbaris tuh, aku sempat tengok tepi. Sawah padi luas je. Mungkin tak seluas sawah padi kat kampung mak aku, tapi cukup luas untuk aku lupakan ketensionan menunggu dalam barisan tadi. Memang betullah kata orang, pemandangan hijau dapat menyegarkan mata dan menenangkan jiwa.

Selalunya kita kagum dengan gambar definisi tinggi atau beresolusi tinggi. Sekali -sekala tataplah gambar ciptaan Tuhan dan beresolusi tak terhingga nih live depan mata.

Monday 26 December 2011

I just gotta say this

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh.

Aku confuse nih. Kalau orang Kristian nak murtadkan orang Islam, ajak orang Islam masuk agama mereka, kita marah. Kita maki. Kita kecam. Kita kutuk. Kita cerca.

Tapi kita juga berdakwah untuk menarik minat dan ajak mereka masuk agama kita, di samping memantapkan akidah para Muslimin muda itu sendiri. Bukankah tujuannya sama? Berdakwah?

What's the difference?
But still, Islam is the most TRUE, to us. Don't mock what they believe in. Kalau diorang ajak masuk Kristian pun, tak bagi kesan apa-apa kalau iman kita kuat. Jangan salahkan orang lain bila iman anak bangsa kita sekarang ni goyah atas kealpaan mereka sendiri.

Fikir secara logiklah. Kalau anda dok kutuk, mengancam, mengugut mereka, tidakkah tindakan itu memberi pandangan negatif terhadap kita sendiri? Cukuplah dengan dakyah barat yang tak habis-habis menghasut masyarakat dunia bahawa Islam ialah agama pengganas.

Sunday 11 December 2011

Nama-nama

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh

Aku ada banyak kawan. Tak la banyak sangat, boleh kira ngan jari. Kalau kat Facebook, tak sampai seratus orang pun. Haw haw haw haw. Aku tak suka approve orang yang aku tak kenal, takdak mutual friend, menyemak friends list dan wall aku ja. Lebih elok kawan sikit, tapi kenal luar dan dalam, dari kawan beribu, tapi nahharom sorang pun tak boleh diharap.

By the way, entry ni bukan pasal kawan-kawan. Topik kali ini adalah tentang nama beberapa orang yang aku kenal(tak semestinya kawan aku) yang aku rasakan unik. Kenapa? Sebab boleh dieja dengan dua huruf saja. Ini sebahagiannya:

Eddy    = AD
Khaty   = KT
Ebi       = AB
Shidie  = CD
Bibi     = BB
Didi     = DD
Siti       = CT

Itu sebahagian yang aku kenal. Yupp, post ni post kosong ja, takdak point pun. Saja taip di kala keboringan. Haw haw haw haw. Anda ada lagi contoh nama yang lain? Moh le kongsi dengan teman.

KEJAP UTARA, KEJAP PERAK, AKU PUN PENING.

p/s: Nama AC Mizal tak masuk sebab ia adalah singkatan. Cuba anda teka, mana satu adalah maksud yang betul untuk 'AC'?

A.  Aku Cun
B.  Adik Comel
C.  Ahmad Cerpelai
D.  Amat Cemerkap
E.  Air Cendol
F.  Abang Cool
G. Air Conditioner

Wednesday 7 December 2011

Hobby saya, my hobi

Assalamualaikumwarahmatullahwabarakaatuh

Aku rasa bosan sangat. Nasib baiklah aku ada bawa sekali sebuah model kit bersama, bolehlah aku pasang untuk menghilangkan bosan. Tapi agaknya aku ni dah terer sangat. Aku pasang model tu malam tadi, tak sampai 3 jam dah siap. Aku jadi bosan balik. Lantaran kebosanan itu, aku rasa nak menaip pulak. Tapi aku tak tahu nak taip apa. DOUBLE BOSAN.

Then aku dapat idea. Kenapa tak taip pasal hobi ku yang tercinta ini? Haw haw haw haw. Kepada anda yang sudah "dewasa", tak payah baca entry ini. Blah dan taip tentang hobi berclubbing anda.


Hobi aku mengumpul Gunpla kits, keluaran Bandai sahaja. Ya, original sahaja. Brand bootleg boleh pergi terjun lombong. Apakejadahnya Gunpla kit ini? Let me explain. Gunpla kit ialah singkatan untuk Gundam plamo kit. Plamo kit pula adalah singkatan untuk plastic models kit. So, maksud penuhnya ialah Gundam plastic model kit. Yupp, banyak singkatan. Inilah pengaruh bahasa internet. LMAO. Dalam bahasa Malaysianya ialah kit model plastik Gundam. Kit bermaksud satu set kotak/pakej yang mengandungi secukupnya peralatan/komponen untuk berfungsi/membina sesuatu. Dalam situasi lain, Kit ialah nama seorang Ah Beng. Haw haw haw haw. Gunpla kit perlu dipasang terlebih dahulu mengikut risalah manual yang telah disediakan, jadi Gunpla kit tergolong dalam kategori D.I.Y(do it yourself) kits.


Model 1:144 'Real Grade' Gundam RX-78-2 dan replika 1:1 Gundam RX-78-2 di Jepun.

Gunpla kit juga digelar Gundam scale model. Ini kerana setiap model Gundam dibuat dalam skala kepada saiz objek ideal/sebenar, yupp, walaupun Gundam tidak wujud dalam dunia sebenar. Tetapi Gundam telah direka oleh perekanya dengan saiz yang menepati imaginasi mereka. Secara puratanya, saiz Gundam adalah 18 meter. Model Gundam dibuat dalam skala 1:144, 1:100, 1:60 dan 1:48. Maka, model Gundam pada skala 1:144 adalah bersaiz 12cm. Skala 1:100 pula adalah 18cm, skala lain kiralah sendiri. Tetapi bukan semua Mobile Suit dalam siri Gundam adalah pada saiz yang sama, banyak variasinya. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Begitu juga bentuk, ada yang gemuk, ada yang kurus.

  
Model 1:144 HG, 1:100 MG dan 1:60 PG Strike Gundam.

Dalam pengkelasan model pula, Gunpla kit dibahagikan kepada 3 yang tetap, iaitu HG=High Grade, MG=Master grade dan PG=Perfect Grade. Model HG terdapat dalam skala 1:144 dan 1:100, MG dalam Skala 1:100 dan PG dalam skala 1:60. Model HG adalah yang paling ringkas, biasanya adalah direct interpetation dari siri animasinya. Maksudnya, apa yang anda tonton di kaca TV, begitulah rupanya. Model Master grade pula, seperti namanya, adalah interpetasi yang lebih elaborate. Proportion lebih sleek, detail lebih realistic, kokpit dan figura pemandu, colour and part separation yang lebih tepat dan artikulasi yang lebih banyak. Model PG pula adalah the most supreme, the most elaborate. Rangka mekanikal yang penuh, replika semua komponen seperti enjin, wayar, paip besi, hidaulik, panel, kabel-kabel, artikulasi lengkap termasuk setiap jari, kokpit dan figura pemandu dalam skala yang sama, dan dalam sesetengah model PG, ada aksesori ekstra yang tidak terdapat dalam siri animasinya. Model PG juga dikenali dengan jolokan nama 'Evolve Model', kerana fizikalnya yang telah jauh ber'evolusi' dari lineart asal, dan juga kerana semua model PG keluaran Bandai telah dikompilasikan dalam sebuah siri yang khusus, berjudul Gundam Evolve.

So aku dah terangkan apa itu Gunpla kit. Faham ke tak, terpulang. Jadi, apa 'Gundam' sebenarnya? Honestly, aku tak tonton sangat semua siri Gundam, aku cuma kumpul modelnya saja. Tapi aku tahu jugalah sedikit sebanyak tentang siri animasinya.

Gundam adalah akronim kepada General Unilateral Neuro-link Dispersive Autonomic Manuever. Dari segi falsafahnya, Gundam ialah entiti yang membawa senjata(Gun) yang meledakkan kuasa sebesar empangan(Dam). Dalam dunia Gundam, robot atau jentera tempur yang dikendali oleh pemandunya disebut sebagai mobile suit. Ramai orang orang yang tidak familiar dengan siri Gundam keliru, menyebut semua mobile suit dalam siri Gundam sebagai 'Gundam'. Bukan semua mobile suit dalam siri Gundam adalah 'Gundam'. Mobile suit adalah berbeza mengikut syarikat yang menghasilkannya, dan setiap jenis adalah berbeza ciri dan spesifikasi. Aku bagi perumpaan senang. Gundam ibarat Ferrari, Monoeyes adalah Mercedez, GM adalah BMW, customize mobile suit pula adalah concept car.

Siri pertama Gundam mula disiarkan pada tahun 1979. That explains why yang minat siri Gundam ni sekarang banyak berumur 30an. Siri tersebut bertajuk Mobile Suit Gundam, tetapi lebih dikenali sebagai UC series. UC adalah singkatan kepada Universal Century, timeline yang digunakan dalam siri ini, tidak seperti dunia nyata yang menggunakan AD(Anno Domini). Ceritanya bermula pada tahun UC 0079, memaparkan 2 watak utama, Amuro Ray dan Char Aznable. Bermula dari siri tersebut, cerita UC ini terus berkembang ke 0080, 0083, 0089, 0090 dan yang terakhir memaparkan Ray dan Char adalah 0093, dinamakan Char's Counterattack. Namun cerita UC tidak berakhir di situ, terbaru ialah siri 0096, atau lebih dikenali sebagai MS Gundam Unicorn. Unicorn adalah siri terbaru diterbitkan, tetapi dalam kronologi timeline UC, cerita terkini adalah MS Gundam Victory, berlaku 30 tahun selepas Char's Counterattack.

        

Selain daripada UC series, terdapat juga beberapa siri Gundam yang lain diterbitkan. Siri-siri ini adalah pada timeline yang tidak sama dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan UC series. Antara siri yang terawal meraih populariti selepas UC, terutamanya di Amerika Selatan ialah MS Gundam Wing, dengan timeline AC/After Colony. Kemudian banyak lagi siri Gundam yang baru diterbitkan seperti MS Gundam G (FC/Future Century), MS Gundam Seed (CE/Colony Era), MS Gundam X (AW/After War) dan MS Gundam 00 (AD/Anno Domini). Yupp, sebelum ini aku cakap tidak ada siri Gundam yang menggunakan timeline AD, but MS Gundam 00 is exceptional. Setiap timeline dalam siri-siri ini mempunyai side story yang tersendiri, yang mana berlaku pada era yang sama tetapi berlainan lokasi dan tidak bertembung dengan cerita utama. Begitulah wujudnya francais siri-siri Gundam. Yang terbaru diterbitkan ialah MS Gundam Age, dengan timeline AG/Advanced Generation.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai hobi dan minat aku. Banyak orang tanya, "Kau ni dah makin tua, bila kau nak berhanti kumpul benda tak berfaedah ni?". Aku hanya mampu tersenyum. Aku sendiri pun tak tahu bila akan berakhir. But at least, hobi 'tak berfaedah' aku ni takdelah buat aku abaikan pelajaran. Takdelah buat aku merayu pinjam duit nak makan kat kawan-kawan bila hujung bulan menjelma. Seriously aku dah muak dengan joke samakan koleksi model aku dengan berapa kantung beras aku boleh beli. Tapi aku diam dan senyum saja.

"AKU CUKUP BIJAK UNTUK TAHU BILA AKU MAMPU DAN BILA AKU TAK MAMPU"